Hulurkan Sumbangan

Thursday, November 5, 2009

Nasib dan Halatuju Rakyat Besut Di Era Ahmad Said


SEGMEN Isu Semasa pada kali ini akan membincangkan Nasib dan Halatuju Rakyat Besut di Era Ahmad Said. Oleh kerana Besut bernaung di bawah Kerajaan negeri Terengganu bermakna rakyat Besut juga mempunyai hak yang sama dengan daerah-daerah lain di dalam negeri Terengganu Darul Iman ini.

Namun setelah Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu banyak hak rakyat Besut telah dinafikan oleh Ahmad Said, sebagai contoh projek-projek pembangunan yang diluluskan semasa era bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bertukar rentaknya semakin perlahan binaanya, begitu juga banyak jalan-jalan yang rosak tidak diperbaiki.

Malah kebanyakkan JKKK di daerah Besut ini dianaktirikan oleh Ahmad Said, dan bermacam-macam lagi 'politik balas dendam' yang diamalkan oleh Ahmad Said. Sebelum ini penulis pernah mendedahkan kerosakkan tandas Masjid DO Besut, juga tidak dihuraikan dibiarkan terus rosak menunggu masa menyembah bumi.

Malah kedudukan ekonomi juga terjejas teruk dek kerana kegagalan Ahmad Said menguruskan dan merancang Ekonomi yang berkesan untuk Terengganu, Ahmad Said buat masa ini adalah Menteri Besar Paling Gagal dalam sejarah Menteri Besar Terengganu, inilah yang berlaku apabila 'Gagak Di Rimba' diberi tempat di Bandar. Haru biru jadinya.

Nampaknya rancangan Ahmad Said untuk bergelar Menteri Besar lebih awal akhirnya berhasil apabila beliau berjaya menjatuhkan rakan politiknya sendiri dari kerusi Menteri Besar demi kerana keinginan peribadinya, moga Allah melaknat Ahmad Said di atas perbuatanya.

Dari hari ke hari rakyat Besut semakin dinafikan haknya selaku Rakyat Terengganu, inilah salah satu kezaliman yang dilakukan oleh seorang MB yang berstatus 'Mahafiraun' ini semoga Allah memendekkan riwayat politik Ahmad Said.
Reblog this post [with Zemanta]

4 comments:

Teach and Learn said...

saya adalah rakyat besut sejati.
saya melihat sebenarnya besut memang dah lama di anak tiri sejak dahulukala lagi.
semata-mata kerana kita di besut bercakap dlm bahasa kelantan. mereka di terengganu, menganggap kita di besut ini adalah keturunan org buangan semata-mata... harus diingat , kalau di lihat dari segi sejarah, besut sebenarnya adalah sebuah negeri yang lain dari terengganu. sempadan asal daerah kita adalah sehingga ke sungai tong setiu, besut kini telah di pecah menjadi dua daerah iaitu setiu dan besut.

pada zaman british besut telah dimasukkan dan diserap menjadi salah satu daerah di terengganu..................

oleh itu wahai semua rakyat besuttttttttttttttttt...

bangkitlah menentang pemerintahan yang tidak adil sekian lama ini, sampai bila kita hendak menjadikan kemiskinan rakyat kita dan kemajuan sifar sekarang ini di warisi oleh cucu cicit keturunan kita..dan sampai bila kita hendak dihina lagi????

renung-renungkan lah...
wassalam

Teach and Learn said...

saya adalah rakyat besut sejati.
saya melihat sebenarnya besut memang dah lama di anak tiri sejak dahulukala lagi.
semata-mata kerana kita di besut bercakap dlm bahasa kelantan. mereka di terengganu, menganggap kita di besut ini adalah keturunan org buangan semata-mata... harus diingat , kalau di lihat dari segi sejarah, besut sebenarnya adalah sebuah negeri yang lain dari terengganu. sempadan asal daerah kita adalah sehingga ke sungai tong setiu, besut kini telah di pecah menjadi dua daerah iaitu setiu dan besut.

pada zaman british besut telah dimasukkan dan diserap menjadi salah satu daerah di terengganu..................

oleh itu wahai semua rakyat besuttttttttttttttttt...

bangkitlah menentang pemerintahan yang tidak adil sekian lama ini, sampai bila kita hendak menjadikan kemiskinan rakyat kita dan kemajuan sifar sekarang ini di warisi oleh cucu cicit keturunan kita..dan sampai bila kita hendak dihina lagi???? sudah sudah lah awan mendung yang telah berdekad menutupi langit besut tercinta ini.

renung-renungkan lah...
wassalam

Nyetok said...

ahmad said ko, deris jusoh ko, tak kiro la sapo, tolong la wat sudoh stesen bas jertih tu, sakit mato bertahun2 duk gitu jah.. budok2 balik ngaji payoh

citra-bangsa said...

Betul ke ning