Hulurkan Sumbangan

Wednesday, June 3, 2009

Politik Bumbung Stadium.....


'Politik Bumbung Stadium' pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa penulis menggunakan tajuk yang sedemikian untuk artikel blog Besut Lonih ini. Penulis yakin ramai yang telah mengetahui peristiwa Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu yang telah runtuh beberapa hari yang lalu dan telah menjadi 'buah mulut' orang ramai.

Kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ke atas stadium yang tidak sampai setahun siap dibina itu. Kalau kita imbas kembali kalau dulu orang Melayu yang membuat Istana Menanti tanpa sebarang paku boleh tahan sampai beratus tahun tetapi kini buat Stadium yang diperbuat daripada simen tak sampai setahun pun dah rebah menyembah bumi.

Mungkin ia satu berita malang buat rakyat Terengganu tetapi mungkin satu berita baik buat Ahmad Said umpama orang mengantuk disorongkan bantal yelah dia boleh memanipulasikan isu ini untuk mempertahankan jawatanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang diwar-warkan bakal disingkirkan melalui undi tidak percaya.

Namun apa yang penulis musykil di sini ialah kenapa kejadia Bumbung Stadium runtuh itu kelihatan seperti sudah dirancang? Adakah kerana kejadian itu benar-benar dirancang untuk menjatuhkan seseorang. Untuk Rekod Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dibina semasa Era Idris Jusoh menjadi Menteri Besar. Adakah ia ada kaitan dengan 'krisis kepimpinan' yang berlaku di Terengganu pada hari ini? Itu Wallahualam hanya tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Adakah teori "Politik Bumbung Stadium" ini menjadi kenyataan ataupun ia hanya tinggal nama sahaja. Sekiranya andaian penulis benar penulis ingin menamakan konspirasi ini dengan nama "Konspirasi Bumbung Stadium".
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: