Hulurkan Sumbangan

Tuesday, June 30, 2009

Ahmad Said Perlu Berlaku Adil..

Ahmad Said Perlu Berlaku Adil...

BesutLonih menerima satu email daripada seorang pembaca yang meminta agar Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said agar berlaku adil kepada semua rakyat Terengganu di semua daerah-daerah yang termasuk dalam peta Terengganu.



Kandungan Email Pembaca

Tajuk: Ahmad Said Perlu Berlaku Adil

-Alamat Email Pengirim dirahsiakan-

Saudara,

1. Saya menuntut agar MB Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said agar berlaku adil kepada semua rakyat Terengganu tanpa mengira daerah asal rakyat Terengganu tersebut, janganlah ikut sangat semangat kedaerahan yang 'kuat' bertakhta di hati Ahmad Said.

2. Kenapa sejak akhir-akhir ini hanya Daerah Kemaman sahaja yang kelihatan banyak mendapat projek-projek pembangunan, manakala projek-projek pembangunan yang sedia ada di daerah lain kini nampaknya semakin perlahan proses pembinaanya apa sudah jadi? Adakah Ahmad Said Tak Reti Mentadbir? Kalau tak reti buat apa diteruskan berhentilah secara terhormat.

3. Bantuan-bantuan yang sepatutnya diberikan samarata mengikut daerah nampaknya lebih tertumpu kepada Kemaman, ada apa dengan Kemaman? Adakah kerana Ahmad Said orang Kemaman lepas tu banyak 'projek' dicurahkan di Kemaman ataupun ada kroni-kroni terntentu yang mendapat 'projek' di sana?

Akhir kata saya mendesak agar MB Terengganu itu agar berlaku adil dengan rakyat Terengganu tanpa mengira daerah mereka. Banyak juga daerah sudah menjadi daerah anak tiri bagi Kerajaan Terengganu, Kenapa itu berlaku? Saya percaya Ahmad Said ada jawapanya.

1 comment:

Insan said...

Projek Mega besut:

Jerteh souq
UDM
Taman Ilmu
Masjid Hadhari

Situ sahaja berapa juta dah dan projek tu diteruskan lagi zaman MB sekarang.

tu semua di besut. apa masalahnya lagi?

Kenapa takda orang bunyi pun time tu? adil ke beratus juta projek ke besut?

p/s : sekurang-kurangnya tiada apa zaman MB sekarang dibina dan runtuh atau bocor

*peace