Hulurkan Sumbangan

Friday, July 31, 2009

Ahmad Said Tidak Perlu Bubar Dun Sebaiknya Letak Jawatan

AHMAD SAID TIDAK PERLU BUBAR DUN SEBAIKNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR

AKHBAR bersifat tabloid bernama Siasah telah mendakwa dan meramalkan berkemungkinan besar DUN Terengganu mungkin dibubarkan disebabkan Ahmad Said tertekan.

BesutLonih.com ada menerima satu email daripada pembaca yang bertajuk "Ahmad Said Tidak Perlu Bubar DUN Terengganu sebaiknya letak jawatan sebagai Menteri Besar".

KERATAN KANDUNGAN EMAIL TERSEBUT:

Saudara Penulis,

1. Saya ada membaca akhbar Siasah yang mendakwa bahawa berkemungkinan besar DUN Terengganu akan dibubarkan kerana MB Ahmad Said tertekan. Saya pada dasarnya tidak bersetuju dengan pembubaran DUN Terengganu apa yang lebih baik ialah Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu.

2. Cadangan saya ini setelah saya melihat Ahmad Said gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar disebabkan beliau tertekan, jadi adalah lebih elok dan baik sekiranya beliau melepaskan jawatan itu kerana pada pandangan saya beliau tak mampu memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar kerana mudah tertekan.

3. Pembubaran DUN yang akan dibuat hanya kerana Ahmad Said tertekan adalah tidak logik dan juga tidak boleh diterima alasanya. Tak kan kerana beliau seorang seluruh DUN Terengganu pula dibubarkan sedangkan ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakan semula Pilihan Raya di Terengganu.

4. Ada pepatah Melayu yang berbunyi "Ukur Baju Di Badan Sendiri'" amatlah bersesuaian untuk dipadankan pada Ahmad Said. Jika beliau sudah tahu susah untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar mengapa beliau menerima tanggungjawab khalifah negeri itu dulu? Ini mungkin berlaku kerana Ahmad Said terlalu bercita-cita tinggi tak sabar untuk menaiki kereta Mewah berjenama Mercedes Benz C200 Kompressor dan duduk di kerusi empuk MB di Wisma Darul Iman.

Akhir kalam saya membantah sekeras-kerasnya sekiranya Pembubaran DUN Terengganu diibuat, sebaik-baiknya Ahmad Said meletakkan jawatanya kerana kepimpinan beliau memang tidak diperlukan di Terengganu, sebelum boleh jaga Terengganu jagalah Penyu dahulu (jaga penyu samalah seperti jaga dirinya sendiri kebetulan rupa paras beliau seakan Ninja Turtle).

Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, July 25, 2009

Kepada MSO: Siapa Sebenarnya Samseng?


KEPADA MSO: SIAPA SEBENARNYA SAMSENG?
Oleh: yieMEGA

Artikel ini adalah respons kepada artikel Blog Merah Tinta MSO yang ditulis oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) [http://msomelayu.blogspot.com/2009/07/adun-terengganu-nak-kosng-kerusi.html ]

SAYA terpanggil untuk mengulas ulasan atau artikel yang dikeluarkan MSO tersebut. Dakwaan MSO bahawa mereka yang bertungkus lumus menjatuhkan Ahmad Said adalah samseng adalah tidak berasas sama sekali, tindakan mereka untuk menjatuhkan Ahmad Said adalah bukan tindakan samseng ia sebenarnya tindakan untuk memperoleh keadilan untuk rakyat.

Sepanjang Ahmad Said menjadi Menteri Besar sudah banyak rakyat Terengganu yang dizalimi oleh Ahmad Said yang berselindung di sebalik jabatan-jabatan Negeri walhal arahan itu datang dari Ahmad Said antaranya ialah tidak bekerjasama dengan JKKK yang berada di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di Daerah Besut.

Ahmad Said juga bertanggungjawab terhadap penutupan Pasar Tani di Hulu Terengganu untuk memberi laluan kepada Pekan Budaya, perbuatan ini boleh diibaratkan sebagai memasukkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat yang menjadi peniaga di Pasar Tani tersebut.

Jalan-jalan raya yang rosak di daerah lain dibiarkan begitu sahaja, tetapi apabila ia Jalan Rosak di Kemaman cepat-cepat diperbaiki jalan itu. Ini adalah salah satu bentuk kezaliman tidakkah ini tindakan samseng?

Semasa beliau ADUN Biasa dahulu pernah bergaduh dengan ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut sehinggakan mengajak Wahid Endut untuk bertumbuk denganya di luar, Tidakkah ini dikira samseng?

Ada juga dakwaan yang mengatakan Ahmad Said terlibat di di dalam kumpulan gedebe di sekitar di negeri Terengganu terutamanya di Kemaman, tidakkah ini boleh dikira samseng?

Bagaimana pula Ahmad Said cuba mempertahankan kedudukanya dengan mempergunakan ceramah-ceramah agama di sekitar Terengganu agar berpihak kepadanya, beliau cuba meluaskan pengaruhnya dengan menggunakan ceramah Agama tertutamanya yang disampaikan oleh Pegawai Agama beliau Ustaz Kamal Saidin.

Pembahagian pendapatan negeri juga tidak adil di antara daerah negeri Terengganu di mana Kemaman mendapat peruntukkan tertinggi dan bezanya amat jauh jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Terengganu malah ada juga daerah yang tidak dapat langsung.

Penulis hairan kenapa MSO begitu bersungguh-sungguh 'mempertahankan Ahmad Said' mungkin juga sekiranya Ahmad Said menjadi MB ia akan membuka 'laluan mudah' untuk PAS menguasai semula Terengganu ataupun mungkin beliau mendapat bayaran atau imbuhan tertentu dari Ahmad Said (Persoalan itu Hanya Allah tuhan seru sekian alam dan MSO sahaja yang tahu jawapanya).
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, July 22, 2009

Jika PAS Sudi Mendengar....


Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

http://drmaza.com

Reblog this post [with Zemanta]

Jika PAS Sudi Mendengar....

Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

http://drmaza.com

Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, July 12, 2009

BN Bakal Jahanam Di Terengganu Tak Lama Lagi...

Hari ini genaplah seratus hari Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam, banyak juga hadiah-hadiah untuk rakyat yang diumumkan oleh beliau. Selain banyak perubahan yang cuba dilakukan oleh beliau termasuklah sanggup 'mencemar duli' dengan mengambil berat masalah-masalah penjaja kecil yang dirundung masalah.

Itu adalah Kisah Perdana Menteri Malaysia, Di Terengganu lain pula halnya dengan Menteri Besar Terengganu Bukan Pilihan Rakyat Datuk Ahmad Said, ternyata beliau seorang yang pemalas, banyak masanya dihabiskan untuk perkara-perkara yang langsung tidak memberikan faedah kepada rakyat. Beliau lebih mengutamakan 'usaha-usaha' untuk memperkukuhkan beliau walaupun ada gelora yang berlaku di dalam Kerajaan Negeri Terengganu yang dikenali dengan 'krisis kepimpinan' beliau menafikan dan lantas mengeluarkan 'kenyataan' Tiada Gelora Berlaku di akhbar Sinar Harian dengan mudahnya beliau cuba menipu rakyat dengan kenyataanya itu.

100 Hari Perdana Menteri banyak juga perkara yang mengembirakan rakyat, namun ia sebaliknya berlaku di Terengganu apabila lebih banyak perkara-perkara yang mendukacitakan rakyat yang dilakukan oleh Ahmad Said seorang Menteri Besar Paling 'Gangster' setakat ini yang pernah menyumpah ADUN Wakaf Mempelam (kini juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu) dengan ungkapan 'babi' seraya mengajak ADUN Wakaf Mempelam itu bertumbuk.

Hayat BN di Terengganu hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi, Kekuasaan BN Akan Jahanam di Terengganu tak lama lagi, ini adalah kerana berpunca daripada beberapa siri kezaliman yang dilakukan oleh Ahmad Said terhadap rakyat Terengganu terutamanya Rakyat Besut.

Kalau kita lihat sebelum ini MB Terengganu yang terdahulu iaitu Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad telah dijahanamkan dengan 'undi protes' kerana memungkiri janji yang telah dibuat dan seolah-olah beliau mahu menjadi MB seumur hidup. Begitu juga Ahmad Said, beliau juga berkemungkinan berkeinginan untuk menjadi MB seumur hidup agar 'puas' lah kroninya dan anak pinaknya 'meratah' duit rakyat.

Penulis yakin tak berapa lama lagi BN Akan JAHANAM di Terengganu sekiranya Ahmad Said Terus menjadi MB Terengganu, khabarnya juga sebuah pertubuhan yang dikenali dengan nama Gerakan Besut Merdeka bakal berusaha untuk menuntut kemerdekaan dan dibebaskan daripada pemerintahan Terengganu dan ianya akan dituruti pula dengan Gerakan Setiu Merdeka yang akan mengambil tindakan yang sama dan belum dapat dipastikan samaada Gerakan Setiu Merdeka akan meminda berada di bawah pemerintahan Besut ataupun Pemerintahan Setiu sendiri.

Menurut sumber yang mendakwa wakil Gerakan Besut Merdeka, orang-ramai tidak perlu bimbang pertubuhan ini tidak akan menggunakan 'kekerasan' untuk menuntut kemerdekaan Besut, malah ia akan memastikan 'proses' itu berjalan dengan cara yang baik dan tidak memudaratkan begitu juga dengan Gerakan Setiu Merdeka mereka tidak akan menggunakan cara 'kekerasan' seperti perperangan untuk menuntut pembebasan mereka dari naungan Terengganu.

Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, July 8, 2009

Misteri Wahhabi Malaysia


Misteri Wahhabi Malaysia
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abdin (Mantan Mufti Perlis)
http://drmaza.com/home/?p=664

Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.


- Gambar Hiasan

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.


- Gambar Hiasan

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.


Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, July 7, 2009

Ahmad Said Terus Melakukan Kezaliman di Terengganu...


Pekan Budaya Hulu Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 9-15 Julai 2009 kelak dipercayai akan menutup 'rezeki' rakyat Terengganu yang berniaga di Pasar Tani dan Pasar Sari di situ dihalang untuk berniaga pada tarikh tersebut sekaligus menyaksikan episod terbaru pemerintahan kuku besi Ahmad Said.

Rakyat di Kuala Berang 'ditindas' oleh Ahmad Said mungkin kerana 'peniaga-peniaga Pekan Budaya Hulu Terengganu adalah di kalangan 'orang-orangya' jadi bagi memastikan perniagaan 'kroninya' tidak terjejas Ahmad Said telah mempergunakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu untuk memastikan 'perniagaan kroninya' tidak terjejas.

Mungkin juga kutipan sewa untuk Pekan Budaya lebih tinggi daripada Pasar Tani ataupun Pasar Sari menyebabkan Ahmad Said menghentikan aktiviti perniagaan Pasar Tani dan Pasar sari untuk memberi laluan kepada Pekan Budaya kerana hasilnya lebih banyak kerana Ahmad Said sentiasa fikir fasal duit, sampai nak sembahyang pun masih fikir pasal duit.

Kezaliman terbaru yang dilakukan oleh Ahmad Said ini telah membuat rakyat merana, peniaga-peniaga Pasar Tani dan Pasar Sari di Hulu Terengganu 'ditindas' oleh Ahmad Said dan kelihatan seolah-olah Ahmad Said menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka.

Peniaga-peniaga di sana memberi amaran kepada Ahmad Said, sekiranya mereka dihalang untuk berniaga di tempat yang mereka selalu berniaga sebelum ini mereka akan pastikan Barisan Nasional kalah di Terengganu pada Pilihan Raya Yang Akan Datang. Bagi mereka tengok muka Ahmad Said pun rasa nak bagi penyepak kat dia kerana marah dengan tindakan Ahmad Said itu.

Mereka juga mendesak Ahmad Said meletak jawatan kerana gagal berlaku adil sebagai Menteri Besar dan langsung tidak layak menjadi menteri besar, Ahmad Said hanya layak jadi pencacai najis di Tapak Kumbahan sahaja kata mereka lagi sambil menyifatkan Kerajaan Negeri Pimpinan Ahmad Said kejam dan zalim dan lebih zalim daripada Firaun dan Yahudi.
Reblog this post [with Zemanta]

Friday, July 3, 2009

Tiada Gelora Dalam Kerajaan Terengganu?


TIADA GELORA DALAM KERAJAAN TERENGGANU?
Oleh: yieMEGA

Pada pagi tadi penulis ada membeli surat khabar Sinar Harian Edisi Terengganu, tak tahu kenapa hari ni rasa tergerak hati nak beli surat khabar ini. Surat khabar tersebut menjadikan "Tiada Gelora Dalam Pentadbiran Kerajaan" sebagai tajuk utama sebuah akhbar yang bersifat lokal itu.

Sebenarnya itu adalah kenyataan Menteri Besar Terengganu Jalan Belakang iaitu Datuk Ahmad Said atau yang lebih dikenali dengan gelaran MBKU (Menteri Besar Kurang Upaya). Beliau mengatakan tiada 'gelora' yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh beliau di bawah "Kepimpinan Kerajaan Kuning" yang sebenarnya diketuai oleh Speaker DUN Terengganu yang "berdarah kuning" iaitu Tengku Putera Tengku Awang.

Sebenarnya kenyataan Ahmad Said itu berupa 'kenyataan untuk menipu' rakyat, walhal sememangnya memang ada gelora dalam pentadbiranya. Beliau seolah-olah menyembunyikan sampah bawah karpet dengan membuat kenyataan seumpama itu. Cukuplah Ahmad Said Kau menipu rakyat kerana sudah banyak 'rakyat mengeluh' yang kepimpinan mu tidak adil dan setaraf dengan kepimpinan firaun.

Benarlah kata "Seseorang yang tidak berkuasa apabila diberikan kuasa akhirnya 'kuasa' tersebut akan mengubah dirinya apabila ia tidak pandai mengenadilkanya. Pernah penulis berjumpa dengan seorang pengusaha 'gerai makan' yang mengatakan kenapa pertandingan keceriaan gerai makan 'hanya dibuat di kemaman sahaja' dan daerah-daerah lain di anak tirikan.

Pernah juga penulis terjumpa dengan seorang insan yang bercakap "Tak ada guna kita berada di bawah Terengganu kalau mereka menganaktirikan kita, lebih baik kita merdeka daripada Terengganu dan daripada mereka merampas minyak kita lebih baik kita menuntut Besut dijadikan negeri baru". Kata-kata yang dicetuskan oleh insan ini sudah tentu ada penyebabnya mereka tak akan marah tidak tentu pasal sepertimana DAP yang kelaparan BABI di Kedah.

Sebenarnya mereka boleh menerima kepimpinan Ahmad Said sekiranya beliau berlaku adil, namun nampaknya Ahmad Said 'keterlaluan' nampaknya tidak adil, mungkin terpesona kerana walaupun giginya rongak boleh jadi Menteri Besar secara tidak langsung beliau adalah Menteri Besar Gigi Rongak.

Banyak JKKK di daerah-daerah terntentu 'merungut' di atas 'pemerintahan kuku besi' Ahmad Said ini yang bernaung bawah kangkang Tengku Putera ini. Tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum yang akan datang 'mereka' yang menyuarakan rungutan ini tidak lagi memangkah dacing sebaliknya mereka akan memangkah bulan dan secara tidak langsung ia berita gembira buat PAS kerana misinya tercapai bermula dengan membuang Idris Jusoh jauh-jauh dan akhirnya 'menawan' dan 'menjajah' kembali Terengganu. Itulah hakikat yang pahit terpaksa diterima oleh BN Terengganu.
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, July 1, 2009

Persamaan Idris Jusoh Dengan Mahmoud Ahmadinejad


Persamaan Idris Jusoh Dengan Mahmoud Ahmadinejad

Penulis percaya sudah ramai mengenali siapakah Mahmoud Ahmadinejad. Mungkin hanya ada segelintir yang tidak mengambil berat perkembangan dunia yang tidak mengenali Mahmoud Ahmadinejad.


Mahmoud Ahmadinejad ialah Presiden Iran yang merupakan sebuah negara Islam di Timur Tengah. Kepimpinan beliau sudah membawa Iran membangun dengan begitu pesat lagi dan negaranya ditakuti oleh beberapa Kapitalis Barat sehingga banyak cubaan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau di Iran termasuklah membantu seorang calon Presiden Iran yang dilihat pro dan berpaksikan Barat iaitu Mir-Hossein Mousavi Khameneh.

Penulis juga percaya sudah ramai yang mengenali Datuk Seri Idris Jusoh yang popular dengan nama panggilan 'Haji Deris' di Besut, Terengganu ini. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang telah dinafikan hak sebagai MB oleh puak-puak tertentu dengan mempergunakan 'kuasa' orang yang tidak boleh ditentang perintahnya kerana orang itu ada pertalian darah dengan orang ada 'kuasa' tersebut.

Bagi Penulis, Idris Jusoh dengan Mahmoud Ahmadinejad memang ada sedikit persamaan. Persamaan pertama ialah Idris Jusoh mempunyai 'kebolehan kepimpinan' yang luar biasa yang tidak tercapai oleh akalmu.

Pemikiran Idris Jusoh juga sesuatu yang berbeza berbanding pemimpin-pemimpin lain di Terengganu dan juga di Malaysia. Kalau nak dibandingkan pemikiran Idris Jusoh dengan Ahmad Said sememangnya jauh langit daripada bumi kerana umpama seorang lepasan PhD dengan seorang Budak Tadika Yang Masih Berhingus.

Idris Jusoh juga gemar mencipta sesuatu yang baru yang kadang-kadang tidak dapat difikirkan oleh manusia biasa. Beberapa perkara yang 'dicipta' beliau belum pernah terfikir di 'benak' sesiapa sahaja sebelum ini. Contohnya, Program Ulul Albab yang dibuat di atas 'kajianya' terhadap kitab suci Al-Quran.

Idris Jusoh juga mempunyai kebolehan sepertimana ulama-ulama tanah air, beliau boleh menyampaikan ceramah agama dengan baik, Khutbah yang disampaikan oleh beliau juga begitu bersemangat. Selain itu, beliau seorang yang berkebolehan 'membakar semangat' sehinggakan beliau dan 'tenteranya' berjaya menawan Terengganu pada tahun 2004 melalui Pilihan Raya Umum Ke 11.

Sekali lagi Idris Jusoh dan 'Tenteranya' di uji di medan pertempuran bernama 'Pilihan Raya Kecil Ke 12. Walaupun negeri-negeri lain di Malaysia banyak yang jatuh kepada pembangkang, namun Terengganu masih kekal di bawah Barisan Nasional di atas kebijaksanaan kepimpinan beliau.

Beliau dilihat oleh pembangkang sebagai salah satu faktor 'kegagalan' pembangkang untuk menawan kembali Terengganu, oleh sebab yang demikian kerana mereka ada hubungan dengan 'orang dalam' kepada orang yang berkuasa jadi mereka cuba mempergunakan 'orang yang berkuasa' ini untuk menyingkir Idris Jusoh.

Selain itu, ada juga 'orang dalam' BN yang mempunyai pertalian darah dengan 'orang yang berkuasa' juga cuba menyingkirkan Idris Jusoh dengan cara yang sama memandangkan dia tidak diberi peluang kedua untuk menjadi calon pilihan raya. Inilah yang dikatakan kalau nak berkuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk jadi 'musuh dalam selimut'.
Reblog this post [with Zemanta]