Hulurkan Sumbangan

Friday, April 10, 2009

Masa Mengajar Guru Disiplin Perlu Dikurangkan !






Dewasa ini masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi terutamanya sekolah-kolah di bandar dan pinggir bandar. Kes-kes disiplin pelajar-pelajar sekolah tersebut mencanak naik setiap hari.

Beberapa temuramah yang penulis buat dengan Guru yang dipertangungjawab menjaga hal ehwal disiplin mengenai kenapa semakin hari, semakin banyak kes-kes disiplin mencanak naik di sekolah mereka, kata mereka terdapat banyak faktor pendorong yang menjadikan kes disiplin di sekolah sukar dibendung.

Faktor Pertama ialah Guru Disiplin yang kesuntukkan masa untuk menguatkuasakan undang-undang disiplin di sekolah mereka kerana masa mengajar mereka terlalu banyak sehingga menyukarkan tugas mereka untuk menguatkuasakan undang-undang disiplin.

Faktor Kedua ialah Persekitaran tempat tinggal murid, dimana lazimnya sekiranya rumah tempat tinggal murid letaknya di kawasan yang tidak teratur seperti kawasan setinggan dan perkampungan haram ia mampu mempengaruhi pemikiran murid dan menjadikan mereka suka melalukakan kesalahan disiplin.

Faktor ketiga ialah Persekitaran Sekolah, kerana ada sesetengah sekolah bandar dan pinggir bandar tidak mempunyai Padang Bola Sepak untuk murid-murid mereka melepaskan tekanan dan 'stress' semasa belajar.

Pada pandangan penulis, Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk mengurangkan kes disiplin di kalangan pelajar, antaranya ialah mengurangkan masa mengajar Guru Disiplin, menambah padang bola sepak di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang bola sepak. Selain itu, kerajaan juga perlu membuat penempatan semula kepada penduduk setinggan dan perkampungan haram.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments: