Hulurkan Sumbangan

Monday, August 31, 2009

Sembang-Sembang Di Pagi Merdeka...

SEMBANG-sembang di pagi Merdeka, hari ini genaplah 52 tahun negara kita tercinta yakni Malaysia Merdeka dalam kesempatan ini penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan menjadi tema sambutan hari kemerdekaan kita pada kali ini.

Pada pagi ini penulis tidak mahu bercakap panjang lebar mengenai kemerdekaan kerana mengenai kemerdekaan penulis sudah membuat artikelnya di blog Suara Generasi Muda Malaysia jadi eloklah jika penulis terus kepada isu-isu lokal di Terengganu yang penulis ketinggalan sedikit untuk mengulas isu-isu yang berlaku.

Baru-baru ini kecoh di Terengganu apabila Malaysia Insider mendakwa bahawa Harun Taib bakal MB kerana ada ADUN yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar yang ada sekarang yakni Datuk Ahmad Said, diikuti pula dengan akhbar Siasah yang menjadikan Harun Taib Bakal MB sebagai tajuk utama akhbar itu. Namun perkara itu telah dinafikan oleh Datuk Rosol Wahid dan juga Harun Taib sendiri. Penulis berpandangan pihak-pihak yang terbabit dengan dakwaan Malaysian Insider itu bolehlah mengemukakan saman kerana membuat dakwaan palsu yang boleh menjejaskan arus politik di Terengganu.

Bagi penulis krisis dalaman yang berlaku di Terengganu ini tidak akan selesai selagi 'Pokok Segala Masalah' yakni Ahmad Said tidak ditebang, kerana menjadi punca kepada krisis kepimpinan di Terengganu ini ialah Ahmad Said yang jadi Menteri Besar seolah-olah kerana beliau seorang sahaja yang berkuasa, ADUN tertentu disekat dan dipulaukan oleh Ahmad Said dan malah ada yang tidak mendapat peruntukkan. Inilah yang dinamakan 'kaduk sudah menaiki junjung'.

Bagi penulis buat sahaja pun untuk mengembalikan BN Terengganu dalam keadaan asal pun tiada guna selagi Ahmad Said yang menjadi punca masalah ini tidak ditumbangkan. Namun penulis tidak bersetuju dengan acara lompat-melompat ini, ia bukan jalan penyelesaiaan, adalah lebih baik mereka mengusulkan undi tidak percaya, ini adalah cara yang terbaik buat mereka.

Nasihat penulis kepada Ahmad Said ialah kalau orang tak suka buat apa tunggu lagi, jangan jadi Menteri Besar yang syok sendiri, jangan leka dengan kuasa, kalau orang dah tak suka, orang tetap tak suka dah jangan berlengah lagi letak jawatan sekarang dengan rela.
Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan...


SALAM Ramadhan penulis ucapkan kepada semua pembaca setia blog Besut Lonih. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog ini. Di Kesempatan ini juga penulis ingin memohon maaf kerana telah sekian lama tidak mengemaskini blog ini kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan dan baru sahaja petang tadi gangguan itu dapat diselesaikan.


Kepada yang memilih untuk berbuka puasa di kampung terutamanya Rakyat Besut, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. Pandu laju-laju pun bukan boleh cepat sampai kat rumah dengan selamat, silap-silap cepat sampai ke rumah tiang dua batang.

Penulis berharap bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat penulis berbanding Ramadhan sebelum ini, begitu juga lah harapnya semua pembaca setia Besut Lonih. Jangan lupa tau Zakat Fitrah, janganlah bertangguh-tangguh nanti lupa pulak.

Bagi yang berkemampuan tu Zakat Harta tu jangan lupa, ingat kalau anda mengelak untuk membayar zakat, mungkin satu hari nanti harta yang tidak di bayar zakat mungkin hilang begitu sahaja, ingatlah harta dunia tidak kekal.

Setakat ini sahaja artikel penulis kali ini, insyaAllah penulis akan terus menambah artikel terbaru di dalam blog ini dari masa ke semasa.
Reblog this post [with Zemanta]