Hulurkan Sumbangan

Tuesday, April 28, 2009

Menteri Besar Cap Ayam !!!!






"Menteri Besar Cap Ayam", kalau kita tengok pada tajuk pasti ada yang kata tajuk ini menarik. "Menteri Besar Cap Ayam" itulah gelaran yang diberikan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) di blognya MSO Melayu di [http://www.msomelayu.blogspot.com]. Gelaran tersebut diberikan kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Pada pandangan saya gelaran yang diberikan oleh MSO terhadap Ahmad Said ada asasnya dan tidak keterlaluan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh beliau. Ini tidak sama dengan sesetengah rakyat Terengganu yang melabelkan beliau "Orang Utan" atau ada juga yang menggelarkanya "Orang Asli" atau istilah yang lebih biadap "Orang Batak".

Bercakap mengenai Ahmad Said teringat penulis dengan cerita "Keturunan Ahmad Said", Sahabat penulis itu menceritakan tentang sejarah "Keturunan Ahmad Said". Mengikut Sahabat Penulis Ayah Ahmad Said adalah seorang yang "Gedebe dalam loghat Kelantan yang bermaksud orang Hebat yang popular dengan keganasan beliau, di saat ada pergaduhan di situlah bapanya menjadi ketua dan khabarnya perangai Ahmad Said sama juga dengan Bapanya." Itulah apa yang penulis ceritakan apa yang diceritakan sahabat penulis kepada penulis.

Walaubagaimanapun cerita tersebut belum boleh ditentukan kesahihanya jadi janganlah ambil pusing mengenainya. Apa yang penulis yang boleh sahihkan ialah prestasi Ahmad Said sebagai Menteri Besar amatlah buruk, jika beliau terus menerajui Terengganu penulis pasti satu hari nanti BN Terengganu akan hancur dan tidak akan diterima oleh rakyat Terengganu lagi. Jadi fikir-fikirkanlah, kepada Ahmad Said "Turunlah secara terhormat, jangan nanti anda diturunkan secara tidak terhormat"


Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, April 26, 2009

Kami Tolak Ahmad Said Kerana Prestasi Bukan Menderhaka !!!!

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia






Penulis baru sahaja memeriksa email yang masuk ke dalam email BesutLonih.Com, Pengirim Email itu yang memakai nama samaran Joe Penyu menggariskan beberapa perkara yang menyebabkan beliau ingin menolak kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Di bawah ini ialah kandungan email tersebut:

Saudara Penulis,

Saya Joe Penyu daripada Kampung Saujana, Setiu Terengganu ingin menyatakan bahawa kami menolak kepimpinan Ahmad Said bukan kerana menderhaka tetapi setelah lebih 100 hari beliau memegang tampuk kepimpinan negeri, Terengganu kembali tertinggal jauh ke belakang dan tiada "benda baru" yang diperkenalkan oleh beliau.

Saya membantah sekeras-kerasnya jika ada sesiapa menyatakan tindakan menolak kepimpinan Ahmad Said merupakan satu penderhakaan kerana pada masa Datuk Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar dahulu, saya bersama-sama rakyat Terengganu yang lain turut bersetuju tanpa halangan mengenai perlantikanya.

Namun, selepas lebih 100 hari Ahmad Said menerajui kepimpinan negeri, jelas kelihatan bahawa beliau langsung tidak ada tokoh untuk menjadi pemimpin, kemerosotan pendapatan rakyat Terengganu juga semakin "Serius" sejak Ahmad Said mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu.

Boleh dikatakan tiada pembaharuan dan sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said atau dengan bahasa yang lebih kasar beliau hanyalah seorang Menteri Besar "Goyang Kaki" dan "Makan Gaji Buta". Selain sering memberi masalah kepada Terengganu sehinggakan Barisan Nasional Terengganu dipandang serong oleh rakyat Malaysia.

Saya mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu kerana ia telah memberikan imej yang buruk buat Barisan Nasional Terengganu dan pada masa yang sama bakal membawa BN Terengganu ke arah kehancuran. Saya berharap agar PM mendengar cadangan saya ini.

Yang Ikhlas,

(Joe Penyu)

Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, April 25, 2009

Tahniah Datuk Seri Hishamuddin....







Kelmarin Jumaat, 24 April 2009, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perubahan di dalam Badan-Badan Perhubungan UMNO negeri di seluruh Malaysia.

Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu juga dirombak menyaksikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilantik menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Yang Baru.

Perlantikkan ini sekaligus mengenepikan Datuk Ahmad Said yang sebelum ini mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu, penulis percaya Perlantikan ini dapat meredakan pertikaian dua blok terbesar di Terengganu iaitu Blog Terengganu Utara dan Blok Terengganu Selatan.

Penulis percaya, ahli-ahli UMNO di seluruh Terengganu akan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru ini, di dalam memulihkan keyakinan ahli-ahli UMNO dan membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi Pilihan Raya yang bakal menjelang.

Penulis berharap selepas ini tidak lagi insiden-insiden yang melibatkan UMNO Terengganu berlaku, sebaliknya usaha-usaha memperkasa UMNO Terengganu perlu diperhebat untuk memastikan kejayaan 2004 berulang kembali.
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, April 22, 2009

KENAPA ANAK MELAYU SUKA PONTENG?

"Kenapa anak melayu suka ponteng" dipilih untuk menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini.

Idea untuk menggunakan tajuk ini timbul berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang kaunselor di sebuah sekolah yang agak teruk disiplinya di Kelantan.

Perangai pelajar melayu di sekolah tersebut amatlah teruk, ponteng kelas adalah perkara biasa yang berlaku di sekolah ini. Pergaduhan antara kumpulan pelajar boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari.

Itulah cabaran yang terpaksa penulis hadapi hari-hari, tambahan pula sekolah tempat penulis bertugas itu dikategorikan sebagai sekolah bandar.

Memikirkan mereka pelajar melayu yang bakal mewarisi kempimpinan negara pada masa depan, penulis tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi terhadap negara kita pada masa depan.

Kerajaan perlu berbuat sesuatu agar gejala ponteng ini dapat dibendung demi memastikan kesinambungan ketamadunan bangsa kita tak terjejas.

Saturday, April 18, 2009

Apa Perkembangan Ahmad Said VS 10 ADUN????






Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi penulis sedikit kesempatan masa untuk mengemaskini blog ini, Sudah lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan tugas penulis, namun ia tidak bermakna penulis sudah lupakan untuk mengemaskini dan meneruskan agenda blog ini ia hanyalah kerana masa dan ketika yang tidak mengizinkan penulis mengemaskinikan blog ini.

Banyak juga perkara berlaku semasa penulis tidak mengemaskini blog ini, penulis merasakan penulis masih belum terlambat untuk mengulas isu-isu tertentu yang berlaku pada masa penulis tidak mengemaskini blog ini.

Pada kali ini penulis memilih isu 10 Orang ADUN Terengganu, Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said. Khabarnya baru-baru ini 10 orang ADUN Terengganu "memboikot" Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana bimbang tentang keselamatan mereka ekoran mereka menerima SMS berbaur "ugutan" yang katanya datang daripada Kakitangan Pejabat Menteri Besar. Namun. keesokan harinya kesemua sepuluh ADUN tersebut menghadirkan diri ke Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, apabila diberi jaminan keselamatan oleh Ketua Polis Terengganu dan juga Perdana Menteri Malaysia.

Khabarnya juga Idris Jusoh dan Ahmad Said telah dipanggil untuk berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, namun sampai kini hasil pertemuan mereka masih belum didedahkan kepada umum, media-media arus perdana juga kurang berminat untuk mendedahkan apa keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung isu tersebut, kesimpulan yang penulis dapat buat ialah sama-samalah menantikan keputusan tersebut dengan penuh sabar.

Friday, April 10, 2009

Masa Mengajar Guru Disiplin Perlu Dikurangkan !






Dewasa ini masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi terutamanya sekolah-kolah di bandar dan pinggir bandar. Kes-kes disiplin pelajar-pelajar sekolah tersebut mencanak naik setiap hari.

Beberapa temuramah yang penulis buat dengan Guru yang dipertangungjawab menjaga hal ehwal disiplin mengenai kenapa semakin hari, semakin banyak kes-kes disiplin mencanak naik di sekolah mereka, kata mereka terdapat banyak faktor pendorong yang menjadikan kes disiplin di sekolah sukar dibendung.

Faktor Pertama ialah Guru Disiplin yang kesuntukkan masa untuk menguatkuasakan undang-undang disiplin di sekolah mereka kerana masa mengajar mereka terlalu banyak sehingga menyukarkan tugas mereka untuk menguatkuasakan undang-undang disiplin.

Faktor Kedua ialah Persekitaran tempat tinggal murid, dimana lazimnya sekiranya rumah tempat tinggal murid letaknya di kawasan yang tidak teratur seperti kawasan setinggan dan perkampungan haram ia mampu mempengaruhi pemikiran murid dan menjadikan mereka suka melalukakan kesalahan disiplin.

Faktor ketiga ialah Persekitaran Sekolah, kerana ada sesetengah sekolah bandar dan pinggir bandar tidak mempunyai Padang Bola Sepak untuk murid-murid mereka melepaskan tekanan dan 'stress' semasa belajar.

Pada pandangan penulis, Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk mengurangkan kes disiplin di kalangan pelajar, antaranya ialah mengurangkan masa mengajar Guru Disiplin, menambah padang bola sepak di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang bola sepak. Selain itu, kerajaan juga perlu membuat penempatan semula kepada penduduk setinggan dan perkampungan haram.


Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, April 1, 2009

Anak Melayu Zaman Sekarang !!!!






"Anak Melayu Zaman Sekarang" menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini kerana penulis telah mendapat ilham dengan tiba-tiba untuk menjadikan ianya sebagai tajuk artikel penulis kerana penulis mendapati anak-anak Melayu di zaman sekarang semakin hari semakin lemah terutamanya anak-anak Melayu yang bersekolah di pinggir bandar.

Dewasa ini anak Melayu kita semakin rosak semakin layu dan terus layu, hari berganti hari, tahun saban tahun anak Melayu yang menjadi penghuni Pusat Serenti, Pusat Pemulihan Akhlak dan Penjara. Jika kita terus membiarkan anak-anak kita sedemikian rupa besar kemungkinan pada masa yang depan tiada pemimpin pelapis yang benar-benar berpotensi untuk menjadi pemimpin masa depan. Pada masa depan kita tidak dapat mengetahui apakah nasib yang bakal dialami oleh Umat Melayu pada masa depan.

Pada ramalan penulis pada masa depan jika perangai anak-anak Melayu masih tidak berubah dan di takuk yang lama besar kemungkinan pada masa itu umat Melayu bakal menjadi hamba yang hina di negara mereka sendiri, usaha-usaha yang dibuat oleh nenek moyang kita sia-sia sahaja dek kerana perangai anak bangsa kita sendiri.

Sebagai contoh budaya ponteng dan gangsterism sudah menjadi satu trend bagi anak-anak Melayu zaman sekarang, apabila mereka dihukum kerana di dapati salah kerana ponteng mereka pula datang ke rumah guru mereka untuk membuat ugutan dengan harapan pada masa akan datang guru tersebut tidak akan memberikan hukuman lagi kepada mereka.

Itulah anak Melayu zaman sekarang, bagi mereka siapa kuat mereka hebat bukanya siapa cerdik mereka hebat, begitulah kisahnya yang berlaku di negara kita sehari-hari ini, ibu-bapa juga seolah-olah tidak mengembali peduli tentang anak-anak mereka dan paling teruk ada yang menyebelahi anak-anak mereka.
Reblog this post [with Zemanta]