Hulurkan Sumbangan

Sunday, April 26, 2009

Kami Tolak Ahmad Said Kerana Prestasi Bukan Menderhaka !!!!

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia






Penulis baru sahaja memeriksa email yang masuk ke dalam email BesutLonih.Com, Pengirim Email itu yang memakai nama samaran Joe Penyu menggariskan beberapa perkara yang menyebabkan beliau ingin menolak kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Di bawah ini ialah kandungan email tersebut:

Saudara Penulis,

Saya Joe Penyu daripada Kampung Saujana, Setiu Terengganu ingin menyatakan bahawa kami menolak kepimpinan Ahmad Said bukan kerana menderhaka tetapi setelah lebih 100 hari beliau memegang tampuk kepimpinan negeri, Terengganu kembali tertinggal jauh ke belakang dan tiada "benda baru" yang diperkenalkan oleh beliau.

Saya membantah sekeras-kerasnya jika ada sesiapa menyatakan tindakan menolak kepimpinan Ahmad Said merupakan satu penderhakaan kerana pada masa Datuk Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar dahulu, saya bersama-sama rakyat Terengganu yang lain turut bersetuju tanpa halangan mengenai perlantikanya.

Namun, selepas lebih 100 hari Ahmad Said menerajui kepimpinan negeri, jelas kelihatan bahawa beliau langsung tidak ada tokoh untuk menjadi pemimpin, kemerosotan pendapatan rakyat Terengganu juga semakin "Serius" sejak Ahmad Said mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu.

Boleh dikatakan tiada pembaharuan dan sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said atau dengan bahasa yang lebih kasar beliau hanyalah seorang Menteri Besar "Goyang Kaki" dan "Makan Gaji Buta". Selain sering memberi masalah kepada Terengganu sehinggakan Barisan Nasional Terengganu dipandang serong oleh rakyat Malaysia.

Saya mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu kerana ia telah memberikan imej yang buruk buat Barisan Nasional Terengganu dan pada masa yang sama bakal membawa BN Terengganu ke arah kehancuran. Saya berharap agar PM mendengar cadangan saya ini.

Yang Ikhlas,

(Joe Penyu)

Reblog this post [with Zemanta]

No comments: