Hulurkan Sumbangan

Sunday, December 27, 2009

Besut Cermelang Pendidikan


BESUT cermelang pendidikan mungkin itulah yang dapat kita tafsirkan kepada salah sebuah daerah yang bernaung di dalam negeri Terengganu ini atau lebih tepat sekarang ini bernaung di bawah Kerajaan Ahmad Said. Walaupun dianaktirikan oleh Ahmad Said, namun Besut tidak putus-putus mencatatkan kejayaan demi kejayaan di dalam sektor pendidikan.

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya meletakkan Besut sebagai Juara peringkat kebangsaan. Itu kejayaan boleh dibanggakan, ini adalah kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di dalam daerah Besut yang berusaha dengan bersungguh-sungguh terutamanya Datuk Seri Idris Jusoh walaupun kini dia hanyalah pemimpin biasa bukan Menteri Besar.

Beberapa hari yang lalu keputusan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) telah dikeluarkan. Pencapaaian PMR terbaik bagi kategori Sekolah Agama telah diberikan kepada Sekolah Menengah Imtiaz Besut.

Bagi yang kurang mengetahui Sekolah Menengah Imtiaz sebenarnya diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh di dalam usahanya melahirkan generasi Ulul Albab. Pencapaian Sekolah Menengah Imtiaz Besut itu memang boleh dibanggakan.

Marilah bersama-sama berusaha untuk menjadikan Besut sentiasa cermelang dalam pendidikan walaupun daerah kita ini di anak tirikan, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin masa depan berkualiti tinggi sudah tentu satu masa nanti kita akan dapat membalas kekejaman yang dilakukan oleh Ahmad Said.

Penulis juga ingin berterima kasih kepada salah seorang pembaca BesutLonih.com yang telah mengingatkan penulis berkenaaan hal ini. Beliau ialah saudara are-faya faya, sebagai tanda terima kasih izinkan penulis menyiarkan semula komenya sepertimana di bawah:

Assalamualaikum,just mahu inform,BESUT menang lagi kategori PMR terbaik di terengganu...memang hebat BESUT lo nih..memang btullah BESUT bumi ULUL-ALBAB seperti mana yang di ilhamkan oleh IDRIS JUSOH...habislah mu ahmad said..mu bagi e-book percuma,budak2 tengok cerita bukan2 di internet..tanggung doso mu.......

Biarlah,janji BESUT terus MAJU...

SEkolah IMTIAZ yang diilhamkan IDRIS JUSOH paling cemerlang di terengganu dan MALAYSIA..ramai dapat 9A termasuk bahasa ARAB...dan SEKOLAH AGAMA tERBAIk MALAYSIA untuk PMR 2009!!

Sekolah Menengah Agama Terbaik(PMR 2009) :

1. SM Imtiaz, Besut
2. SM Imtiaz, Kuala Berang
3. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
4. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
5. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu


saya harap tuan punye BLOG jangan lupe POST pasal benda ini yerk...x pe,kite ditindas melalui POLITIK kotor ahmad SAID,tapi PELAJARAN tidak boleh DITINDAS!!...ALLAHUAKBAR


Penulis percaya semakin rakyat-rakyat Terengganu akan hilang kepercayaan terhadap Ahmad Said salah satunya ialah Saudara are-faya faya. Tak mengapa walau kita dihina dan ditindas pastikan kita tetap berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Ahmad Said.
Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, December 24, 2009

Anda Wira Kami - Rakyat Terengganu


Segmen Suara Rakyat di BesutLonih.com kali ini memetik satu email yang dihantarkan kepada kami. Email ini kami siarkan kembali mudah-mudahan maksud pengirim email akan berhasil demi mengembalikan semula hak dan aspirasi rakyat.

