Hulurkan Sumbangan

Wednesday, July 1, 2009

Persamaan Idris Jusoh Dengan Mahmoud Ahmadinejad


Persamaan Idris Jusoh Dengan Mahmoud Ahmadinejad

Penulis percaya sudah ramai mengenali siapakah Mahmoud Ahmadinejad. Mungkin hanya ada segelintir yang tidak mengambil berat perkembangan dunia yang tidak mengenali Mahmoud Ahmadinejad.


Mahmoud Ahmadinejad ialah Presiden Iran yang merupakan sebuah negara Islam di Timur Tengah. Kepimpinan beliau sudah membawa Iran membangun dengan begitu pesat lagi dan negaranya ditakuti oleh beberapa Kapitalis Barat sehingga banyak cubaan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau di Iran termasuklah membantu seorang calon Presiden Iran yang dilihat pro dan berpaksikan Barat iaitu Mir-Hossein Mousavi Khameneh.

Penulis juga percaya sudah ramai yang mengenali Datuk Seri Idris Jusoh yang popular dengan nama panggilan 'Haji Deris' di Besut, Terengganu ini. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang telah dinafikan hak sebagai MB oleh puak-puak tertentu dengan mempergunakan 'kuasa' orang yang tidak boleh ditentang perintahnya kerana orang itu ada pertalian darah dengan orang ada 'kuasa' tersebut.

Bagi Penulis, Idris Jusoh dengan Mahmoud Ahmadinejad memang ada sedikit persamaan. Persamaan pertama ialah Idris Jusoh mempunyai 'kebolehan kepimpinan' yang luar biasa yang tidak tercapai oleh akalmu.

Pemikiran Idris Jusoh juga sesuatu yang berbeza berbanding pemimpin-pemimpin lain di Terengganu dan juga di Malaysia. Kalau nak dibandingkan pemikiran Idris Jusoh dengan Ahmad Said sememangnya jauh langit daripada bumi kerana umpama seorang lepasan PhD dengan seorang Budak Tadika Yang Masih Berhingus.

Idris Jusoh juga gemar mencipta sesuatu yang baru yang kadang-kadang tidak dapat difikirkan oleh manusia biasa. Beberapa perkara yang 'dicipta' beliau belum pernah terfikir di 'benak' sesiapa sahaja sebelum ini. Contohnya, Program Ulul Albab yang dibuat di atas 'kajianya' terhadap kitab suci Al-Quran.

Idris Jusoh juga mempunyai kebolehan sepertimana ulama-ulama tanah air, beliau boleh menyampaikan ceramah agama dengan baik, Khutbah yang disampaikan oleh beliau juga begitu bersemangat. Selain itu, beliau seorang yang berkebolehan 'membakar semangat' sehinggakan beliau dan 'tenteranya' berjaya menawan Terengganu pada tahun 2004 melalui Pilihan Raya Umum Ke 11.

Sekali lagi Idris Jusoh dan 'Tenteranya' di uji di medan pertempuran bernama 'Pilihan Raya Kecil Ke 12. Walaupun negeri-negeri lain di Malaysia banyak yang jatuh kepada pembangkang, namun Terengganu masih kekal di bawah Barisan Nasional di atas kebijaksanaan kepimpinan beliau.

Beliau dilihat oleh pembangkang sebagai salah satu faktor 'kegagalan' pembangkang untuk menawan kembali Terengganu, oleh sebab yang demikian kerana mereka ada hubungan dengan 'orang dalam' kepada orang yang berkuasa jadi mereka cuba mempergunakan 'orang yang berkuasa' ini untuk menyingkir Idris Jusoh.

Selain itu, ada juga 'orang dalam' BN yang mempunyai pertalian darah dengan 'orang yang berkuasa' juga cuba menyingkirkan Idris Jusoh dengan cara yang sama memandangkan dia tidak diberi peluang kedua untuk menjadi calon pilihan raya. Inilah yang dikatakan kalau nak berkuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk jadi 'musuh dalam selimut'.
Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

zakariadris said...

TERIMA KASIH KEPADA HAJI DERIS KERANA TELAH MENINGGALKAN SISA BANGUNAN RUNTUH UNTUK DIBERSIHKAN OLEH PIMPINAN YANG ADA SEKARANG.RAKYAT TERENGGANU MENANGGUNG MALU HINGGA AKHIR HAYAT.SATU DEMI SATU BANGUNAN RUNTUH...YANG TERBARU MASJID DI KEMAMAN PUN RUNTUH....HATI2 SEMBAHYANG DIMASJID BARU ZAMAN HAJI DERIS

are-faya faya said...

kepada zakariadris-

1.sudah ditakdirkan bangunan runtuh itu...ia adalah di luar pemikiran kita..bayangkan dahulu ketika kita belajar geografi tentang MALAYSIA ini selamat dari gempa bumi...dengan kuasa allah,kita tidak terlepas dari gempa bumi...walaupun kecil

2.IDris mmg seorg yg bijak,memang kepimpinan die diterima oleh rakyat terengganu..cina india melayu semua terima die..sebab die seorang yg EDUCATED...rajin menuntut ilmu..dan seorang yang TEGAS..

3.BAngunan yang runtuh2 tu disebabkan bangunan2 pun tahu dan x terima kepimpinan AHMAD SAID...A.SAID bukan MB rakYAT,tapi MB orang2 tertentu yang mengunakan KUASA mereka menafikan kehendak rakyat...IDris kehendak rakyat,bukan a.said...

4.pembangkang sanggup mengagungkan SULTAn ketika idris ditolak,laung "DAULAT TUANKU"...tapi bile berlaku di PERAK...sultan DICACI dan dihina...dah nampak pembangkang x leh tewaskan idris...terpaksa guna bekas anak MURID HAji Hadi awang...(orang marang tahu la)...

5.saya harap kerajaan gunakan lah idris dengan baik..seorang yang bijak agama dan berpelajaran...jangan jadi macam PM lembik yang terdahulu...

6.bersama mencipta tamadun,dan mencapai daerah BESUT ULUL-ALBAB...