Hulurkan Sumbangan

Friday, July 31, 2009

Ahmad Said Tidak Perlu Bubar Dun Sebaiknya Letak Jawatan

AHMAD SAID TIDAK PERLU BUBAR DUN SEBAIKNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR

AKHBAR bersifat tabloid bernama Siasah telah mendakwa dan meramalkan berkemungkinan besar DUN Terengganu mungkin dibubarkan disebabkan Ahmad Said tertekan.

BesutLonih.com ada menerima satu email daripada pembaca yang bertajuk "Ahmad Said Tidak Perlu Bubar DUN Terengganu sebaiknya letak jawatan sebagai Menteri Besar".

KERATAN KANDUNGAN EMAIL TERSEBUT:

Saudara Penulis,

1. Saya ada membaca akhbar Siasah yang mendakwa bahawa berkemungkinan besar DUN Terengganu akan dibubarkan kerana MB Ahmad Said tertekan. Saya pada dasarnya tidak bersetuju dengan pembubaran DUN Terengganu apa yang lebih baik ialah Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu.

2. Cadangan saya ini setelah saya melihat Ahmad Said gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar disebabkan beliau tertekan, jadi adalah lebih elok dan baik sekiranya beliau melepaskan jawatan itu kerana pada pandangan saya beliau tak mampu memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar kerana mudah tertekan.

3. Pembubaran DUN yang akan dibuat hanya kerana Ahmad Said tertekan adalah tidak logik dan juga tidak boleh diterima alasanya. Tak kan kerana beliau seorang seluruh DUN Terengganu pula dibubarkan sedangkan ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakan semula Pilihan Raya di Terengganu.

4. Ada pepatah Melayu yang berbunyi "Ukur Baju Di Badan Sendiri'" amatlah bersesuaian untuk dipadankan pada Ahmad Said. Jika beliau sudah tahu susah untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar mengapa beliau menerima tanggungjawab khalifah negeri itu dulu? Ini mungkin berlaku kerana Ahmad Said terlalu bercita-cita tinggi tak sabar untuk menaiki kereta Mewah berjenama Mercedes Benz C200 Kompressor dan duduk di kerusi empuk MB di Wisma Darul Iman.

Akhir kalam saya membantah sekeras-kerasnya sekiranya Pembubaran DUN Terengganu diibuat, sebaik-baiknya Ahmad Said meletakkan jawatanya kerana kepimpinan beliau memang tidak diperlukan di Terengganu, sebelum boleh jaga Terengganu jagalah Penyu dahulu (jaga penyu samalah seperti jaga dirinya sendiri kebetulan rupa paras beliau seakan Ninja Turtle).

Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Insan said...

dok habis habis puok derih ni.kalu istana tak mboh doh cukup2 la. mu nok mende lagi!

p/s: bak kata orge besut .. bow bow la

adzim said...

Memang tidak dinafikan Terengganu kini semakin suram dibawah pentadbiran MB yang kolot dan suka menabur janji kosong. Rakyat sekarang makin terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, sedangkan peluang pekerjaan zero. Yang ada nun dikawasan YB Menteri Besar. Lepas ni buat satu Istana untuk Sultan, pastu pindahkan pusat pentadbiran ke teluk kalong @ kat rumah MB sekarang. Muncul lagi sorang MB yang berfikiran kolot seperti Wan Moktar