Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi penulis sedikit kesempatan masa untuk mengemaskini blog ini, Sudah lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan tugas penulis, namun ia tidak bermakna penulis sudah lupakan untuk mengemaskini dan meneruskan agenda blog ini ia hanyalah kerana masa dan ketika yang tidak mengizinkan penulis mengemaskinikan blog ini.
Banyak juga perkara berlaku semasa penulis tidak mengemaskini blog ini, penulis merasakan penulis masih belum terlambat untuk mengulas isu-isu tertentu yang berlaku pada masa penulis tidak mengemaskini blog ini.
Pada kali ini penulis memilih isu 10 Orang ADUN Terengganu, Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said. Khabarnya baru-baru ini 10 orang ADUN Terengganu "memboikot" Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana bimbang tentang keselamatan mereka ekoran mereka menerima SMS berbaur "ugutan" yang katanya datang daripada Kakitangan Pejabat Menteri Besar. Namun. keesokan harinya kesemua sepuluh ADUN tersebut menghadirkan diri ke Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, apabila diberi jaminan keselamatan oleh Ketua Polis Terengganu dan juga Perdana Menteri Malaysia.
Khabarnya juga Idris Jusoh dan Ahmad Said telah dipanggil untuk berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, namun sampai kini hasil pertemuan mereka masih belum didedahkan kepada umum, media-media arus perdana juga kurang berminat untuk mendedahkan apa keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung isu tersebut, kesimpulan yang penulis dapat buat ialah sama-samalah menantikan keputusan tersebut dengan penuh sabar.
No comments:
Post a Comment