Hulurkan Sumbangan

Wednesday, March 9, 2011

Menjana Ekonomi Besut

Menjana Ekonomi Besut
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA sekarang sedang berusaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras untuk melaksanakan beberapa kaedah transformasi ekonomi bagi memastikan hasrat atau matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi tercapai.

Kalau kita sebut bab ekonomi, walaupun di mana-mana negara sekalipun ia merupakan komponen terpenting bagi menilai sejauh mana kemampuan negara itu. Malah ia boleh menentukan jatuh dan bangunya sesebuah negara. Misi mencapai negara berpendapatan tinggi ialah satu perkara yang bukan mudah dicapai tanpa usaha gigih daripada semua pihak tidak kira pihak kerajaan mahupun pihak swasta.

Itulah serba-sedikit mengenai ekonomi Malaysia, namun penulis bukanlah ingin bercakap mengenai ekonomi Malaysia pada kali ini. Apa yang penulis ingin bincangkan hari ini ialah lebih kepada menjana ekonomi Besut. Ini adalah kerana untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi sebuah daerah seperti Besut ini perlu dijanakan ekonominya bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beberapa hari yang lalu penulis telah membuat tinjauan terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi di sekitar daerah Besut. Apa yang penulis dapat lihat kegiatan ekonomi di daerah ini sedikit lembab terutamanya yang melibatkan warung, kedai makan ataupun kedai kopi.

Penulis ingin memberi contoh gerai makan di Pasar Awam Kota Putra, Besut, Terengganu di mana kebanyakkan kedai makan di tempat tersebut begitu suram dari segi bilangan pengunjungnya malah ada yang tiada pengunjung langsung sewaktu penulis membuat tinjauan.

Penulis juga sempat membuat temubual secara rawak dengan pengusaha-pengusaha gerai makan di situ, rata-rata mereka mengatakan bahawa semakin hari pendapatan gerai mereka semakin berkurangan. Malah ada yang sudah mengalami kerugian.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu membuat sesuatu bagi mempopularkan kembali gerai-gerai Makan di sekitar Pasar Awam Kota Putra ini, kalau dulu gerai-gerai makan di sini begitu popular dan sering digamit pengunjung terutamanya pelancong tidak kiralah pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Sebagai kerajaan yang 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan' mereka perlu membuat sesuatu terutamanya di dalam usaha-usaha untuk mempromosi semula Gerai Makan sekitar Pasar Awam Kota Putra ini.

Adakan lebih banyak program-program yang boleh menjana ekonomi rakyat Besut di samping ianya akan membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, bertindaklah sekarang.
Enhanced by Zemanta