Hulurkan Sumbangan

Wednesday, June 21, 2017

Gunakan Jalan Alternatif Elak Kesesakan di Bandar Jertih - PDRM

Gunakan Jalan Alternatif Elak Kesesakan Di Bandar Jerteh
Oleh: yieMEGA

20 Jun 2017 BESUT LONIH - ORANG-RAMAI yang balik ke kampung daripada Terengganu menuju ke Kelantan dinasihatkan menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakkan di bandar Jertih menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka dirayakan pada 25 Jun 2017 kelak. 

"Mereka boleh menggunakan Jalan Pantai dari Kuala Nerus ke Penarik dan melalui Tembila hingga ke Kampong Raja" menurut kata Ketua Polis Daerah Besut Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

"Pemandu juga boleh menggunakan jalan Bandar Permaisuri dengan melalui Jalan Renek ke Tembila seterusnya ke Kampong Raja" tambahnya lagi. 

Beliau mejangkakan kira-kira 100,000 kenderaan akan melalui Jalan Jertih bermula Jumaat ini dan untuk beberapa hari sebelum hari raya. Seperti biasa Polis Trafik IPD Besut dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Besut (MDB) akan mengendalikan lalu lintas yang masuk ke bandar Jertih dengan membuat pengubahsuaian kepada beberapa jalan bagi melicinkan pergerakan kenderaan.

Jalan dua lorong akan diwujudkan di Jambatan Jertih menghala ke Kelantan dan lorong laluan jalan terus akan diwujudkan di persimpangan lampu isyarat berdekatan Masjid Hadhari bagi kenderaan dari Kuala Terengganu.

Beberapa jalan bandar akan ditutup kepada kenderaan dengan pengubahsuaian laluan baharu agar tidak meganggu pergerakkan di jalan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu.  

No comments: