Hulurkan Sumbangan

Thursday, September 10, 2009

Seminggu Tempoh Untuk Ahmad Said Mohon Maaf...


PENULIS percaya ramai yang sudah membaca bahawa Menteri Besar Terengganu Bukan Pilihan Rakyat iaitu Datuk Ahmad Said telah memberikan tempoh seminggu kepada sebuah akhbar tempatan untuk mohon maaf berkenaan satu isu yang melibatkan gelora politik Terengganu yang seakan tiada jalan penyudahnya sampai sekarang.

Kalau Ahmad Said boleh memberi tempoh seminggu untuk Media Memohon Maaf penulis pula ingin memberi tempoh seminggu untuk Ahmad Said mohon Maaf kepada rakyat Terengganu di atas perbuatanya yang menganak tirikan beberapa DUN yang tidak sealiran denganya. Bagi Penulis tindakan Ahmad Said itu lebih berupa satu penganiayaan terhadap hak pengundi di kawasan-kawasan DUN yang dianaktirikan tersebut.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan semua 'gelora' yang berlaku di dalam Kerajaan Terengganu pada hari ini adalah 100% berpunca daripada beliau, kerana beliaulah berlaku 'gelora itu' sebenarnya rakyat Terengganu sudah boleh menerima beliau sebagai Menteri Besar tetapi tindakan beliau menganak tirikan DUN tertentu telah menyebabkan rakyat melahirkan rasa tidak puas hati dan ianya disuarakan kepada Wakil DUN, namun wakil DUN tidak boleh buat apa-apa selain mendesak Kerajaan Negeri dari situlah timbulnya gelora yang tidak habis menghempas Kerajaan Terengganu.

Penulis juga mendesak agar Ahmad Said berundur dalam tempoh satu minggu daripada Sekarang, kerana rakyat sudah tidak dapat menerima apa yang telah Ahmad Said lakukan terhadapnya, Adalah lebih baik Ahmad Said meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar kerana jawatan itu sememangnya tidak sesuai denganya.
Reblog this post [with Zemanta]