Hulurkan Sumbangan

Thursday, September 1, 2011

AMARAN KEPADA UMNO....


AMARAN KEPADA UMNO

AMARAN keras ini penulis ingin berikan kepada UMNO khususnya UMNO TERENGGANU. Terlebih dahulu ingin penulis jelaskan di sini, amaran ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan UMNO TERENGGANU tetapi ia adalah untuk kebaikkan UMNO TERENGGANU juga.

Pada bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, nampaknya PAS TERENGGANU telah memasang 'gear' satu untuk kempen pilihan raya umum yang akan datang apabila mereka dilihat masuk ke Bazaar Ramadhan Kampung Raja lebih kurang dua kali juga penulis terserempak dengan mereka.

Kali pertama mereka hanya datang sambil mengedarkan risalah beserta beramah mesra dengan peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan dan kali kedua mereka datang dengan membawa bubur lambuk percuma beserta mengedarkan risalah.

Mungkin mereka cuba merasuah rakyat dengan bubur lambuk, dan mungkin juga mereka beranggapan harga diri rakyat sama dengan harga semangkuk bubur lambuk. Itu hak mereka untuk mengedarkan bubur lambuk, tetapi dalam erti kata lain di sini mereka cuba membeli undi dengan bubur lambuk.

Apa yang penulis ingin tegaskan di sini bahawa penulis bukanya mahu mengulas mengenai pemberian BUBUR LAMBUK PERCUMA oleh PAS TERENGGANU tetapi apa yang penulis ingin bincangkan di sini kenapa Jentera Pilihan Raya BN negeri ataupun Penerangan UMNO negeri bertindak agak lambat untuk membalas balik risalah mereka tersebut. Adakah kedua-dua pihak ini masih tidur nyenyak adakah mereka mahu peristiwa 1999 berulang lagi.

Kalau mereka tidak mahu peristiwa 1999 berulang lagi eloklah mereka bangkit dari tidur dan terus memecut untuk mematahkan serangan-serangan yang cuba diberikan oleh PAS TERENGGANU kepada mereka. Jangan lagi alpa dan lalai kerana padah akhirnya sekiranya mereka mengambil acuh tak acuh berhubung dengan perkara ini.

Sunday, August 7, 2011

Bazaar Ramadhan Kampung Raja


Bazaar Ramadhan Kampung Raja

SETELAH sekian lama kini kita telah sampai di bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak, bercakap mengenai Ramadhan sudah pasti lengkap kalau kita tidak bercakap mengenai Bazaar Ramadhan.

Di dalam daerah Besut, Terengganu ada sebuah Bazaar Ramadhan yang mendapat sambutan ramai. Bazaar Ramadhan ini letaknya di Kampung Raja ianya berdekatan dengan Pasar Awam Kota Putra. Menariknya ia bukan sahaja mengamit pengunjung daripada dalam daerah Besut sahaja malah ia turut mengamit pengunjung dari daerah-daerah lain seperti Setiu dan Kuala Terengganu malah ada yang datang dari Kelantan. Ternyata Bazaar Ramadhan ini bukan calang-calang Bazaar Ramadhan pendek kata ia yang terbaik di Besut, Terengganu.

Jadi tidak hairanlah kenapa para peniaga berebut-rebut untuk mendapatkan petak-petak Bazaar Ramadhan yang disediakan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) di Kampung Raja ini. Namun, BesutLonih mendapat laporan daripada beberapa peniaga di tapak Bazaar Ramadhan ini ada perkara yang tidak enak didengar berlaku di bazaar ini.

Ada diantara peniaga di Bazaar ini terus mengalami kerugian demi kerugian apabila jualanya agak berkurangan berbanding tahun-tahun yang lepas. Tidak dapat dipastikan apakah puncanya cuma apa yang BesutLonih difahamkan bahawa rata-rata peniaga di sini mengalami kemerosotan jualan.

Tinjauan BesutLonih di tapak Bazaar Ramadhan tersebut dari segi sambutan memang hebat sepertimana sebelum ini. Namun, kebanyakkan daripada kehadiran mereka hanyalah sekadar menjamu mata dan hanya sebilangan kecil yang membeli juadah-juadah yang disediakan.

Mungkin ini adalah sebahagian adalah kesan daripada kenaikkan harga barangan keperluan membuatkan pengguna lebih berjimat terutamanya untuk berbelanja di bulan Ramadhan ini. Hasilnya jualan peniaga-peniaga di Bazaar ini terus merosot dari hari ke sehari.

Selain itu, secara relevanya bilangan petak yang disediakan adalah melebihi keperluan pengunjung bazaar Ramadhan tersebut atau istilah lain kita boleh katakan Penjual lebih ramai daripada pembeli. Ini mungkin salah satu punca pendapatan para peniaga merosot. Mungkin pada masa akan datang bilangan petak yang disediakan harus dikecilkan dan harus mengutamakan peniaga tempatan.

Kehadiran lebih ramai peniaga luar Daerah Besut menyebabkan pendapatan peniaga tempatan terjejas teruk, oleh yang demikian di masa-masa akan datang MDB perlu mengutamakan peniaga tempatan. Jangan biarkan peniaga tempatan terus mengalami kerugian.

MDB juga perlu berbuat sesuatu bagi menjadikan Bazaar Ramdhan ini terus mendapat sambutan hangat di kalangan pembeli seperti mengadakan program-program yang membolehkan lebih ramai pengunjung mengunjungi Bazaar Ramadhan Kampung Raja ini.


BesutLonih berharap pihak MDB dapat berbuat sesuatu dan jangan biarkan peniaga-peniaga di sini terus dilanda kerugian demi kerugian.

Wednesday, March 9, 2011

Menjana Ekonomi Besut

Menjana Ekonomi Besut
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA sekarang sedang berusaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras untuk melaksanakan beberapa kaedah transformasi ekonomi bagi memastikan hasrat atau matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi tercapai.

Kalau kita sebut bab ekonomi, walaupun di mana-mana negara sekalipun ia merupakan komponen terpenting bagi menilai sejauh mana kemampuan negara itu. Malah ia boleh menentukan jatuh dan bangunya sesebuah negara. Misi mencapai negara berpendapatan tinggi ialah satu perkara yang bukan mudah dicapai tanpa usaha gigih daripada semua pihak tidak kira pihak kerajaan mahupun pihak swasta.

Itulah serba-sedikit mengenai ekonomi Malaysia, namun penulis bukanlah ingin bercakap mengenai ekonomi Malaysia pada kali ini. Apa yang penulis ingin bincangkan hari ini ialah lebih kepada menjana ekonomi Besut. Ini adalah kerana untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi sebuah daerah seperti Besut ini perlu dijanakan ekonominya bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beberapa hari yang lalu penulis telah membuat tinjauan terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi di sekitar daerah Besut. Apa yang penulis dapat lihat kegiatan ekonomi di daerah ini sedikit lembab terutamanya yang melibatkan warung, kedai makan ataupun kedai kopi.

Penulis ingin memberi contoh gerai makan di Pasar Awam Kota Putra, Besut, Terengganu di mana kebanyakkan kedai makan di tempat tersebut begitu suram dari segi bilangan pengunjungnya malah ada yang tiada pengunjung langsung sewaktu penulis membuat tinjauan.

Penulis juga sempat membuat temubual secara rawak dengan pengusaha-pengusaha gerai makan di situ, rata-rata mereka mengatakan bahawa semakin hari pendapatan gerai mereka semakin berkurangan. Malah ada yang sudah mengalami kerugian.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu membuat sesuatu bagi mempopularkan kembali gerai-gerai Makan di sekitar Pasar Awam Kota Putra ini, kalau dulu gerai-gerai makan di sini begitu popular dan sering digamit pengunjung terutamanya pelancong tidak kiralah pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Sebagai kerajaan yang 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan' mereka perlu membuat sesuatu terutamanya di dalam usaha-usaha untuk mempromosi semula Gerai Makan sekitar Pasar Awam Kota Putra ini.

Adakan lebih banyak program-program yang boleh menjana ekonomi rakyat Besut di samping ianya akan membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, bertindaklah sekarang.
Enhanced by Zemanta