Email Tersebut sepertimana di bawah:

Pengendali
Segmen Suara Rakyat
Besut Lonih.com

Tuan Pengendali,

Mohon Disiarkan Email Ini Dalam Segmen Suara Rakyat

Merujuk kepada perkara di atas saya selaku rakyat Terengganu ingin mengucapkan terima kasih kepada wira-wira kami seperti YB Din Adam (DUN Bukit Besi) dan Alias Abdullah (DUN Alur Limbat) kerana mereka-mereka inilah wira-wira kami.

Sudah lama kami menunggu-nunggu detik-detik di mana ada ADUN yang akan mempersoalkan ketelusan dan kewibawaan Kerajaan Pimpinan Ahmad Said. Kami sebenarnya sudah lama terseksa dengan Kerajaan Pimpinan Ahmad Said ini.

Syukurlah ada wira-wira kami yang berani membawanya ke Sidang DUN. Kami hargai jasa-jasa yang diberikan mereka. Kami juga akan mendoakan agar mereka terus berusaha menjadi 'juara rakyat' dan bukanya 'juara gangster'.

Kami juga memohon agar wira-wira kami akan terus berusaha tanpa takut agar Rejim Ahmad Said akan menerima balasan yang setimpal termasuklah Yang Dipertua DUN kerana beliau lah yang merancang segala-galanya termasuklah menjatuhkan Menteri Besar terdahulu.


Pautan Berita Berkaitan:
AgendaDaily



Reblog this post [with Zemanta]

Friday, December 18, 2009

Tahniah Tan Sri Dr. Yusof Noor


Tahniah Tan Sri Dr. Yusof Noor Dinobatkan Tokoh Maal Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya semua umat Islam telah mengetahui siapakah yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1431H ini. Bagi yang belum mengetahui orang yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan ialah Pengerusi Kumpulan Felda iaitu Tan Sri Dr. Yusof Noor.

Beliau tidak asing lagi bagi rakyat Besut kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kampong Raja (Sekarang DUN Kota Putra) sebelum ini di zaman Wan Mokhtar Ahmad Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau juga tidak asing dengan Institut Profesional Baitumal (IPB) dan juga Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) beliaulah antara orang yang terlibat dalam memajukan institusi tersebut.

Selepas berhijrah dari bidang Politik beliau menumpukan sepenuh masanya untuk Kumpulan Felda, setelah beliau menyertai Kumpulan Felda prestasi kumpulan itu juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya, sepatutnya semasa beliau masih berada di dalam arena politik tanah air di Terengganu dia dilihat sebagai pengganti yang paling sesuai bagi Wan Mokhtar Ahmad, namun tak tahu bagaimana tiba-tiba sahaja beliau ditukar menjadi calon Parlimen pada tahun 1999.

Sebagaimana diketahui ramai, 1999 merupakan detik bersejarah kejatuhan Kerajaan BN Terengganu dan juga berakhirnya karier Menteri Besar bernama Wan Mokhtar Ahmad. Selepas kejatuhan Kerajaan BN tiada siapa yang sanggup memikul tugas untuk mengembalikan pemerintahan BN di Terengganu kecuali seorang lagi yang juga rakan karib Tan Sri Dr. Yusof Noor iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, namun setelah berjaya meletakkan BN Terengganu di dalam Zon Selesa akhirnya beliau telah dijatuhkan oleh rakan separti sendiri.

Sekalung tahniah, diucapkan kepada Tan Sri Dr. Yusof Noor, rakyat-rakyat Besut sentiasa menghargai sumbangan anda semasa anda menjadi ADUN dahulu. Semoga Tan Sri terus menabur bakti demi Agama, Bangsa dan Negara.
Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, December 15, 2009

Salah Guna Nama Ijmak





Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Setiap kali berlaku kebangkitan pemikiran Islam menghadapi cabaran baru sesuatu zaman kita akan dapati para penentang utama kebangkitan pemikiran Islam itu kadang-kala akan terdiri dari kelompok konservetif agama itu sendiri.

Mereka ini bimbang jika berlaku kebangkitan umat menghadapi cabaran baru mereka akan dianggap sudah ‘tidak laku’ atau menghadapi ‘tarikh luput’ di kerusi-kerusi empuk atas nama agama yang mereka duduk atau pengaruh agama yang mereka kuasai.

