Hulurkan Sumbangan

Saturday, June 20, 2009

Al-Kisah Kerajaan Perpaduan....

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Pada artikel penulis pada kali ini ingin menjegah isu politik nasional kerana penulis ingin berehat seketika membicarakan isu-isu politik negeri Terengganu yang terus dirosakkan oleh Ahmad Said.

Kerajaan Perpaduan atau ejaanya dalam jawi "كراجأن ڤرڤادوان" menjadi isu hangat beberapa hari lalu dan membawa kepada kemarahan Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan yang dengan selambanya mengeluarkan kenyataan meminta Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok dan juga keluar daripada PAS dan sertai UMNO namun akhirnya Nik Aziz mengalah dan mengakui bahawa kenyataan yang beliau keluarkan itu agak 'emosional'.

"Kerajaan Perpaduan" benar-benar telah menghuru-harakan PAS buat seketika tambah menghangatkan lagi isu ini ialah tersebarnya khabar angin yang mendakwa bahawa gambar poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan digunakan atau ditampal di Pilihan Raya Kecil Manik Urai kerana ia menganggap bahawa Pilihan Raya itu bukan Pilihan Raya di peringkat nasional.

Jika benar dakwaan khabar angin itu, secara terang lagi bersuluh bahawa PAS Kelantan cuba mengamalkan fahaman Assabiyyah walhal di dalam ceramah mereka selalu mengutuk kumpulan berfahaman Assabiyyah ini. Tindakan ini juga boleh menjadikan PAS Kelantan cuba membuat dekriminasi terhadap PAS Pusat, mungkin juga ini adalah antara penangan 'idea' Kerajaan Perpaduan yang cuba dibawa oleh Presiden PAS.

Sebenarnya isu ini tidak sepatutnya menimbulkan kemarahan Nik Aziz sapa gitu semo (Sampai Begitu) kalau tak ada orang yang cuba mengapi-apikan kemarahan beliau. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa Nik Aziz telah dijangkiti oleh Virus tetapi bukanlah Virus H5N1 yang begitu rakus menyerang negara kini, tetapi virus tersebut adalah Virus Endorgan yang disuntik oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan PAS sentiasa berada di dalam penguasaan beliau.

Penulis amat berharap 'idea' Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan demi memastikan perpaduan Umat Islam di Malaysia terus utuh kerana "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh". Akhir kalam penulis akhiri dengan satu kata mutiara yang berbunyi "Setiap Manusia Ada Keinginan Untuk Berkuasa mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa"
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: