Hulurkan Sumbangan

Wednesday, October 6, 2010

Uniknya Besut

Uniknya Besut


BESUT merupakan sebuah daerah yang letaknya bawah naungan Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah ini juga merupakan daerah yang penuh dengan sejarah seperti Istana Tengku Long, Kota Palembang dan bermacam-macam lagi sejarah yang boleh didapati di sini. Banyak juga cerita-cerita mitos mengenai Besut yang kononya menjadi sejarah Besut sepertimana cerita-cerita orang tua.

Kali ini sejarah sekali lagi dipahatkan di Besut, apabila Menteri Kabinet dan Juga Menteri Besar, Mantan Menteri Besar merangkap Pengerusi MARA turut sama menyertai Dikir Barat bersama-sama di atas satu pentas dan menyanyikan lagu dikir yang bertajuk Dikir Besut.

Mengikut apa yang diceritakan, Lagu Dikir Besut ini diilhanmkan sendiri oleh Mantan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi MARA iaitu Datuk Seri Idris Bin Jusoh. Beliau yang lebih dikenali dengan nama 'Haji Deris' di kalangan rakyat Besut sememangnya seorang pemimpin yang hebat dan serba boleh.

Kelihatan juga, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut sama berada di atas Pentas Dikir bersama dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Idris Jusoh. Adakah ini tandanya, yang bersengketa sudah bersatu di Besut Bumi Ulul Albab. Soalan ini hanya mereka yang ada jawapanya.

Syabas kepada DS Idris Jusoh, moga beliau dapat memperbanyakkan lagi mengilhamkan lagu-lagu dikir untuk daerah Besut dan juga kalau boleh ciptakan lagu sekali untuk daerah Besut. Terima kasih diucapkan di atas usaha-usaha beliau untuk membangunkan Besut sebelum ini.
Enhanced by Zemanta

No comments: