Hulurkan Sumbangan

Friday, January 1, 2010

MSO Telah Melukai Hati Kami - Rakyat Besut


SEGMEN Suara Rakyat BesutLonih.com akan menyiarkan satu email daripada rakyat Besut berhubung tidak puas hati berkenaan apa yang disiarkan di dalam blog Merah Tinta MSO dan meminta BesutLonih.com menyiarkan emailnya untuk ditujukan kepada MSO.

Pengendali
Segmen Suara Rakyat
BesutLonih.com

Tuan Pengendali,

Saya memohon jasa baik tuan pengendali agar memberikan saya ruang dengan menyiarkan email saya ini. Saya Abdullah Sani merupakan rakyat Besut yang juga merupakan rakyat Terengganu dan saya percaya rakyat Besut yang lain pun mempunyai perasaan seperti saya.

Saya ada membaca satu artikel yang ditulis oleh MSO di blognya Merah Tinta MSO, artikel tersebut bertajuk "Selamat Tahun Baru Ahmad Said". Artikel yang membuat hati kami selaku rakyat Besut menjadi terluka ialah sepertimana di bawah:

Tambahnya lagi kenapa Idris Jusoh tidak disukai kerana melambakkan pembangunan di Besut dan menambunkan projek kepada kroni. “Kalau Mat Said belajar dari kesilapan Deris ini saya fikir susah juga untuk Pas ambil Terengganu,” tekannya.

Di mana, kenyataan melambakkan pembangunan di Besut telah membuatkan kami tersinggung dan terluka, Tidakah Saudara MSO terlupa yang sepanjang pemerintahan Wan Mokhtar Ahmad, Hadi Awang daerah ini di anak tirikan oleh Kerajaan Terengganu dari segi pembangunan, tapi apabila tuhan mengabulkan doa orang yang dizalimi seperti kami, akhirnya wakil daripada Kami sendiri menjadi ADUN, jadi inilah masanya kami mahukan pembangunan itu sampai ke tempat kami.


Saudara MSO juga tidak boleh 'menutup mata', bahawa sejak Ahmad Said mengambil alih tugas MB daerah ini telah dianaktirikan oleh beliau, malah mengikut pengetahuan saya daerah lain selain Kemaman juga menerima nasib yang serupa dengan kami, adakah ia seorang MB yang adil?

Kami menuntut Saudara MSO membuat permohonan maaf di dalam blog saudara kerana artikel tuan telah melukai perasaan kami sebagai rakyat Besut, saudara MSO pun tahu yang kita bercakap dalam 'loghat' yang sama walaupun negeri yang berbeza.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: