Hulurkan Sumbangan

Saturday, January 30, 2010

Boikot Semua Perniagaan di Kemaman

Flag of the Malaysian state Terengganu.Image via Wikipedia

Boikot Semua Perniagaan di Kemaman

BesutLonih.com menerima satu email berupa cadangan daripada salah seorang pembaca BesutLonih.com. Email tersebut bertujuan mencadangkan diadakan satu kempen memboikot semua perniagaan di Kemaman oleh rakyat-rakyat dari daerah-daerah lain, boikot ini adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada Ahmad Said yang khidmatnya sememangnya tidak diperlukan lagi.

Penghantar email tersebut hanya mahu dikenali dengan nama Anak Jati Kuala Terengganu. Di bawah ini disertakan petikan daripada email tersebut yang dihantar kepada kotak emel BesutLonih.com:

Pentadbir Ruangan Suara Rakyat BesutLonih.com,

Boikot Semua Perniagaan di Kemaman

1. Saya ingin mencadangkan agar diadakan satu kempen memboikot semua perniagaan yang beroperasi di Kemaman, ia adalah satu langkah untuk menyatakan bahawa kami semua sudah tidak perlukan Ahmad Said sebagai MB.

2. Rakyat-rakyat di daerah lain hendaklah TIDAK MEMBELI BELAH di di pusat-pusat membeli-belah di Kemaman.

3. Rakyat daerah lain juga hendaklah tidak menjadikan Kemaman sebagai destinasi pelancongan mereka.

4. JANGAN MENYEWA premis-premis perniagaan di sekitar Kemaman.

5. Jangan MEMBERI SEWA kepada sesiapa sahaja yang berasal dari Kemaman.

6. Jangan berusniaga dengan orang Kemaman.

7. Sekiranya ada PENYEWA anda berasal dari Kemaman hendaklah diberikan notis keluar dari kediaman atau primis anda dengan kadar yang seberapa segera.

8. Elakkan daripada melalui Kemaman sekiranya anda hendak ke Pahang.

9. JANGAN MENERIMA kehadiran mana-mana pemimpin yang berasal dari Kemaman di daerah anda.

10. MENDESAK Ahmad Said meletakkan jawatanya dengan segera, atau tidak beliau dan Barisan Nasional akan dijatuhkan melalui Pilihan Raya.


Itulah antara cadangan yang diterima oleh BesutLonih.com, oleh yang demikian BesutLonih mengambil keputusan untuk menyiarkan email ini bagi memastikan Suara Rakyat tercapai. Terima kasih diucapkan kepada pengirim email.

Cadangan pengirim email tersebut mungkin ada baiknya, dan mungkin juga ada keburukkannya jadi sama-sama lah kita menilai email tersebut.


Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Law (LLB) Center said...

bodo sungguh.. macam tadok idea doh nak publish ape..
translate bahasa barak :
bodo ngoti .. mace tade ideaee deh nek publish gapo

kesatuan pejuang malaysia said...

xdpt dinafikan kemaman kelihatan lebih maju dr daerah lain.tp ini sebenarnya kesan drp hubungan yg rapat dgn kuantan, pahang.dr segi bandaraya KT pula,hrpnya cdgn KTCC tu jd kenyataan.xmboh sekoung sje je.Majlis2 daerah perlu giat lg wat pembangunan/cr sumber lain.klu nk kira daerah yg mundur,marang dr dulu lagu tu jgk la (kecuali bkt payong).sama2la kita membangunkan negeri Trg.psl MB nk turun/tukar,tggu result PRU13 plok.Haji Deris mmg mantop(bleh jd penasihat pendidikan)