Beberapa hari lalu Dr. Ahmad Ramzi yang ditahan atas tuduhan menghantar sms ugutan pada 10 Adun Terengganu sehingga menyebabkan Adun tersebut memulaukan sidang DUN Terengganu kerana bimbang dengan keselamatan mereka.
Dr. Ahmad Ramzi ketika di Mahkamah kelihatan tenang tanpa menampakkan muka beliau seorang yang bersalah. Berdasarkan air muka Ramzi yang tenang tidak terlalu awal jika penulis katakan beliau tidak bersalah malah dia telah menjadi mangsa keadaan. Prinsip Berani Kerana Benar akan membuatkan orang yang berkenaan tenang walaupun disaat mereka bakal dihukum.
Pada perkembangan awal, nampaknya kata-kata Datuk Rosol Wahid yang dimuatkan dalam blog beliau yang mengatakan Dr. Ramzi tidak bersalah seolah-olah ada kebenaranya. Namun, buat masa ini kita tunggu dan lihat kebijaksanaan mahkamah mengendalikan kes ini dengan seadil yang mungkin.
No comments:
Post a Comment