Hulurkan Sumbangan

Thursday, September 1, 2011

AMARAN KEPADA UMNO....


AMARAN KEPADA UMNO

AMARAN keras ini penulis ingin berikan kepada UMNO khususnya UMNO TERENGGANU. Terlebih dahulu ingin penulis jelaskan di sini, amaran ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan UMNO TERENGGANU tetapi ia adalah untuk kebaikkan UMNO TERENGGANU juga.

Pada bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, nampaknya PAS TERENGGANU telah memasang 'gear' satu untuk kempen pilihan raya umum yang akan datang apabila mereka dilihat masuk ke Bazaar Ramadhan Kampung Raja lebih kurang dua kali juga penulis terserempak dengan mereka.

Kali pertama mereka hanya datang sambil mengedarkan risalah beserta beramah mesra dengan peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan dan kali kedua mereka datang dengan membawa bubur lambuk percuma beserta mengedarkan risalah.

Mungkin mereka cuba merasuah rakyat dengan bubur lambuk, dan mungkin juga mereka beranggapan harga diri rakyat sama dengan harga semangkuk bubur lambuk. Itu hak mereka untuk mengedarkan bubur lambuk, tetapi dalam erti kata lain di sini mereka cuba membeli undi dengan bubur lambuk.

Apa yang penulis ingin tegaskan di sini bahawa penulis bukanya mahu mengulas mengenai pemberian BUBUR LAMBUK PERCUMA oleh PAS TERENGGANU tetapi apa yang penulis ingin bincangkan di sini kenapa Jentera Pilihan Raya BN negeri ataupun Penerangan UMNO negeri bertindak agak lambat untuk membalas balik risalah mereka tersebut. Adakah kedua-dua pihak ini masih tidur nyenyak adakah mereka mahu peristiwa 1999 berulang lagi.

Kalau mereka tidak mahu peristiwa 1999 berulang lagi eloklah mereka bangkit dari tidur dan terus memecut untuk mematahkan serangan-serangan yang cuba diberikan oleh PAS TERENGGANU kepada mereka. Jangan lagi alpa dan lalai kerana padah akhirnya sekiranya mereka mengambil acuh tak acuh berhubung dengan perkara ini.