Hulurkan Sumbangan

Thursday, June 25, 2009

Apa Khabar DS Hj. Deris?


Telah lama penulis tidak mendengar khabar mengenai mantan MB Terengganu iaitu Datuk Seri Haji Idris Jusoh yang dikenali dengan nama "Haji Deris" oleh rakyat daerah Besut. Begitu lama jugalah penulis tidak mendengar berita mengenainya, media-media arus perdana pun sudah lama tidak menyiarkan berita-berita mengenai batang tubuh bernama "Haji Deris" itu maklum sahajalah media arus perdana lebih suka menjaja "Ahmad Said" memandangkan Ahmad Said memang suka dengan publisiti murahan.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga berita mengenai beliau apabila kawan kepada Adik Iparnya menceritakan kepada penulis bahawa DS Idris Jusoh sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Harvard dan Jordan katanya lagi DSIJ sedang menyiapkan satu research namun tidak pula diketahui apakah tajuk bagi research yang dibuat oleh mantan MB Terengganu itu.

Kawan penulis itu juga sempat juga 'merisik khabar' adakah DSIJ masih akan bertanding di DUN pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, jawapanya TIDAK kerana beliau berkemungkinan kembali kepada kerusi asal iaitu Parlimen Besut dan tidak bertanding lagi untuk Dewan Undangan Negeri Terengganu namun tidak dinyatakan sebab mengapa DSIJ tidak bertanding di DUN.

Penulis kagum dengan semangat menuntut ilmu yang ada pada DSIJ yang tidak jemu-jemu menuntut ilmu selaras dengan seruan "Tuntutlah Ilmu Dari buaian hinggalah ke liang lahad". Penulis berharap dengan ilmu yang ditimba oleh DSIJ dapat memberi input yang berguna buat rakyat Besut khasnya dan rakyat Terengganu amnya.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: