Hulurkan Sumbangan

Wednesday, May 5, 2010

Merealisasikan Wawasan Besut Baru


Merealisasikan Wawasan Besut Baru

WAWASAN BESUT BARU bukanlah satu perkara baru bagi rakyat sekitar daerah Besut, Terengganu. Sebenarnya wawasan tersebut telah lama diwujudkan dan boleh dikatakan seiring dengan Wawasan 2020.

Pelopor utama di dalam Wawasan Besut Baru ini ialah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang juga merupakan Pengerusi Felda iaitu Tan Sri Dr. Yusof bin Haji Mohd Noor. Wawasan Besut Baru ini telah diilhamkan oleh beliau semasa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar Terengganu lagi.

Namun, Wawasan ini senyap seketika selepas kejatuhan Kerajaan BN Terengganu pada tahun 1999. Selepas Kerajaan BN Terengganu berjaya ditubuhkan semula pada tahun 2004, Wawasan ini juga masih belum kendengaran.

Setelah Tan Sri Dr. Yusof Noor menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah barulah Wawasan Besut Baru, didengari semula ungkapanya. Sebenarnya, bagi penulis Wawasan Besut Baru ini satu benda baik dan wajar diteruskan. Tambahan pula Besut sekarang ini telah bergelar "Bumi Ulul Albab".

Bercakap mengenai Wawasan Besut baru ini sudah tentu adalah baik kita membincangkan mengenai pencetus Wawasan Besut Baru ini iaitu Tan Sri Dr. Yusof Noor, penulis percaya ramai yang mahukanya kembali kepada arena politik tanah air kerana sudah lama kita tidak melihatnya di pentas politik.

Penulis dengan ini berlandaskan platform BesutLonih.Com ingin menyeru agar Tan Sri Dr. Yusof Noor kembali berpolitik sepertimana dahulu, kerana ramai rakyat Besut yang masih mahukan khidmat Tan Sri, jangan abaikan permintaan rakyat Besut, Tan Sri.

Kembali pula kepada tujuan asal artikel iaitu Merealisasikan Wawasan Besut Baru, sebenarnya dalam menjadikan Wawasan Besut Baru menjadi realiti semua pihak harus terlibat tidak kira rakyat mahupun pemimpin. Inilah buatlah apa yang patut agar dapat kita menjadi sebuah daerah yang Termaju di negeri Terengganu ini.