BESUT, 8 Jun 2026 (BesutLoNih) – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan terhadap lima lelaki, termasuk dua pasangan adik‑beradik, kerana membunuh seorang pemuda dengan menetaknya menggunakan pedang di Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut.
Mangsa, Mohd Sharulanuar Dek Der, 22 tahun, maut dalam tragedi berdarah pada 21 Jun 2017, ketika bulan Ramadan. Keputusan panel tiga hakim ini menamatkan rayuan panjang tertuduh yang sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Siapa Tertuduh?
Aizz Amidie Aziz, 32
Mohd Rizalman Awang, 36
Zahaman Fairol, 39
Mohd Uwais Mat Nawi, 31
Mohd Hafify, 30
#BesutLonih #PedangBerdarah #KampungRaja #MahkamahRayuan #BeritaBesut #TragediRamadan

No comments:
Post a Comment