Mungkin juga yang menentang itu mereka yang bimbang apabila berlaku reformasi umat dalam mengembalikan ajaran Islam kepada sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan al-Sunnah akan menyebabkan aliran anutan mereka terjejas.


-Sumber Rujukan

Mereka ini biasanya terdiri dari kelompok tarekat, juga kelompok agama yang selalu mengenakan caj atau bayaran yang berbagai-bagai atas nama agama. Mereka ini menjadikan agama sebagai sumber pendapatan.

Berbagai petua agama dari kesihatan sehingga kematian dikeluar serentak dengan berbagai bayaran pun dikenakan. Sehingga masyarakat merasa soal dunia atau harta itu kerja kita, soal akhirat atau agama itu kerja golongan agama.

Lalu mereka rasa mereka cari harta untuk hidup di dunia, sementara akhirat mereka serahkan kepada kelompok agama ini untuk uruskan dengan bayaran yang diberikan. Maka agama dijadikan alat untuk kuasa dan harta. Sebab itu kelompok ini akan menggunakan senjata agama dalam mempertahankan domain mereka ini.

Apabila ada yang menegur, bagi menjaga kedudukan mereka tuduh berbagai tuduhan. Antaranya, pengkritik menyanggahi ‘ijmak ulamak’. Maka golongan agama ini mendapat lesen besar untuk bercakap apa sahaja mengenai agama atas alasan mereka adalah ulama, jika menentang pendapat mereka bererti menentang pendapat ulama.

Jika menentang pendapat ulama bererti tidak berpegang kepada ijmak ulama. Sesiapa yang tidak berpegang dengan ijmak ulama bererti menolak sumber rujukan Islam yang ketika iaitu selepas al-Quran dan Hadis, al-Ijma’. Kesan, membawa kepada kekufuran.

Sehingga kita berjumpa orang awam yang disalahfahamkan menyebut ‘kita tidak boleh berpandukan al-Quran dan hadis sahaja, kita kena ikut apa kata ustaz kerana ustaz itu ulamak dan kita kenalah ikut ijmak ulama’. Bila ditanya dia apakah itu ijmak ulama? Jawabnya “Pendapat ulama-ulama kita la..”. Demikianlah atas kejahilan orang awam, atau sengaja mereka dijahilkan maka sebahagian pihak menikmati lesen besar untuk menggunakan agama atas tiket ijmak ulama.

Justeru, wajib kita fahamkan masyarakat apakah itu al-Ijma’ atau Ijmak Ulama Mujtahidin yang dijadikan sumber ketiga dalam pengambilan hukum-hukum Islam. Ijmak sebenar itu dijunjung dan dipegang. Cumanya, apakah itu al-Ijma’ yang sebenar?

Takrif bagi perkataan al-Ijma’ ini di sisi majoriti ulama ialah

“Kesepakatan seluruh para mujtahidin (ahli ijtihad) dalam kalangan umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda, pada sesuatu zaman, mengenai sesuatu hukum syarak”. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/490, Beirut: Dar al-Fikr).

Inilah takrif ijmak. Kita akan temuinya atau takrif yang hampir menyamainya dalam hampir semua buku usul fekah klasik dan semasa.

Dari takrif ini beberapa perkara mesti kita faham sebelum kita menamakan sesuatu perkara itu sebagai ijmak ulama, antaranya; ijmak itu adalah kesepakatan tanpa kecuali seluruh para ahli ijtihad pada sesuatu zaman.

Maksudnya, para mujtahidin tanpa pengira perbezaan mazhab fekah, tidak terbatas kepada empat mazhab sahaja, tidak kira di mana berada bersetuju dengan hukum berkenaan. Jika ada yang berbeza pendapat walaupun seorang, maka itu tidak boleh dianggap ijmak.

