Alhamdullilah setelah hampir 365 Hari, akhirnya 2008 telah melabuhkan tirainya kini tiba pula giliran tahun 2009 untuk menaikkan tirainya. 2008 tahun yang penuh mencabar khasnya buat Barisan Nasional yang mendapat tamparan hebat apabila kehilangan beberapa buah negeri yang berada di dalam pemerintahanya semasa PRU 12 yang juga menyaksikan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.
Sejarah juga dicatatkan pada tahun 2008 apabila seorang ahli Parlimen telah kembali ke Rahmatullah, ini menjadikan satu kerusi Parlimen telah kosong dan mendorong kepada penganjuran Pilihan Raya Kecil untuk kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu, walaubagaimanapun Pilihan Raya Kecil tersebut tidak diadakan pada tahun 2008 memandangkan SPR mempunyai masa 60 Hari untuk mengadakan Pilihan Raya setelah kekosongan kerusi Parlimen.
Barisan Nasional atau ringkasnya BN telah meletakkan harapan kepada Senator Wan Ahmad Farid sebagai calonya untuk bertanding di PRK P036 Kuala Terengganu. Ramai yang meramalkan peluang cerah buat BN sekiranya Senator Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon BN untuk bertanding di PRK P036 Kuala Terengganu.
Sementara itu calon PRK P036 Kuala Terengganu dari PAS hanya bakal diketahui pada jam 9 malam ini, setelah beberapa kali menangguhkan pengumuman tersebut ekoran berlaku beberapa masalah teknikal dan tidak dapat dielakkan sebelum ini. Jadi kita nantikan pada malam ini siapakah yang akan dipertaruhkan PAS untuk menawan P036 Kuala Terengganu.
Khabarnya juga beberapa calon BEBAS turut berminat untuk mencuba nasib di PRK P036 Kuala Terengganu ini, Sekiranya calon BEBAS benar-benar menyertai PRK P036 Kuala Terengganu ini, ia menjadikan persaingan untuk merebut kerusi parlimen ini menjadi semakin hangat dan penuh dengan persaingan sengit.
Siapa yang berjaya menduduki kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu ini hanya akan diketahui pada hari pembuangan undi nanti, jadi nantikanya dengan penuh sabar, Adakah MB Terengganu yang baru cukup wibawa untuk mempertahankan kerusi P036 Kuala Terengganu ini ataupun beliau hanyalah bidan terjun yang jadi MB umpama terjun ke lombong emas. Jawapan ini kita akan dapatinya pada hari pembuangan undi ini.
No comments:
Post a Comment