Hulurkan Sumbangan

Tuesday, January 19, 2010

Usul Undi Tidak Percaya Pada Ahmad Said


BARU-BARU ini penulis ada menerima satu email daripada seorang pembaca BesutLonih.com di dalam email tersebut ia mencadangkan agar penulis meminta kesemua ADUN di dalam DUN yang telah di anak tirikan oleh Ahmad Said mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Said. Pengirim Email tersebut yang hanya mahu dikenali dengan nama Syahidan.

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Syahidan kerana memberikan cadangan tersebut. Penulis sememangnya bersetuju 100% kalau ada usul undi tidak percaya diusulkan di dalam DUN Terengganu terhadap Ahmad Said.

Sebab kenapa penulis bersetuju 100% dengan cadangan Syahidan tersebut ialah kerana ketidakadilan beliau yang menganaktirikan daerah-daerah lain dan menjadikan Kemaman sebagai 'anak emas' Kerajaan Negeri. Di mana setelah di beberapa lama di lantik menjadi MB Terengganu hanya pembangunan Kemaman sahaja yang kita dapat lihat.

Paling menyedihkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat negeri pun di buat Kemaman, adakah Kemaman adalah ibu negeri Terengganu sekarang? Teringat penulis di mana satu waktu dulu di masa Wan Mokhtar adalah MB Terengganu kita dapat lihat Kemaman lebih maju berbanding Kuala Terengganu. Jadi mungkin legasi Ahmad Said cuba meneruskan tradisi Legasi Wan Mokhtar dahulu.

Pemimpin seperti ini tidak wajar kita jadikan sebagai pemimpin kerana inilah yang dipanggil 'Pemimpin Pemusnah'. Berkenaan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said itu boleh dijalankan, namun kejayaanya amat mustahil kerana orang yang bertanggungjawab 'cah keting' MB Terengganu dahulu sudah menjadi Speaker DUN Terengganu ini bermakna jika ada usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said ia akan ditolak mentah-mentah oleh Speaker DUN Tersebut.

Pada pandangan penulis, walaupun sukar untuk mengusulkan undi tidak percaya pada Ahmad Said adalah lebih baik kita mencubanya walaupun sukar lagipun Usaha Tangga Kejayaan, demi hak kita daerah-daerah yang di anak tirikan Ahmad Said kita mesti bertindak, dan wakil-wakil rakyat kita hendaklah memainkan peranan dengan mengusulkan perkara tersebut di DUN Terengganu.

Akhir Kalam mari bersama-sama kita berdoa untuk Ahmad Said, "Ya Allah Ya Tuhan Kami Turunkanlah Ahmad Said daripada Jawatan Menteri Besar Terengganu, Kami tidak mahu orang yang tidak adil menjadi MB Kami, Kami mahukan Keadilan untuk Kami, Kami juga tidak mahu samseng menjadi pemimpin kami".
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: