Hulurkan Sumbangan

Tuesday, November 24, 2009

Bersatu Menjana Ekonomi Besut


Rakyat Besut Perlu Bersatu Membangunkan Ekonomi Besut
Oleh: yieMEGA

EKONOMI merupakan salah-satu elemen penting di dalam memajukan sesuatu tempat ataupun daerah. Seperti yang anda semua sedia maklum bahawa sejak pemerintahan Rejim Zionis Ahmad Said kebanyakkan daerah lain dipinggirkan kecuali daerah Kemaman. Oleh yang demikian kita tidak ada pilihan lain selain membangunkan sendiri ekonomi daerah kita.

Usah persoalkanlah kenapa daerah kita dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sedangkan daerah kita bernaung di bawah naungan Terengganu. Kita sudah ada contoh Menteri Besar sebelum ini yang juga berasal dari Kemaman sehinggakan Kemaman lebih maju daripada ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Mungkin sebab itulah perangai MB itu dan MB sekarang adalah sama.

Lupakan saja MB Samseng tiada guna kita bercakap mengenainya mungkin kita juga berhak tanya kemana perginya 'Wang Royalti' yang diterima oleh Kerajaan Terengganu, setakat ini kita masih belum dapat lihat Wang Royalti tersebut digunakan untuk apa, jadi rakyat Terengganu sepatutnya mempersoalkan tentang hal ini.

Adalah lebih baik penulis menumpukan kepada tajuk artikel penulis pada kali ini, di dalam menjana ekonomi rakyat Besut sendiri perlu memainkan peranan yang penting di dalam memajukan ekonomi kita.

Walaupun kita tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri Terengganu tetapi kita seharusnya sedar bahawa sudah tiba masanya kita sendiri yang menjanakan pulangan ekonomi untuk daerah kita sendiri.

Penulis ada beberapa cadangan kepada rakyat Besut untuk menjana ekonomi rakyat Besut. Pertama sekali berbelanjalah di dalam daerah Besut jangan berbelanja di luar daerah Besut kalau nak beli apa pun pastikan berbelanja di Besut.

Begitu juga bagi yang minat makan di luar, pastikan mereka makan di kedai-kedai makan sekitar Besut, kalau boleh belanjalah paling kurang RM5 atau lebih di setiap kedai makan yang anda kunjungi di dalam daerah Besut.

Promosikan produk-produk pelancongan yang ada di daerah Besut tidak kira menggunakan medium apa sekalipun asalkan ianya dapat menjana ekonomi berterusan untuk daerah Besut sekaligus menaikkan taraf ekonomi rakyat Besut.

Buat cadangan kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) daripada seluruh negara untuk membuka kampusnya di dalam daerah ini, ini juga akan membantu menaikkan dan menjana ekonomi untuk rakyat Besut.

Akhir kalam, di saat kita di anak tirikan oleh Rejim Ahmad Said ada baiknya kita berdikari di dalam memacu ekonomi daerah kita, insya-Allah kalau kita kuat berkerja kita akan berjaya walaupun Ahmad Said hanya bergoyang kaki makan gaji buta di atas Kerusi MB.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

are-faya faya said...

rakyat BESUT bersyukur dan berbangga atas kejayaan daerah BESUT juara MALAYSIA dalam peperiksaan UPSR iaitu 19.5%....

semoga tradisi ini diteruskan..walau besut di anak tirikan,pelajaran tetap no 1..

x macam anak org kemamang tu,anak dapat sikit A,ada B plus C dapat masuk sekolah ELIT di K.terengganu..