Bayangkan para mujtahid dalam berbagai aliran fikir dan mazhab yang sering berbeza boleh bersepakat dalam perkara tersebut. Maka betapa sukarnya untuk berlakunya ijmak sebenar melainkan dalam perkara-perkara yang jelas nasnya.

Maka sekadar kesepakatan ulama mujtahidin sesuatu mazhab, atau negara tertentu seperti Madinah, atau Mekah, atau Arab Saudi seluruhnya, atau Jordan, atau Indonesia atau Malaysia tidak dianggap ijmak kerana ia bukan kesepakatan seluruh para mujtahid (lihat: Dr ‘Abd al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 180, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Maka dakwaan sesetengah kelompok agama di Malaysia bahawa ‘arus perdana’ atau main stream atau kebiasaan ulama Nusantara itu sebagai ijmak ulama adalah tidak tepat. Juga keputusan majlis fatwa mana-mana negara dalam perkara-perkara ijtihadiyyah (terdedah kepada pandangan yang pelbagai) tidak boleh dianggap ijmak ulama.


- Gambar Hiasan

Kedua, kesepakatan itu hendaklah kesepakatan para mujtahid iaitu ahli ijtihad bukan tokoh agama, atau ustaz atau tok guru atau penceramah agama semata. Mujtahid bermaksud mereka yang sampai ke peringkat mampu beristinbat (merumuskan) hukum-hukum syarak dari dalil-dalilnya.

Mereka ini bukan sekadar muqallid atau hanya sekadar mengikut pendapat atau fatwa orang lain, sebaliknya mereka sendiri berkemampuan merumuskan fatwa dengan ijtihad sendiri, maka kesepakatan mereka ini yang diambil kira.

Adapun kesepakatan mereka yang sekadar memakai gelaran ulama sedangkan bukan ahli ijtihad dan masih bergantung kepada fatwa mazhabnya, atau orang lain maka kesepakatan mereka tiada nilaian dalam ijmak kerana mereka bukan mujtahid.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut:

“Tiada dalil wajib mengikut mana-mana imam mazhab sama dari nas al-Quran atau sunnah atau ijmak. Pendapat golongan muqallidin (pengikut mazhab) bahawa wajib mengikut mazhab tidak diambil kira. Ini kerana al-Ijma’ yang muktabar ialah kesepakatan para mujtahidin pada sesuatu zaman bukan kesepakatan para muqallidin” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu’asir, 38, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Apabila kita tahu hal ini maka jelaslah bukan senang untuk mendakwa sesuatu perkara sebagai ijmak ulama. Banyak perkara yang didakwa ijmak sebenarnya tidak ijmak. Sesetengah pihak mudah benar menyebut ijmak ulama sedangkan tidak demikian.

Umpamanya, dakwaan yang menyatakan ijma ulama wajib hukuman hudud ke atas peminum arak. Padahal ada dalam kalangan ulama mujtahidin yang berpendapat tiada hukuman hudud ke atas peminum arak.

Juga dakwaan Ibn Munzir bahawa telah berlaku ijmak menyatakan bahawa zakat harta tidak boleh diberikan kepada bukan muslim juga bercanggah dengan riwayat daripada al-Zuhri, Ibn Sirin dan Ikrimah yang membolehkannya. Inilah apa yang zahir dari mazhab Saidina ‘Umar bin al-Khattab. Banyak sentuhan penting lain yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai ijmak ini dalam bukunya Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu’asir .

Banyak perkara yang disebut sebagai ijmak ulama itu padahal hanya pendapat beberapa orang ulama atau ulama mazhab tertentu, atau negara tertentu, atau aliran tertentu, atau majlis fatwa tertentu bukan ijmak sebenar yang wajib kita mematuhinya. Tuduhan sesetengah pihak bahawa si fulan menyanggahi ijmak ulama itu belum tentu benar. Bahkan mungkin tuduhan palsu jika sekadar menyanggahi pendapat ulama kelompok atau aliran atau negara tertentu sahaja.

Pandangan ilmuwan atau ulama itu dihormati, tetapi bukanlah sampai ke darjat ijmak yang diwajibkan kita patuh tanpa bantah. Selagi ia bukan ijmak, padangan selainnya bukan diberikan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaily:

“Kerapkali kita terjumpa dalam buku-buku mazhab fekah seseorang ahli fekah berdalil dengan perkataan al-ijma’ (ijmak). Kadangkala kita dapati dalam perkara yang mazhab-mazhab berbeza pendapat, tetapi setiap mazhab mendakwa ijmak menyokong pendapat imam mereka. Ini menjadikan ijmak berlaku dengan banyak. Kata al-Ustaz Abu Ishak al-Isfaraiini: “Kita tahu bahawa masalah-masalah ijmak lebih dari dua puluh ribu. Adakah dakwaan ini benar?! Adakah ini ijmak yang diiktiraf sebagai sumber ketiga syariat islam?! Inikah ijmak yang istimewa berbanding dengan ijmak dalam ilmu lain?! bagaimanakah mungkin untuk diserasikan perkataan para ahli fekah ini dengan apa yang disebut oleh majoriti ulama Usul fekah bahawa ijmak adalah hujah yang putus menjadi kafir sesiapa yang membantahnya?! Sebenarnya, tidak boleh dipegang ijmak-ijmak fekah ini melainkan setelah dipastikan dan diselidiki. Barangkali yang dikatakan ijmak itu hanya sekadar pendapat kebanyakan, bukan semua mujtahid. Boleh jadi hanya pendapat imam-imam yang empat sahaja, bukan selain mereka. Atau boleh jadi pendapat ulama mazhab tertentu, bukan selain mereka. Atau mungkin mereka tidak tahu ada yang berbeza dengan mereka. Biasanya mereka maksudkan dengan ijmak itu kesepakatan mazhab tertentu” (Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/488-489).

Maka jika anda memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama, atau ustaz atau majlis agama atau tokoh ilmuwan tertentu, bukanlah bererti anda menyanggahi ijmak ulama. Dalam banyak perkara ulama berbeza pendapat, anda berhak memilihnya dengan adil dan faham.

Berbeza dengan sesetengah ulama tiada salahnya jika ada alasan yang betul. Apatahlagi jika yang dikatakan ulama itu bukan ulama. Atau ulama, tetapi sekadar muqallidin sahaja. Jangan salahfaham maksud ijmak ulama dan jangan salah guna nama ijmak ulama!

Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, December 9, 2009

Besut Bumi Ulul Albab


Besut Bumi Ulul Albab

BESUT sebuah daerah dalam naungan negeri Terengganu. Kini daerah ini mendapat gelaran baru apabila ia diberikan nama "Bumi Ulul Albab" sepertimana Kelantan yang digelar 'serambi Mekah'. Penulis tidak tahu daripada puncanya ia digelar sedemikian, mungkin di sebabkan oleh wujudnya sekolah IMTIAZ yang melahirkan insan Ulul Albab yang pertama bermula di daerah ini.

Tambahan pula orang mengilhamkan "Ulul Albab" yang berpandukan Al-Quran ialah orang yang berasal dari daerah Besut. Sebenarnya "Ulul Albab" ini bukan perkara baru, sememanya ia telah dinyatakan di dalam Quran, jadi orang yang rajin mengkajinya sahaja yang mampu membuat implementasinya terhadap negeri atau daerah yang dianaunginya. Beliau ialah Bekas Menteri Besar Terengganu iaitu yang juga ADUN Jerteh iaitu Datuk Seri Idris Jusoh.

Baru-baru ini Besut telah dinobatkan juara UPSR peringkat kebangsaan atau negara sekaligus tidak sia-sia gelaran "Bumi Ulul Albab" yang diberikan kepadanya. Ini adalah semua adalah hasil usaha bekas Menteri Besar Terengganu sebelum ini.

Mungkin Menteri Besar sekarang ini akan mendabik dada dan menjadi bagai burung merak yang kembang ekornya dan akan menyatakan ia adalah hasil usaha beliau walaupun pada hakikatnya hasil usaha beliau habuk pun tak ada bak kata orang "Buat Abis Beras" sahaja dia jadi MB.

Jadi MB tapi langsung tak tahu apa-apa, mungkin Al-quran pun tak khatam kot, tetapi itu hak dia nak khatam ke tak, yang penting MB Terengganu sekarang ini memang tak guna sepatah haram pun boleh buang ke laut beri makan buaya je, ada pun menyusahkan sahaja.

Ini yang payahnya apabila spesies orang utan menjadi MB, orang kata apa pun dia tak dengar, maklumlah orang utan tetap orang utan. Duit rakyat Terengganu yang digunakan untuk membayar gajinya yang hanya goyang kaki itu ternyata sia-sia sahaja.

Lupakan sahaja kisah beruk tua itu, marilah kita menumpukan usaha untuk mengekalkan gelaran "Besut Bumi Ulul Albab" biarpun MB kita langsung tidak mempedulikan kita, biarpun daerah kita di anak tirikan, namun kita mesti buktikan yang daerah kita tetap boleh berdikari.

Marilah kita bersatu untuk menumbangkan empayar Zionis Ahmad Said terus menjadi Menteri Besar Terengganu. Datuk Seri Hishamuddin pun tidak mampu membantu kita kerana dia hanya tahu memberi amaran dan amaran dan amaran sahaja, adalah lebih bagus beliau menjadi Menteri Amaran Dalam Negeri.

Bersatulah menentang Ahmad Said selagi hayat dikandung badan. Sama-samalah kita menjatuhkan beliau.
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, December 2, 2009

Dr. Yusof Nor Tolonglah Kembali Berkhidmat...



Dr. Yusof Nor Tolonglah Kembali Berkhidmat..

Beberapa rakyat Besut terutamanya yang tinggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Kampong Raja (Sekarang DUN Kota Putra) meminta supaya bekas adun itu kembali menjadi ADUN di kawasan yang sama setelah Dr. Yusof yang sudah lama tidak bergiat aktif dalam arena politik tanah air.

Untuk rekod Dr. Yusof Noor sekarang bertugas sebagai Pengerusi Felda. BesutLonih difahamkan bahawa tujuan untuk membawa balik Dr. Yusof Noor ke arena politik bukan kerana ADUN yang sedia ada tidak bertugas dengan baik tetapi ia lebih kepada persediaan jangka panjang terutamanya dalam memastikan kebajikan rakyat Besut yang terabai semasa pemerintahan kuku besi Ahmad Said dapat dibela.

Tan Sri Dr. Yusof Bin Haji Mohd Noor sebelum ini telah lama berbakti kepada rakyat Besut malah juga kepada rakyat Terengganu. Namun jasa-jasa beliau seolah-olah tidak dihargai. Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 10 1999 beliau sebenarnya mungkin akan dicalonkan menjadi Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Amar Diraja Wan Mohkhtar Ahmad.

Namun, peluang beliau telah 'dicantas' awal-awal oleh Wan Mokhtar dengan menukarkanya menjadi calon Ahli Parlimen dengan ini Dr. Yusof Nor tidaklah dapat menjadi pengganti kepada Wan Mokhtar dan menyaksikan jatuhnya empayar BN di Terengganu dan berundurnya manusia bernama Wan Mokhtar.

Selepas pilihan raya ke 11, menyaksikan seorang lagi rakyat Besut tapi kali ini lain sedikit kerana beliau berjaya menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliau ialah Datuk Seri Idris Bin Jusoh dan telah beberapa kali cubaan untuk menjatuhkanya dari kerusi tersebut dan akhirnya beliau berjaya dijatuhkan oleh seorang bekas gangster kampung iaitu Datuk Ahmad Said. Siapa sangka dari gangster menjadi Menteri Besar.
Reblog this post [with Zemanta]