Hulurkan Sumbangan

Wednesday, October 14, 2009

Pengajaran Bagan Pinang...!!!


PILIHAN raya kecil DUN Bagan Pinang sudahpun berakhir di mana Calon Barisan Nasional iaitu Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sudah dinobatkan sebagai ADUN Bagan Pinang melalui satu kemenangan besar selepas beberapa siri kekalahan yang di alami oleh BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Kemenangan BN di Bagan Pinang sebenarnya cuba memberi petunjuk kepada BN mengenai sesuatu yang perlu diambil berat oleh BN, contohnya dari segi pemilihan calon untuk Pilihan Raya salah satu daripadanya.

Di mana Pemilihan Tan Sri Isa Samad dibuat berdasarkan kehendak akar umbi ahli parti dan juga rakyat Bagan Pinang. Selepas diutamakan pilihan rakyat kita menyaksikan satu kejayaan luar biasa buat BN di Bagan Pinang.

Jadi apa yang dapat kita pelajari ialah calon yang menjadi pilihan rakyat sudah tentu akan dipilih oleh rakyat. Begitu juga apa yang penulis nampak mengenai jawatan Menteri Besar, ini bermakna Menteri Besar perlulah juga dilantik dari kalangan orang yang menjadi pilihan rakyat bukan yang dibenci rakyat seperti Ahmad Said.

Maknanya di sini perlantinkkan Ahmad Said merupakan seorang Menteri Besar bukan Pilihan Rakyat dalam tahun-tahun ke belakangan ini mungkin akan memberi masalah kepada BN, mungkin peristiwa 'Pengunduran Secara Tidak Terhormat' mungkin akan berulang di Terengganu sepertimana Datuk Wan Mokhtar dahulu apabila ia 'dihukum rakyat' pada tahun 1999 dan mungkin peristiwa ini berlaku pula pada Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, jadi BN perlu lebih berhati-hati dan adalah lebih elok ketepikan Menteri Besar yang bukan menjadi pilihan rakyat jika tidak PRU 13 BN akan kehilangan Terengganu.
Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, October 4, 2009

Kenapa Kerosakkan Tandas Masjid D.O Besut Dibiarkan?

Kenapa Kerosakkan Tandas Masjid D.O Besut Dibiarkan?


PAGI tadi penulis dalam perjalanan daripada Besut ke Kota Bharu. Di dalam perjalanan tersebut penulis singgah di Masjid D.O Besut di berdekatan dengan Pantai Peranginan Air Tawar untuk membuang air kecil alangkah terkejutnya penulis mendapati tandas di masjid tersebut rosak teruk dan langsung tidak dipedulikan kerosakkanya di mana hampir kesemua pintu tandas tercabut.

Keadaan di dalam tandas begitu kotor sekali seolah-olah tidak terjaga. Memang menjijikan, bagaimana kalau ada orang luar menyinggahi masjid ini, apakah tanggapan mereka kepada pengurusan masjid dan juga Kerajaan Negeri Terengganu lebih-lebih lagi ini adalah masjid Pegawai Daerah (penulis tak tahulah pulak kenapa ia dipanggil Masjid D.O) adakah ia digelarkana ataupun sememangnya ia Masjid Pegawai Daerah.

Rumah Pegawai Daerah terletak tak jauh daripada Masjid ini. Penulis heran juga kenapa kerosakkan tandas Masjid ini tidak dipedulikan, adakah kerana Ahmad Said sekadar jadi Menteri Besar yang makan gaji buta, ataupun ADUN kawasan ini yang makan gaji buta, tak pun JKKK Kawasan ini tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Apa yang penulis dapat pastikan kerosakkan di tandas Masjid ini lebih kepada kerosakkan berpunca daripada perbuatan Vandalisme. Namun, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki kerosakkan yang di alami tandas di Masjid ini, lebih-lebih lagi lokasi Masjid ini berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong. Ia sudah tentu akan menjejaskan kedatangan pelancong.

Kerosakkan yang di alami oleh Tandas Masjid ini perlu diperbaiki dengan kadar segera, sebelum makin ramai yang melihat tandas yang rosak dan menjijikan ini. Kerajaan Negeri hendaklah bertindak segera, jangan pandang remeh dengan kerosakkan tandas masjid ini, demi rakyat perbaikilah segera tandas masjid ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Friday, October 2, 2009

Kami Tidak Akan Maafkan Ahmad Said...

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia

Kami Tidak Akan Maafkan Ahmad Said...

BesutLonih menerima satu email daripada seorang pembaca yang menggunakan nama antiahmadsaid yang katanya mewakili rakyat Terengganu yang merasa tertindas semenjak Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu.

Kandungan Email itu disiarkan seperti mana di bawah:

KAMI TIDAK AKAN MAAFKAN AHMAD SAID

Saudara penulis,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bersuara dan saya amat berharap email saya ini disiarkan di BesutLonih.com kerana saya merasakan ianya satu tempat yang sesuai untuk saya bersuara.

2. Sebenarnya suara saya ini mewakili beberapa rakyat Terengganu yang merasa tertindas semenjak Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Kami semua sebenarnya berada di kawasan DUN yang dianak tirikan oleh Ahmad Said, jadi kami merasakan ia tidak adil bagi kami.

3. Tujuan kami menyiarkan email ini adalah untuk mendesak agar Ahmad Said melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau gagal berlaku ke adil kepada rakyat Terengganu, jika Ahmad Said ingin membalas dendam kenapa kami rakyat menjadi sasaran, berhentilah kami tidak mahu menerima alasan lagi, Ahmad Said hanya layak balik kampung tanam jagung dan tak layak jadi Menteri Besar.

4. Kami juga mendesak agar Datuk Seri Najib Tun Razak melucutkan jawatan Datuk Ahmad Said dengan seberapa segera, kami juga berharap ADUN di Dewan Undangan Negeri Terengganu mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said.

Kami juga sudah tidak lagi boleh menerima permohonan maaf Ahmad Said kerana sudah terlambat, kami tidak akan maafkan Ahmad Said selagi Ahmad Said adalah Menteri Besar Terengganu.
Reblog this post [with Zemanta]