Hulurkan Sumbangan

Tuesday, November 3, 2009

Ahmad Said Patut Malu Dengan Annuar Musa


Ahmad Said Patut Malu Dengan Annuar Musa
Oleh: yieMEGA

PENULIS yakin semua peminat bola sepak sudah mengetahui yang Penyu Menangis Di Bumi Sendiri apabila skuad Bola Sepak Terengganu dimalukan di negeri sendiri dan dikalahkan Negeri Sembilan, mutu permainan bola sepak Terengganu semakin merosot semenjak Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu.

Ramai penyokong Skuad Terengganu terpaksa pulang hampa apabila pasukan kegemaran mereka ditewaskan oleh Negeri Sembilan. Namun berbeza situasinya apabila negeri yang berjiran dengan Terengganu iaitu Kelantan, apabila berjaya menempah tiket ke Akhir Piala Malaysia yang akan diadakan di Bukit Jalil sabtu ini.

Penulis ingin memberi tabik hormat kepada Datuk Annuar Musa kerana berjaya membawa Kelantan hingga ke Akhir Piala Malaysia, satu kejayaan yang membanggakan. Kepimpinan beliau di dalam KAFA memang tidak sia-sia.

Mungkin pembaca terntanya-tanya kenapa penulis menyalahkan Ahmad Said berhubung kekalahan Terengganu, jawapanya mudah sahaja kerana berdasarkan pemerhatian penulis Ahmad Said kurang mengambil berat mengenai hal ehwal bola sepak Terengganu, mungkin beliau lebih gemarkan tarian sewang daripada Bola Sepak tetapi sepatutnya selaku Menteri Besar beliau sepatut mengambil tahu hal ehwal bola sepak ni, Sedangkan Menteri Besar Kelantan sendiri pun turun padang dengan jubah untuk menonton dan mengambil berat hal ehwal bola sepak negeri Kelantan.

Penulis pun tidak faham, kenapa Kerajaan Negeri Terengganu sekarang ini seperti dingin dengan PBSNT adakah kerana Pengerusinya bukan orang pilihan Ahmad Said? ataupun Ahmad Said yang tergila-gilakan nak jadi Pengerusi PBSNT seperti mana Menteri Besar Selangor?

Penulis ingin mencadangkan agar Datuk Seri Idris Jusoh dilantik menjadi Presiden PBSNT yang baru, mana tahu dia mampu menaikkan semula Skuad Penyu sepertimana Datuk Annuar Musa menaikkan semula Skuad Kijang dan mengembalikan semula zaman kegemilangan The Red Warrior.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: