Hulurkan Sumbangan

Friday, June 12, 2009

Politik Bumbung Stadium 3: Rosol Persoal Kenapa Namanya Dibabitkan






Artikel "Politik Bumbung Stadium" telah masuk edisi ketiga yang disiarkan di dalam blog BesutLonih.com. Hari ini kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan, Terengganu runtuh pada baru-baru ini terus menjadi topik perbualan hangat bukan sahaja di kedai-kedai kopi seluruh Terengganu malah hampir ke seluruh kedai kopi di Malaysia termasuklah Kelantan.

Mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu DUN Ajil mempersoalkan kenapa nama beliau turut dikaitkan dengan kejadian tersebut, adakah kerana beliau mengenali kontraktur tersebut jadi namanya mesti dikaitkan seperti mana kenyataan beliau yang dikeluarkan di blog beliau.

Kontraktor atau Syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Rosol itu juga menafikan bahawa kejadian bumbung stadium itu berpunca daripada kecuaian syarikat itu sambil mengeluarkan kenyataan bahawa syarikatnya hanya terlibat dengan pembinaan bangunan utama stadium sahaja dan bukanya bumbung sambil mengatakan syarikat yang membuat bumbung stadium itu berpangkalan di Korea.

Itulah "Politik Bumbung Stadium" ia mampu menyerang sesiapa sahaja yang pernah terlibat dengan pembinaan stadium berkenaan tetapi apa yang menghairankan penulis ialah projek pembinaan stadium tersebut dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan kenapa Mantan Perdana Menteri tidak dipersalahkan? Sebaliknya Mantan Menteri Besar yang dipersalahkan? Sedangkan projek itu Projek Kerajaan Persekutuan bukan Projek Kerajaan Negeri. Fikir-fikirkanlah...
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: