Hulurkan Sumbangan

Wednesday, June 21, 2017

Gunakan Jalan Alternatif Elak Kesesakan di Bandar Jertih - PDRM

Gunakan Jalan Alternatif Elak Kesesakan Di Bandar Jerteh
Oleh: yieMEGA

20 Jun 2017 BESUT LONIH - ORANG-RAMAI yang balik ke kampung daripada Terengganu menuju ke Kelantan dinasihatkan menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakkan di bandar Jertih menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka dirayakan pada 25 Jun 2017 kelak. 

"Mereka boleh menggunakan Jalan Pantai dari Kuala Nerus ke Penarik dan melalui Tembila hingga ke Kampong Raja" menurut kata Ketua Polis Daerah Besut Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

"Pemandu juga boleh menggunakan jalan Bandar Permaisuri dengan melalui Jalan Renek ke Tembila seterusnya ke Kampong Raja" tambahnya lagi. 

Beliau mejangkakan kira-kira 100,000 kenderaan akan melalui Jalan Jertih bermula Jumaat ini dan untuk beberapa hari sebelum hari raya. Seperti biasa Polis Trafik IPD Besut dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Besut (MDB) akan mengendalikan lalu lintas yang masuk ke bandar Jertih dengan membuat pengubahsuaian kepada beberapa jalan bagi melicinkan pergerakan kenderaan.

Jalan dua lorong akan diwujudkan di Jambatan Jertih menghala ke Kelantan dan lorong laluan jalan terus akan diwujudkan di persimpangan lampu isyarat berdekatan Masjid Hadhari bagi kenderaan dari Kuala Terengganu.

Beberapa jalan bandar akan ditutup kepada kenderaan dengan pengubahsuaian laluan baharu agar tidak meganggu pergerakkan di jalan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu.  

Saturday, June 3, 2017

Masjid Hadhari Besut, Terengganu


TELAH beberapa lama blog Besut Lonih tidak dikemaskini kerana beberapa masalah teknikal yang timbul. Setelah sekian lama kini blog ini kembali dikemaskini dengan artikel terbaru yang bertajuk "Masjid Hadhari Besut, Terengganu sebuah masjid yang turut menjadi salah satu ikon bagi daerah Besut ini.

Besut merupakan salah satu daerah di dalam negeri Terengganu. Masjid ini letaknya dalam Dewan Undangan Negeri Jertih, di mana ADUNya ialah YB Pehimi Jusoh. Masjid ini dibina pada tahun 2005 bagi mengantikan masjid lama yang pada ketika itu tidak menampung bilangan jemaah yang terus meningkat dari sehari ke sehari. 

Masjid Hadhari merupakan salah satu masjid ikon di dalam daerah Besut, ia menjadi pusat kegiatan dakwah yang terkenal di dalam daerah Besut. Keindahanya masjid ini membuatkan ramai terpukau dengan keindahanya malah kedudukanya yang bersebelahan dengan Sungai Jerteh menjadikan ia tampak lebih menarik. 

Pembinaan masjid ini adalah diharapkan dapat menguatkan lagi usaha-usaha untuk menegakkan syiar Islam di dalam daerah ini yang terkenal dengan jolokkan "Bumi Ulul Albab" ini. Aktiviti pengimarahan masjid ini juga kelihatan rancak memandangkan ia salah satu masjid paling besar di dalam daerah Besut ini. 

Sunday, April 21, 2013

Amaran Kerusi DUN Kota Putra Dalam Bahaya....!!!

AMARAN KERUSI DUN KOTA PUTRA DALAM BAHAYA

DALAM bahaya mungkin itulah yang dapat kita gambarkan mengenai kedudukan kerusi yang mana letaknya pusat pentadbiran kerajaan bagi daerah Besut. Sekiranya ahli-ahli BN dalam kawasan dun ini tidak bersatu apa yang pasti igauan1999 pasti akan berulang. Tanya pada diri anda adakah anda mahu melihat kerusi yang begitu penting ini jatuh ke tangan pembangkang.

Penulis percaya bahawa igauan 1999 masih terpahat di kalangan ahli-ahli BN, adakah mereka sanggup melepaskan Terengganu untuk kali kedua ke tangan PAS sepertimana apa yang mereka lakukan pada tahun 1999 yang menyaksikan kejayaan PAS menjajah Terengganu, adakah anda ingin biarkan PAS menjajah Terengganu untuk kesekian kalinya.

Menurut maklumat yang penulis terima ramai juga ahli bn daripada dun ini yang tidak berpuas hati dengan pemiihan calon BN untuk dun ini, penulis ingin menasihati mereka agar berfikir dengan semasak-masaknya sekiranya mereka ingin embuat sabotaj. Ini adalah kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri akan menyebabkan kerusi ini akan terlepas ke tangan pembangkang.

Penulis percaya ada ahli BN meramalkan bahawa kerusi ini akan dimenangi BN berdasarkan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan dua parti Pakatan Rakyat yakni PAS dengan PKR. Penulis tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana merasakan ianya sebahagian daripada strategi Pakatan Rakyat. Jangan tertipu dengan helah ini.

Sekali lagi penulis ulangi sekiranya ahli BN dun ini tidak mustahil kerusi dun ini terlepas ke tangan pembangkang. Sekiranya ahli BN terus mementingkan diri dan enggan menerima calon sekarang sebagai calon BN dan tidak mengundi beliau, percayalah kerusi ini akan jatuh ke tangan pembangkang, adakah ahli BN mahu melihat kerusi ini terlepas ke tagan pembangkang.
 
Ayuhlah kita bangkit dan mempertahankan dun ini daripada terlepas tangan pembangkang, kita ketepikan sengketa demi maruah parti, ayuh kita rapatkan saf berjuang bermati-matian demi kesinambungan pemerintahan BN di Terengganu.

Ahli BN juga perlu sedar bahawa calon PAS kali ini bukan calang-calang orangnya, pengaruh di kalangan jemaah masjid di sekitar dun ini begitu meluas ini mungkin juga tujuan beiau mejadi penceramah di beberapa masjid di sekitar ini untuk mengembangkan pengaruh beliau semata-mata bagi merealisasikan hasratnya untuk mengejar kekayaan dunia dan mengadaikan kekayaan akhirat. Semuanya kerana cita-cita peribadi.

Thursday, September 1, 2011

AMARAN KEPADA UMNO....


AMARAN KEPADA UMNO

AMARAN keras ini penulis ingin berikan kepada UMNO khususnya UMNO TERENGGANU. Terlebih dahulu ingin penulis jelaskan di sini, amaran ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan UMNO TERENGGANU tetapi ia adalah untuk kebaikkan UMNO TERENGGANU juga.

Pada bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, nampaknya PAS TERENGGANU telah memasang 'gear' satu untuk kempen pilihan raya umum yang akan datang apabila mereka dilihat masuk ke Bazaar Ramadhan Kampung Raja lebih kurang dua kali juga penulis terserempak dengan mereka.

Kali pertama mereka hanya datang sambil mengedarkan risalah beserta beramah mesra dengan peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan dan kali kedua mereka datang dengan membawa bubur lambuk percuma beserta mengedarkan risalah.

Mungkin mereka cuba merasuah rakyat dengan bubur lambuk, dan mungkin juga mereka beranggapan harga diri rakyat sama dengan harga semangkuk bubur lambuk. Itu hak mereka untuk mengedarkan bubur lambuk, tetapi dalam erti kata lain di sini mereka cuba membeli undi dengan bubur lambuk.

Apa yang penulis ingin tegaskan di sini bahawa penulis bukanya mahu mengulas mengenai pemberian BUBUR LAMBUK PERCUMA oleh PAS TERENGGANU tetapi apa yang penulis ingin bincangkan di sini kenapa Jentera Pilihan Raya BN negeri ataupun Penerangan UMNO negeri bertindak agak lambat untuk membalas balik risalah mereka tersebut. Adakah kedua-dua pihak ini masih tidur nyenyak adakah mereka mahu peristiwa 1999 berulang lagi.

Kalau mereka tidak mahu peristiwa 1999 berulang lagi eloklah mereka bangkit dari tidur dan terus memecut untuk mematahkan serangan-serangan yang cuba diberikan oleh PAS TERENGGANU kepada mereka. Jangan lagi alpa dan lalai kerana padah akhirnya sekiranya mereka mengambil acuh tak acuh berhubung dengan perkara ini.

Sunday, August 7, 2011

Bazaar Ramadhan Kampung Raja


Bazaar Ramadhan Kampung Raja

SETELAH sekian lama kini kita telah sampai di bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak, bercakap mengenai Ramadhan sudah pasti lengkap kalau kita tidak bercakap mengenai Bazaar Ramadhan.

Di dalam daerah Besut, Terengganu ada sebuah Bazaar Ramadhan yang mendapat sambutan ramai. Bazaar Ramadhan ini letaknya di Kampung Raja ianya berdekatan dengan Pasar Awam Kota Putra. Menariknya ia bukan sahaja mengamit pengunjung daripada dalam daerah Besut sahaja malah ia turut mengamit pengunjung dari daerah-daerah lain seperti Setiu dan Kuala Terengganu malah ada yang datang dari Kelantan. Ternyata Bazaar Ramadhan ini bukan calang-calang Bazaar Ramadhan pendek kata ia yang terbaik di Besut, Terengganu.

Jadi tidak hairanlah kenapa para peniaga berebut-rebut untuk mendapatkan petak-petak Bazaar Ramadhan yang disediakan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) di Kampung Raja ini. Namun, BesutLonih mendapat laporan daripada beberapa peniaga di tapak Bazaar Ramadhan ini ada perkara yang tidak enak didengar berlaku di bazaar ini.

Ada diantara peniaga di Bazaar ini terus mengalami kerugian demi kerugian apabila jualanya agak berkurangan berbanding tahun-tahun yang lepas. Tidak dapat dipastikan apakah puncanya cuma apa yang BesutLonih difahamkan bahawa rata-rata peniaga di sini mengalami kemerosotan jualan.

Tinjauan BesutLonih di tapak Bazaar Ramadhan tersebut dari segi sambutan memang hebat sepertimana sebelum ini. Namun, kebanyakkan daripada kehadiran mereka hanyalah sekadar menjamu mata dan hanya sebilangan kecil yang membeli juadah-juadah yang disediakan.

Mungkin ini adalah sebahagian adalah kesan daripada kenaikkan harga barangan keperluan membuatkan pengguna lebih berjimat terutamanya untuk berbelanja di bulan Ramadhan ini. Hasilnya jualan peniaga-peniaga di Bazaar ini terus merosot dari hari ke sehari.

Selain itu, secara relevanya bilangan petak yang disediakan adalah melebihi keperluan pengunjung bazaar Ramadhan tersebut atau istilah lain kita boleh katakan Penjual lebih ramai daripada pembeli. Ini mungkin salah satu punca pendapatan para peniaga merosot. Mungkin pada masa akan datang bilangan petak yang disediakan harus dikecilkan dan harus mengutamakan peniaga tempatan.

Kehadiran lebih ramai peniaga luar Daerah Besut menyebabkan pendapatan peniaga tempatan terjejas teruk, oleh yang demikian di masa-masa akan datang MDB perlu mengutamakan peniaga tempatan. Jangan biarkan peniaga tempatan terus mengalami kerugian.

MDB juga perlu berbuat sesuatu bagi menjadikan Bazaar Ramdhan ini terus mendapat sambutan hangat di kalangan pembeli seperti mengadakan program-program yang membolehkan lebih ramai pengunjung mengunjungi Bazaar Ramadhan Kampung Raja ini.


BesutLonih berharap pihak MDB dapat berbuat sesuatu dan jangan biarkan peniaga-peniaga di sini terus dilanda kerugian demi kerugian.

Wednesday, March 9, 2011

Menjana Ekonomi Besut

Menjana Ekonomi Besut
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA sekarang sedang berusaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras untuk melaksanakan beberapa kaedah transformasi ekonomi bagi memastikan hasrat atau matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi tercapai.

Kalau kita sebut bab ekonomi, walaupun di mana-mana negara sekalipun ia merupakan komponen terpenting bagi menilai sejauh mana kemampuan negara itu. Malah ia boleh menentukan jatuh dan bangunya sesebuah negara. Misi mencapai negara berpendapatan tinggi ialah satu perkara yang bukan mudah dicapai tanpa usaha gigih daripada semua pihak tidak kira pihak kerajaan mahupun pihak swasta.

Itulah serba-sedikit mengenai ekonomi Malaysia, namun penulis bukanlah ingin bercakap mengenai ekonomi Malaysia pada kali ini. Apa yang penulis ingin bincangkan hari ini ialah lebih kepada menjana ekonomi Besut. Ini adalah kerana untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi sebuah daerah seperti Besut ini perlu dijanakan ekonominya bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beberapa hari yang lalu penulis telah membuat tinjauan terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi di sekitar daerah Besut. Apa yang penulis dapat lihat kegiatan ekonomi di daerah ini sedikit lembab terutamanya yang melibatkan warung, kedai makan ataupun kedai kopi.

Penulis ingin memberi contoh gerai makan di Pasar Awam Kota Putra, Besut, Terengganu di mana kebanyakkan kedai makan di tempat tersebut begitu suram dari segi bilangan pengunjungnya malah ada yang tiada pengunjung langsung sewaktu penulis membuat tinjauan.

Penulis juga sempat membuat temubual secara rawak dengan pengusaha-pengusaha gerai makan di situ, rata-rata mereka mengatakan bahawa semakin hari pendapatan gerai mereka semakin berkurangan. Malah ada yang sudah mengalami kerugian.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu membuat sesuatu bagi mempopularkan kembali gerai-gerai Makan di sekitar Pasar Awam Kota Putra ini, kalau dulu gerai-gerai makan di sini begitu popular dan sering digamit pengunjung terutamanya pelancong tidak kiralah pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Sebagai kerajaan yang 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan' mereka perlu membuat sesuatu terutamanya di dalam usaha-usaha untuk mempromosi semula Gerai Makan sekitar Pasar Awam Kota Putra ini.

Adakan lebih banyak program-program yang boleh menjana ekonomi rakyat Besut di samping ianya akan membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, bertindaklah sekarang.
Enhanced by Zemanta

Friday, October 8, 2010

PAS BESUT Tidak Faham Makna Rasis...

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia
PAS BESUT Tidak Faham Makna Rasis...
Oleh: Penulis Segmen Isu Semasa BesutLonih

BEBERAPA hari yang lepas kita ada mendengar yang PAS Kawasan Besut telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. Dakwaan itu dibuat oleh PAS Besut kerana mengatakan ceramah DAP Anti Islam yang dianjurkan oleh UMNO Besut berbaur perkauman kerana ada kenyataan yang menghina Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan perkataan seperti 'Tok Guru Gilo' dan juga nama program itu juga berbaur perkauman.

Timbul persoalan di sini, adakah PAS Kawasan Besut dipimpin oleh orang tak berapa cerdik (tak boleh kata bodoh nanti dia kata perkauman pula) atau dalam bahasa yang lebih lembut 'Kurang cerdik'. Nasiblah ahli-ahli PAS Besut mendapat pemimpin yang kurang cerdik seperti beliau.

Bagaimana pula dengan nama program tersebut yakni DAP Anti Islam ia boleh dikatakan sebagai berbaur perkauman? Ini pemikiran mentaliti kelas ketiga di dalam menafsirkan perbuatan yang dikatakan berbaur perkauman. Adakah DAP itu bangsa? bukankah DAP itu parti politik, tidak program itu menyatakan bangsa mana-mana anti Islam cuma dia cakap DAP yang anti Islam. Kata orang Besut "Sunggoh bena nampok teh nak belo DAP PAS ni".

Begitu juga dengan ungkapan dilontarkan penceramah jemputan dalam majlis itu yang mengatakan 'Tok Guru Nik Aziz Gilo' itu juga tidak boleh dikatakan berbaur perkauman kerana dari segi istilah kedua-dua Loghat yakni Kelantan dan Besut perkataan 'Gilo' itu sendiri mempunyai lebih daripada satu makna. Dengan menghina Tok Guru Nik Aziz dikatakan sebagai berbaur perkauman sedangkan Tok Guru Nik Aziz sebelum lebih banyak menghina pemimpin-pemimpin UMNO yang lain tidak pula dilabelkan perkauman oleh PAS Besut.

Penulis segmen Isu Semasa BesutLonih tertarik dengan dengan ungkapan yang diberikan oleh PAS Besut, Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Besut bertajuk DAP anti Islam yang bertukar menjadi 'majlis maki hamun dan sumpah seranah'. Nak tergelak pula penulis membaca kenyataan ini.

Kenapa penulis berkata sedemikian, dalam ceramah yang dianjurkan oleh PAS Besut sebelum ini pun bertukar menjadi 'majlis maki hamun dan sumpah seranah' dan paling hebat lagi mereka menjadikan ceramah itu sebagai medan untuk menyebarkan fitnah. Ini namanya ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus.

Penulis tidak nampak pun apa-apa yang dikatakan perkauman di dalam program ini, cuma yang jelas kelihatan ialah PAS Besut cuba memanipulasi program berkenaan mungkin juga dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut membuatkan PAS Besut merasa tergugat.

Untuk pengetahuan semua penulis adalah anak jati Besut, setahu penulis ahli-ahli PAS Kawasan Besut kebanyakkan 'tebal' perkaumanya. Kalau tidak kenapa kebanyakkan daripada mereka mengelakkan urusan jual beli atau ekonomi dengan bangsa lain.

Mereka juga terlebih Islam, barangkali sehinggakan memulaukan peniaga-peniaga yang tidak mempamerkan diri sebagai penyokong parti mereka termasuklah mereka yang dikategorikan sebagai 'atas pagar'.

Mereka juga terlebih Islam, apabila tidak akan hadir ke kenduri orang-orang yang berkaitan dengan UMNO walaupun ada jemputan atau undangan yang diberikan kepada mereka. Dalam masa yang sama PAS Besut telah berjaya mempopularkan ungkapan 'Tok Guru Gilo' dengan tindakan mereka itu. Secara tidak langsung dalam tidak sedar mereka sendiri telah memalukan Tok Guru telah menghina tok guru kesayangan mereka itu.
Enhanced by Zemanta