Hulurkan Sumbangan

Saturday, June 3, 2017

Masjid Hadhari Besut, Terengganu


TELAH beberapa lama blog Besut Lonih tidak dikemaskini kerana beberapa masalah teknikal yang timbul. Setelah sekian lama kini blog ini kembali dikemaskini dengan artikel terbaru yang bertajuk "Masjid Hadhari Besut, Terengganu sebuah masjid yang turut menjadi salah satu ikon bagi daerah Besut ini.

Besut merupakan salah satu daerah di dalam negeri Terengganu. Masjid ini letaknya dalam Dewan Undangan Negeri Jertih, di mana ADUNya ialah YB Pehimi Jusoh. Masjid ini dibina pada tahun 2005 bagi mengantikan masjid lama yang pada ketika itu tidak menampung bilangan jemaah yang terus meningkat dari sehari ke sehari. 

Masjid Hadhari merupakan salah satu masjid ikon di dalam daerah Besut, ia menjadi pusat kegiatan dakwah yang terkenal di dalam daerah Besut. Keindahanya masjid ini membuatkan ramai terpukau dengan keindahanya malah kedudukanya yang bersebelahan dengan Sungai Jerteh menjadikan ia tampak lebih menarik. 

Pembinaan masjid ini adalah diharapkan dapat menguatkan lagi usaha-usaha untuk menegakkan syiar Islam di dalam daerah ini yang terkenal dengan jolokkan "Bumi Ulul Albab" ini. Aktiviti pengimarahan masjid ini juga kelihatan rancak memandangkan ia salah satu masjid paling besar di dalam daerah Besut ini. 


Bilangan jemaah juga terus bertambah dari hari ke hari memandangkan kedudukanya strategik, di tengah-tengah pusat bandar jerteh di mana ia berdekatan dengan laluan utama orang ramai dari Kelantan mahu ke Kuala Terengganu, Lebuh Raya Pantai Timur dan juga Kuala Lumpur. 

Kebanyakkan mereka yang melalui bandar Jerteh tidak akan melepaskan peluang untuk singgah sambil beribadah di Masjid Hadhari ini, terbukti pembinaan masjid ini bukanlah satu pembaziran tetapi sebenarnya ianya satu keperluan.


No comments: