"Anak Melayu Zaman Sekarang" menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini kerana penulis telah mendapat ilham dengan tiba-tiba untuk menjadikan ianya sebagai tajuk artikel penulis kerana penulis mendapati anak-anak Melayu di zaman sekarang semakin hari semakin lemah terutamanya anak-anak Melayu yang bersekolah di pinggir bandar.
Dewasa ini anak Melayu kita semakin rosak semakin layu dan terus layu, hari berganti hari, tahun saban tahun anak Melayu yang menjadi penghuni Pusat Serenti, Pusat Pemulihan Akhlak dan Penjara. Jika kita terus membiarkan anak-anak kita sedemikian rupa besar kemungkinan pada masa yang depan tiada pemimpin pelapis yang benar-benar berpotensi untuk menjadi pemimpin masa depan. Pada masa depan kita tidak dapat mengetahui apakah nasib yang bakal dialami oleh Umat Melayu pada masa depan.
Pada ramalan penulis pada masa depan jika perangai anak-anak Melayu masih tidak berubah dan di takuk yang lama besar kemungkinan pada masa itu umat Melayu bakal menjadi hamba yang hina di negara mereka sendiri, usaha-usaha yang dibuat oleh nenek moyang kita sia-sia sahaja dek kerana perangai anak bangsa kita sendiri.
Sebagai contoh budaya ponteng dan gangsterism sudah menjadi satu trend bagi anak-anak Melayu zaman sekarang, apabila mereka dihukum kerana di dapati salah kerana ponteng mereka pula datang ke rumah guru mereka untuk membuat ugutan dengan harapan pada masa akan datang guru tersebut tidak akan memberikan hukuman lagi kepada mereka.
Itulah anak Melayu zaman sekarang, bagi mereka siapa kuat mereka hebat bukanya siapa cerdik mereka hebat, begitulah kisahnya yang berlaku di negara kita sehari-hari ini, ibu-bapa juga seolah-olah tidak mengembali peduli tentang anak-anak mereka dan paling teruk ada yang menyebelahi anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment