Hulurkan Sumbangan

Saturday, July 25, 2009

Kepada MSO: Siapa Sebenarnya Samseng?


KEPADA MSO: SIAPA SEBENARNYA SAMSENG?
Oleh: yieMEGA

Artikel ini adalah respons kepada artikel Blog Merah Tinta MSO yang ditulis oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) [http://msomelayu.blogspot.com/2009/07/adun-terengganu-nak-kosng-kerusi.html ]

SAYA terpanggil untuk mengulas ulasan atau artikel yang dikeluarkan MSO tersebut. Dakwaan MSO bahawa mereka yang bertungkus lumus menjatuhkan Ahmad Said adalah samseng adalah tidak berasas sama sekali, tindakan mereka untuk menjatuhkan Ahmad Said adalah bukan tindakan samseng ia sebenarnya tindakan untuk memperoleh keadilan untuk rakyat.

Sepanjang Ahmad Said menjadi Menteri Besar sudah banyak rakyat Terengganu yang dizalimi oleh Ahmad Said yang berselindung di sebalik jabatan-jabatan Negeri walhal arahan itu datang dari Ahmad Said antaranya ialah tidak bekerjasama dengan JKKK yang berada di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di Daerah Besut.

Ahmad Said juga bertanggungjawab terhadap penutupan Pasar Tani di Hulu Terengganu untuk memberi laluan kepada Pekan Budaya, perbuatan ini boleh diibaratkan sebagai memasukkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat yang menjadi peniaga di Pasar Tani tersebut.

Jalan-jalan raya yang rosak di daerah lain dibiarkan begitu sahaja, tetapi apabila ia Jalan Rosak di Kemaman cepat-cepat diperbaiki jalan itu. Ini adalah salah satu bentuk kezaliman tidakkah ini tindakan samseng?

Semasa beliau ADUN Biasa dahulu pernah bergaduh dengan ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut sehinggakan mengajak Wahid Endut untuk bertumbuk denganya di luar, Tidakkah ini dikira samseng?

Ada juga dakwaan yang mengatakan Ahmad Said terlibat di di dalam kumpulan gedebe di sekitar di negeri Terengganu terutamanya di Kemaman, tidakkah ini boleh dikira samseng?

Bagaimana pula Ahmad Said cuba mempertahankan kedudukanya dengan mempergunakan ceramah-ceramah agama di sekitar Terengganu agar berpihak kepadanya, beliau cuba meluaskan pengaruhnya dengan menggunakan ceramah Agama tertutamanya yang disampaikan oleh Pegawai Agama beliau Ustaz Kamal Saidin.

Pembahagian pendapatan negeri juga tidak adil di antara daerah negeri Terengganu di mana Kemaman mendapat peruntukkan tertinggi dan bezanya amat jauh jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Terengganu malah ada juga daerah yang tidak dapat langsung.

Penulis hairan kenapa MSO begitu bersungguh-sungguh 'mempertahankan Ahmad Said' mungkin juga sekiranya Ahmad Said menjadi MB ia akan membuka 'laluan mudah' untuk PAS menguasai semula Terengganu ataupun mungkin beliau mendapat bayaran atau imbuhan tertentu dari Ahmad Said (Persoalan itu Hanya Allah tuhan seru sekian alam dan MSO sahaja yang tahu jawapanya).
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: