Hulurkan Sumbangan

Monday, June 8, 2009

Politik Bumbung Stadium 2


Beberapa hari yang lepas penulis telah menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk "Politik Bumbung Stadium" bagi pelayar yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini sudah pasti mengetahuinya.

Artikel penulis pada kali ini pula bertajuk "Politik Bumbung Stadium 2", artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel "Politik Bumbung Stadium", nak kata ini adalah artikel terakhir mengenai politik bumbung stadium pun tidak juga kerana mungkin juga artikel ini akan terus disambung dari masa ke semasa mengikut keadaan.

Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu memang benar-benar memalukan dan juga menyebabkan 'kontraktor tempatan' mendapat reputasi yang buruk. Walhal "Kontraktor Asing" merupakan kontraktor utama di dalam pembinaan Stadium yang pembinaanya ala-ala Stadium Eropah itu.

Ada juga pandangan kejadian bumbung stadium runtuh itu disebabkan Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui kepimpinan Ahmad Said di Terengganu dan itu merupakan 'bala' yang Allah turunkan untuk menyedarkan Ahmad Said dan rakyat Terengganu.

Terpulanglah kepada apa yang mereka ingin tafsirkan di atas kejadian bumbung stadium runtuh tersebut. Adakah kerana kejadian itu sengaja diadakan agar pengaruh Idris Jusoh dan populariti Idris Jusoh yang masih menebal di kalangan rakyat Terengganu, jika ia benar maka jawapanya sudah tentu ada pada Ahmad Said.

Pada pandangan penulis ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa, cukuplah saling tunding menunding jari, lebih baik bekerja dan terus berusaha membuat pembaikkan terhadap Stadium tersebut kerana lebih baik banyak bekerja daripada banyak bercakap.

Penulis juga ingin menyelar sikap pembangkang yang suka menangguk di air yang keruh dan sengaja mengambil kesempatan di atas kejadian ini, ingatlah janganlah terlalu agresif menyalahkan kerajaan kerana mungkin lepas ini giliran negeri pembangkang pula sebagaimana yang berlaku di Perak. Ingat KBMALL, KB Bazaar dan beberapa projek yang lain bakal menerima nasib yang sama seperti Stadium Sultan Mizan. Jadi jangan terlalu angkuh dengan keadaan sekarang.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: