Hulurkan Sumbangan

Wednesday, March 18, 2009

Siapa Dalang Disebalik Keputusan Lembaga Disiplin?






Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog milik penulis ini, ini adalah kerana kesibukan tugas yang penulis perlu pikul, banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan oleh penulis sebelum membolehkan penulis mengemaskini blog ini.

Pepatah Inggeris ada mengatakan yang "Better late than never" jadi penulis mengambil kesempatan pada hari yang penulis mempunyai kelapangan iaitu pada hari ini untuk mengemaskini blog ini.

Beberapa hari yang lalu timbul spekulasi bahawa Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Mohd Ali Rustam yang juga merupakan calon Timbalan Presiden UMNO akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Kelmarin, spekulasi ini bertukar menjadi kenyataan apabila Ketua Menteri Melaka itu dilarang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.

Tindakan yang dikenakan terhadap DW Mohd Ali Rustam ini benar-benar mengejutkan ramai terutamanya penyokong-penyokongnya dan menyebabkan ada spekulasi baru pula timbul yang mengatakan DW Ali Rustam akan merajuk dan bertindak keluar parti, namun setakat ini beliau masih lagi ahli UMNO.

Kalau benar tindakan Lembaga Disiplin UMNO itu bertujuan untuk menghapuskan Politik Wang di dalam UMNO Alhamdullilah, namun penulis khuatir ada pihak lain yang menjadi 'Tok Dalang' kepada keputusan Lembaga Disiplin itu. Penulis tidak mahu menuduh siapa-siapa tetapi kemungkinan itu ada.

Jika Lembaga Disiplin UMNO benar-benar ingin 'membanteras' politik wang mereka juga perlu menyiasat calon-calon yang berprofil tinggi contohnya DS Najib Tun Razak, dan siapa sahaja yang perlu disiasat barulah keputusanya boleh dikira adil bagi semua.

Pada pandangan penulis keputusan Lembaga Disiplin ini sudah tentu ada dalangnya yang bertanggungjawab 'bermain wayang' untuk kepentingan dan kemenangan pihak yang disokongnya, inilah yang dinamakan 'politik itu kotor' Ahli Politik sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadi mereka. Demikianlah kisahnya sekian setakat ini......

No comments: