Hulurkan Sumbangan

Friday, October 8, 2010

PAS BESUT Tidak Faham Makna Rasis...

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia
PAS BESUT Tidak Faham Makna Rasis...
Oleh: Penulis Segmen Isu Semasa BesutLonih

BEBERAPA hari yang lepas kita ada mendengar yang PAS Kawasan Besut telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. Dakwaan itu dibuat oleh PAS Besut kerana mengatakan ceramah DAP Anti Islam yang dianjurkan oleh UMNO Besut berbaur perkauman kerana ada kenyataan yang menghina Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan perkataan seperti 'Tok Guru Gilo' dan juga nama program itu juga berbaur perkauman.

Timbul persoalan di sini, adakah PAS Kawasan Besut dipimpin oleh orang tak berapa cerdik (tak boleh kata bodoh nanti dia kata perkauman pula) atau dalam bahasa yang lebih lembut 'Kurang cerdik'. Nasiblah ahli-ahli PAS Besut mendapat pemimpin yang kurang cerdik seperti beliau.

Bagaimana pula dengan nama program tersebut yakni DAP Anti Islam ia boleh dikatakan sebagai berbaur perkauman? Ini pemikiran mentaliti kelas ketiga di dalam menafsirkan perbuatan yang dikatakan berbaur perkauman. Adakah DAP itu bangsa? bukankah DAP itu parti politik, tidak program itu menyatakan bangsa mana-mana anti Islam cuma dia cakap DAP yang anti Islam. Kata orang Besut "Sunggoh bena nampok teh nak belo DAP PAS ni".

Begitu juga dengan ungkapan dilontarkan penceramah jemputan dalam majlis itu yang mengatakan 'Tok Guru Nik Aziz Gilo' itu juga tidak boleh dikatakan berbaur perkauman kerana dari segi istilah kedua-dua Loghat yakni Kelantan dan Besut perkataan 'Gilo' itu sendiri mempunyai lebih daripada satu makna. Dengan menghina Tok Guru Nik Aziz dikatakan sebagai berbaur perkauman sedangkan Tok Guru Nik Aziz sebelum lebih banyak menghina pemimpin-pemimpin UMNO yang lain tidak pula dilabelkan perkauman oleh PAS Besut.

Penulis segmen Isu Semasa BesutLonih tertarik dengan dengan ungkapan yang diberikan oleh PAS Besut, Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Besut bertajuk DAP anti Islam yang bertukar menjadi 'majlis maki hamun dan sumpah seranah'. Nak tergelak pula penulis membaca kenyataan ini.

Kenapa penulis berkata sedemikian, dalam ceramah yang dianjurkan oleh PAS Besut sebelum ini pun bertukar menjadi 'majlis maki hamun dan sumpah seranah' dan paling hebat lagi mereka menjadikan ceramah itu sebagai medan untuk menyebarkan fitnah. Ini namanya ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus.

Penulis tidak nampak pun apa-apa yang dikatakan perkauman di dalam program ini, cuma yang jelas kelihatan ialah PAS Besut cuba memanipulasi program berkenaan mungkin juga dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut membuatkan PAS Besut merasa tergugat.

Untuk pengetahuan semua penulis adalah anak jati Besut, setahu penulis ahli-ahli PAS Kawasan Besut kebanyakkan 'tebal' perkaumanya. Kalau tidak kenapa kebanyakkan daripada mereka mengelakkan urusan jual beli atau ekonomi dengan bangsa lain.

Mereka juga terlebih Islam, barangkali sehinggakan memulaukan peniaga-peniaga yang tidak mempamerkan diri sebagai penyokong parti mereka termasuklah mereka yang dikategorikan sebagai 'atas pagar'.

Mereka juga terlebih Islam, apabila tidak akan hadir ke kenduri orang-orang yang berkaitan dengan UMNO walaupun ada jemputan atau undangan yang diberikan kepada mereka. Dalam masa yang sama PAS Besut telah berjaya mempopularkan ungkapan 'Tok Guru Gilo' dengan tindakan mereka itu. Secara tidak langsung dalam tidak sedar mereka sendiri telah memalukan Tok Guru telah menghina tok guru kesayangan mereka itu.
Enhanced by Zemanta

Wednesday, October 6, 2010

Uniknya Besut

Uniknya Besut


BESUT merupakan sebuah daerah yang letaknya bawah naungan Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah ini juga merupakan daerah yang penuh dengan sejarah seperti Istana Tengku Long, Kota Palembang dan bermacam-macam lagi sejarah yang boleh didapati di sini. Banyak juga cerita-cerita mitos mengenai Besut yang kononya menjadi sejarah Besut sepertimana cerita-cerita orang tua.

Kali ini sejarah sekali lagi dipahatkan di Besut, apabila Menteri Kabinet dan Juga Menteri Besar, Mantan Menteri Besar merangkap Pengerusi MARA turut sama menyertai Dikir Barat bersama-sama di atas satu pentas dan menyanyikan lagu dikir yang bertajuk Dikir Besut.

Mengikut apa yang diceritakan, Lagu Dikir Besut ini diilhanmkan sendiri oleh Mantan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi MARA iaitu Datuk Seri Idris Bin Jusoh. Beliau yang lebih dikenali dengan nama 'Haji Deris' di kalangan rakyat Besut sememangnya seorang pemimpin yang hebat dan serba boleh.

Kelihatan juga, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut sama berada di atas Pentas Dikir bersama dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Idris Jusoh. Adakah ini tandanya, yang bersengketa sudah bersatu di Besut Bumi Ulul Albab. Soalan ini hanya mereka yang ada jawapanya.

Syabas kepada DS Idris Jusoh, moga beliau dapat memperbanyakkan lagi mengilhamkan lagu-lagu dikir untuk daerah Besut dan juga kalau boleh ciptakan lagu sekali untuk daerah Besut. Terima kasih diucapkan di atas usaha-usaha beliau untuk membangunkan Besut sebelum ini.
Enhanced by Zemanta

Saturday, August 14, 2010

Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya



Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
http://drmaza.com

Soalan: Dr Asri yang dihormati, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan. Saya tinggal serumah dengan beberapa orang kawan. Ada kalangan kami yang berpuasa tetapi selalu tidak bangun sahur. Katanya ‘dia tahan’ walaupun tak bersahur. Ada yang sahur terlalu awal, seawal jam 2 pagi. Ada yang sahur ‘siap-siap’ sebelum tidur kerana malas hendak bangun. Ada yang jika bangun hampir waktu subuh, dia kata dah tamat waktu sahur, sekalipun belum azan lagi, dia tetap tak mahu sahur. Saya cuba berikan nasihat kepada kawan-kawan sekadar yang saya faham. Bolehkah Dr Asri nasihatkan kami apa yang terbaik?

Mizan, KL.

Jawapan Dr MAZA: Selamat menyambut Ramadan semoga kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah, saudara dan sahabat-sahabat saudara berpuasa. Ini menandakan tanggungjawab sebagai muslim masih lagi kuat dalam jiwa saudara-saudara sekelian. Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. Saudara pula merupakan sahabat yang baik, yang mempunyai kesedaran bagi diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk mengamalkan amalan yang menepati sunnah Nabi s.a.w Semoga Allah membanyakkan pemuda seperti saudara dan diberikan pahala yang besar. Adapun persoalan saudara tentang sahur itu, maka saya jawab berdasarkan beberapa perkara berikut;

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.

9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.



Enhanced by Zemanta

Monday, August 2, 2010

Pengumuman:- Penukaran Domain BesutLonih


Pengumuman:- Penukaran Domain BesutLonih

BEBERAPA hari yang lalu pembaca setia Blog BesutLonih mengalami kesukaran untuk mengakses blog ini, kesukaran ini berlaku berpunca daripada masalah teknikal. Masalah teknikal itu tidak diatasi sehingga sekarang.

BesutLonih telah mengambil keputusan untuk menukar terus domain BesutLonih daripada www.besutlonih.com kepada domain asalnya iaitu http://besut-lonih.blogspot.com/. Kami memohon maaf di atas kesukaran yang dialami oleh para pembaca BesutLonih sekalian.

BesutLonih juga telah mengambil keputusan untuk kemungkinan menukar domain berbayar yang baru selepas Hari Raya Aidilfitri ini, sekali lagi BesutLonih memohon maaf kepada para pembaca yang mengalami kesulitan untuk mengakses kandungan BesutLonih sebelum ini.

BesutLonih berharap para pembaca dapat mengemaskini bookmark pelayar internet-internet masing-masing agar terus dapat mengakses maklumat-maklumat yang diberikan oleh BesutLonih melalui domain sementara tersebut. Harap Maklum.
Enhanced by Zemanta

Wednesday, May 5, 2010

Merealisasikan Wawasan Besut Baru


Merealisasikan Wawasan Besut Baru

WAWASAN BESUT BARU bukanlah satu perkara baru bagi rakyat sekitar daerah Besut, Terengganu. Sebenarnya wawasan tersebut telah lama diwujudkan dan boleh dikatakan seiring dengan Wawasan 2020.

Pelopor utama di dalam Wawasan Besut Baru ini ialah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang juga merupakan Pengerusi Felda iaitu Tan Sri Dr. Yusof bin Haji Mohd Noor. Wawasan Besut Baru ini telah diilhamkan oleh beliau semasa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar Terengganu lagi.

Namun, Wawasan ini senyap seketika selepas kejatuhan Kerajaan BN Terengganu pada tahun 1999. Selepas Kerajaan BN Terengganu berjaya ditubuhkan semula pada tahun 2004, Wawasan ini juga masih belum kendengaran.

Setelah Tan Sri Dr. Yusof Noor menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah barulah Wawasan Besut Baru, didengari semula ungkapanya. Sebenarnya, bagi penulis Wawasan Besut Baru ini satu benda baik dan wajar diteruskan. Tambahan pula Besut sekarang ini telah bergelar "Bumi Ulul Albab".

Bercakap mengenai Wawasan Besut baru ini sudah tentu adalah baik kita membincangkan mengenai pencetus Wawasan Besut Baru ini iaitu Tan Sri Dr. Yusof Noor, penulis percaya ramai yang mahukanya kembali kepada arena politik tanah air kerana sudah lama kita tidak melihatnya di pentas politik.

Penulis dengan ini berlandaskan platform BesutLonih.Com ingin menyeru agar Tan Sri Dr. Yusof Noor kembali berpolitik sepertimana dahulu, kerana ramai rakyat Besut yang masih mahukan khidmat Tan Sri, jangan abaikan permintaan rakyat Besut, Tan Sri.

Kembali pula kepada tujuan asal artikel iaitu Merealisasikan Wawasan Besut Baru, sebenarnya dalam menjadikan Wawasan Besut Baru menjadi realiti semua pihak harus terlibat tidak kira rakyat mahupun pemimpin. Inilah buatlah apa yang patut agar dapat kita menjadi sebuah daerah yang Termaju di negeri Terengganu ini.

Wednesday, February 10, 2010

Menilai Meja Kopi


oleh: Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

http://drmaza.com/

Saya menulis artikel ini dalam keadaan yang amat letih. Petang Sabtu seperti biasa adalah waktu penamat untuk pengiriman artikel. Pagi tadi (Sabtu) saya baru sahaja sampai dari London. Pergi ke sana hanya dua hari setengah. Sempat untuk mengisi dua ceramah. Satunya khas untuk siswi dan satu lagi majlis yang agak besar. Majlis muzakarah bersama saya itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin politik tanahair.

Di samping itu, saya sempat berjumpa dengan beberapa sahabat karib yang sering bertukar-tukar pandangan. Mereka masih di United Kingdom. Antara mereka penulis terkenal dengan ketajamannya Saudara Maszlee Malik dan peguam yang ternama Saudara Ahmad Jailani. Mereka bakal mendapat Ph.D masing-masing insyaAllah.

Sahabat saya Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda juga ada bersama. Berjumpa sahabat-sahabat yang saling memahami kadang-kala lebih membahagiakan dari berjumpa dengan mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan tetapi hidup di alam yang berbeza.

Kami berjumpa seperti biasa. Itulah kami, setiap kali berjumpa berbagai-bagai tajuk akan muncul, dan tidak lupa juga masing-masing bertanya khabar buku atau karya ilmiah baru yang berkaitan. Saudara Maszlee agak jaguh mengenai buku-buku Barat ini. Walaupun dua hari amat singkat untuk kami ‘bersembang’ kesemua tajuk yang membabitkan masa depan umat Islam, negara dan rakyat Malaysia namun seperti biasa ia satu kesempatan yang manis.

Memang jika kita duduk berbincang tajuk-tajuk sedemikian dengan jiwa yang ikhlas dan mengharapkan kebaikan masa depan dakwah, umat dan rakyat, terlalu lazat dan enak rasanya. Ia meresap dalam jiwa masing-masing. Pembentangan pemikiran, fakta dan penilaian amat mengasyikkan. Bagaikan dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa, waktu berlari selaju meter tajuk-tajuk yang dibincangkan.

Bilik sewaan MSD, meja kopi di Café Italy, Malaysia Hall dan kedai buku terpakai yang kami bertawaf dalamnya menyaksikan berbagai pandangan, impian, hasrat dan kerisauan tentang masa depan Malaysia. Senda gurau dan lawak jenaka menyulami perbincangan di sana sini. Demikian kami dan sahabat-sahabat kami yang lain. Demikian juga saya yakin kebanyakan pembaca sekelian. Berbual dan bersembang bukan tiada faedahnya. Cumanya, apakah yang patut kita isi dalam perbualan dan pertemuan antara kita.

Saya catat hal ini bukan untuk menunjukkan apa yang kami lakukan. Orang lain lakukan lebih baik dari kami. Cumanya, saya ingin ingatkan pembaca tentang kepentingan tajuk ini. Manusia ini secara umumnya makhluk bersosial. Kita inginkan teman dan rakan untuk meluahkan perasaan dan mendengar pandangan. Kadang-kala kopi dan teh hanyalah hiasan hidangan, ‘sembang-sembang’ itu yang penting. Ramai orang membazir masa sahaja kalau bersembang.

Ya, bersembang kosong memang membazir masa, bahkan kadang-kala menempah berbagai dosa. Namun berbual bersama teman, apatah lagi dengan insan-insan yang berilmu banyak faedahnya. Perbualan yang diisi dengan ilmu dan nasihat serta lontaran cadangan dan idea yang baik, amatlah diperlukan oleh insan yang ingin membangun. Meja kopi dan teh boleh menjadi meja ilmu dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan kesabaran atas amanah perjuangan seperti yang diajar oleh Surah al-‘Asr.

Diriwayatkan Al-Imam Abu Yusuf Ya’kub bin Ibrahim iaitu ilmuwan besar sahabat al-Imam Abu Hanifah ketika sakit hendak meninggal dunia masih lagi berbual tentang ilmu. Ketika muridnya Ibrahim bin al-Jarrah menziarahinya di dapati beliau pitam kesakitan. Namun apabila beliau sedar sahaja dan melihat wajah muridnya itu, terus dia berbincang dengan muridnya tersebut mengenai hukum syarak. Muridnya berkata:

“Apakah pada waktu yang sebegini?”. Kata Abu Yusuf: “Tak mengapa, kita kaji, mana tahu barangkali menyelamatkan seseorang”. Selepas perbincangan, anak muridnya hendak keluar, tetapi apabila sampai sahaja ke pintu, beliau mendengar tangisan yang hadir tanda gurunya itu telah meninggal dunia. (Abu Ghuddah, Qimah al-Zaman ‘Inda ‘Ulama, m.s 15).

Ini ilmuwan dan begitulah kita jika ingin mendapatkan ilmu. Sebab itu duduk berbual dan berbicara dengan ilmuwan merupakan perkara yang terpuji dalam agama ini. Pergi berjumpa ilmuwan, mendampingi mereka, mendengar pandangan mereka, mengambil faedah dari hikmah dan ketajaman minda mereka dapat membentuk dan membangunkan seseorang.

‘Auf bin ‘Abdillah pernah berkata kepada isteri sahabat Nabi s.a.w Abu Dardak iaitu Umm al-Dardak:

“Apakah kami duduk bersama engkau menyebabkan engkau jemu?”. Jawabnya: “Aku telah berusaha agar setiap perkara menjadi ibadah. Tiada yang lebih mengubati jiwaku dari duduk bersama ulama” (Al-Nawawi, Tahzib al-Asma wa al-Lughat, 1/953).

Perbualan boleh menjadi ibadah jika isi kandungannya mengingatkan kita kepada kebenaran dan kesabaran atas jalan Allah. Ia membangunkan minda dan jiwa. Sepatutnya, setiap kita ambil kesempatan ini. Sekalipun jika tiada ilmuwan atau cerdik pandai besar dalam perbualan kita, kita mesti berusaha menjadikan perbincangan atau ‘meja kopi’ kita dihiasi dengan perkataan dan pandangan yang berusaha kepada kebaikan dan pembangunan pemikiran. Setiap orang dengan kadar ilmunya berbicara kepada rakan apa yang dipelajari dan didapati dari bahan-bahan ilmu yang baik. Maka berfaedahlah waktu makan dan minum kita ketika bersama rakan dan sahabat handai.

Ramai dalam kalangan kita yang tidak menjadikan meja kopinya meja ilmu. Apabila duduk dengan teman dan rakan mereka jadikan perbualan kosong yang tidak membangunkan minda dan jiwa mencuri peruntukan umur yang diberikan kepada mereka. Berbual dan bersenda bukanlah dilarang. Agama ini bukannya sempit dan jumud. Namun setiap perkara dengan kadarnya.

Jika setiap kali duduk di meja kopi dipenuhi dengan perbualan kosong, atau dusta atau menyakitkan orang lain tanpa alasan yang benar adalah melampaui batasan agama. Setiap kita patut meninggalkan meja yang seperti itu. Rosaknya sesetengah masyarakat melayu kerana ‘meja kopi’ yang menelan umur dan membazir hayat.

Tajuk-tajuk perbincangan yang tidak memberikan faedah pada diri ataupun masyarakat bahkan merosakkan diri dan orang lain sering memenuhi kedai kopi kita. Samada pada waktu pagi, ataupun ketika rehat bekerja, meja kopi menjadi tempat membazir pahala dan mengumpul dosa. Ada yang lupa hal diri dan keluarga sendiri, sibuk hal orang lain di kedai kopi. Tanpa rasa malu pada diri, apatah lagi kepada Allah yang memberikan umur kepadanya sanggup pergi balik ke kedai kopi untuk mencari ‘rakan bual kosong’ bagaikan orang ketagihan candu.


- Gambar Hiasan

Di kampung-kampung orang melayu bukan sedikit hal yang demikian. Dari situ munculnya berbagai bisikan dan gossip dalam masyarakat kita. Sudahlah taukeh kedai pun tidak untung seberapa dengan secawan kopi tetapi duduk berjam-jam. Keluarga pula terabai. Masa yang dibazirkan di meja kopi itu jika dikumpulkan, barangkali orang melayu sudah mampu menguasai ekonomi negara ini.

Namun, lawatilah kedai-kedai kopi di sesetengah tempat. Di penuhi dengan ‘kaki-kaki lepak’ yang sebahagian sudah menjelang umur senja. Jika anak muda Melayu ramai yang suka lepak, orang tua-tua melayu yang suka lepak pun peratusnya pun bukan sedikit dalam masyarakat kita.

Sebab itu al-Quran melarang perbuatan lagha atau sia-sia dalam bicara yang berfaedah. Firman Allah:

(maksudnya) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Juga mereka yang khusyuk dalam solatnya. Juga mereka yang menjauhkan diri dari yang lagha” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3). Kata al-Imam al-Sa’di dalam tafsirnya: “Lagha itu perkataan yang tiada kebaikan dan tiada faedah”.

Bersembang, berbual dan duduk di meja kopi bukan salah. Namun pengisiannya itu mestilah diislamisasikan. Jangan jadikan ia meja ‘lagha’ atau sia-sia. Jangan jadikan ia meja dosa. Jadikan ia meja pahala. Meja yang membangunkan minda. Menmbangunkan ilmu dan kebaikan, bukan membangunkan kejahatan dan mensia-siakan umur. Jika tidak mampu jadikan ia meja kebaikan, lebih baik tinggalkan sahaja!!

Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, January 31, 2010

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan?


Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan?

HARI ini penulis ingin membincangkan berkenaan slogan Kerajaan Negeri Terengganu yang baru iaitu "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan". Slogan ini tampak menarik, tapi tak ada gunanya kalau slogan tu menarik tapi slogan hanyalah slogan semata-mata langsung tak berguna. Kalau slogan hanya sekadar slogan itu maknanya kerja orang bodoh.

Bercakap berkenaan 'orang bodoh' teringat penulis kepada jurukomen yang tidak profesional yang mengunakan bahasa yang berbaur emosional, kenapa kita mesti emosional kalau nak berbahas, teringat penulis pada masa kanak-kanak apabila kita berbeza pendapat keluarlah kenyataan atau perkataan emosional kalau kita tak bersetuju. Jadi maknanya jurukomen itu pemikiranya adalah setaraf dengan budak-budak.

Jadi adalah lebih elok kita tidak mempedulikan jurukomen yang berperangai seperti budak-budak itu. Biarlah dia terus bermain dengan budak-budak dan terus menjadi anjing kurap Ahmad Said.

Berbalik kita kepada artikel kita tadi, di mana Kerajaan Negeri Terengganu sekarang sudah menggunakan slogan "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan". Penulis tidak nampak pun slogan ini berfungsi, sebagai contoh rakyat menuntut Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB tetapi Ahmad Said tetap bermegah dan terus jadi MB, tidakkah ini dikira Kerajaan Negeri Terengganu sekarang tidak mempedulikan rakyat.

Selain itu kalau kita kata 'merakyatkan pembangunan' tiada pun satu pembangunan yang dirakyatkan kita dapat lihat. Adakah slogan ini hanyalah omongan kosong, digunakan oleh tukang-tukang kipas Ahmad Said dan diterajui oleh Pemimpin Pemusnah yang kini bergelar Speaker DUN.

Apa yang kita dapat lihat, Kemaman yang banyak dibangunkan sehingga ibu negeri Terengganu yakni Kuala Terengganu lebih mundur berbanding Kemaman. Mungkin inilah yang dikatakan 'merakyatkan pembangunan' oleh Ahmad Said.

Cukuplah Ahmad Said, berhentilah jadi MB, undurlah jadi MB kerana anda sememangnya tak layak, anda hanya layak menjadi tukang sapu tak pun tukang buat budu sahaja. Mungkin pencacai najis juga sesuai untuk Ahmad Said.

Walaupun penulis tahu Ahmad Said orang yang 'Gedebe' bertaraf samseng tetapi sedikitpun penulis tidak takut Ahmad Said kerana berani kerana benar. Selagi Ahmad Said menjadi MB jangan harap penulis nak sokong Barisan Nasional di Terengganu.

Berikan undi anda pada PAS untuk DUN pada pilihan raya umum akan datang, dalam masa yang sama berikan undi anda kepada BN untuk Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Ahmad Said perlu diajar kerana beliau kurang ajar.
Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, January 30, 2010

Boikot Semua Perniagaan di Kemaman

Flag of the Malaysian state Terengganu.Image via Wikipedia

Boikot Semua Perniagaan di Kemaman

BesutLonih.com menerima satu email berupa cadangan daripada salah seorang pembaca BesutLonih.com. Email tersebut bertujuan mencadangkan diadakan satu kempen memboikot semua perniagaan di Kemaman oleh rakyat-rakyat dari daerah-daerah lain, boikot ini adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada Ahmad Said yang khidmatnya sememangnya tidak diperlukan lagi.

Penghantar email tersebut hanya mahu dikenali dengan nama Anak Jati Kuala Terengganu. Di bawah ini disertakan petikan daripada email tersebut yang dihantar kepada kotak emel BesutLonih.com:

Pentadbir Ruangan Suara Rakyat BesutLonih.com,

Boikot Semua Perniagaan di Kemaman

1. Saya ingin mencadangkan agar diadakan satu kempen memboikot semua perniagaan yang beroperasi di Kemaman, ia adalah satu langkah untuk menyatakan bahawa kami semua sudah tidak perlukan Ahmad Said sebagai MB.

2. Rakyat-rakyat di daerah lain hendaklah TIDAK MEMBELI BELAH di di pusat-pusat membeli-belah di Kemaman.

3. Rakyat daerah lain juga hendaklah tidak menjadikan Kemaman sebagai destinasi pelancongan mereka.

4. JANGAN MENYEWA premis-premis perniagaan di sekitar Kemaman.

5. Jangan MEMBERI SEWA kepada sesiapa sahaja yang berasal dari Kemaman.

6. Jangan berusniaga dengan orang Kemaman.

7. Sekiranya ada PENYEWA anda berasal dari Kemaman hendaklah diberikan notis keluar dari kediaman atau primis anda dengan kadar yang seberapa segera.

8. Elakkan daripada melalui Kemaman sekiranya anda hendak ke Pahang.

9. JANGAN MENERIMA kehadiran mana-mana pemimpin yang berasal dari Kemaman di daerah anda.

10. MENDESAK Ahmad Said meletakkan jawatanya dengan segera, atau tidak beliau dan Barisan Nasional akan dijatuhkan melalui Pilihan Raya.


Itulah antara cadangan yang diterima oleh BesutLonih.com, oleh yang demikian BesutLonih mengambil keputusan untuk menyiarkan email ini bagi memastikan Suara Rakyat tercapai. Terima kasih diucapkan kepada pengirim email.

Cadangan pengirim email tersebut mungkin ada baiknya, dan mungkin juga ada keburukkannya jadi sama-sama lah kita menilai email tersebut.


Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, January 19, 2010

Usul Undi Tidak Percaya Pada Ahmad Said


BARU-BARU ini penulis ada menerima satu email daripada seorang pembaca BesutLonih.com di dalam email tersebut ia mencadangkan agar penulis meminta kesemua ADUN di dalam DUN yang telah di anak tirikan oleh Ahmad Said mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Said. Pengirim Email tersebut yang hanya mahu dikenali dengan nama Syahidan.

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Syahidan kerana memberikan cadangan tersebut. Penulis sememangnya bersetuju 100% kalau ada usul undi tidak percaya diusulkan di dalam DUN Terengganu terhadap Ahmad Said.

Sebab kenapa penulis bersetuju 100% dengan cadangan Syahidan tersebut ialah kerana ketidakadilan beliau yang menganaktirikan daerah-daerah lain dan menjadikan Kemaman sebagai 'anak emas' Kerajaan Negeri. Di mana setelah di beberapa lama di lantik menjadi MB Terengganu hanya pembangunan Kemaman sahaja yang kita dapat lihat.

Paling menyedihkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat negeri pun di buat Kemaman, adakah Kemaman adalah ibu negeri Terengganu sekarang? Teringat penulis di mana satu waktu dulu di masa Wan Mokhtar adalah MB Terengganu kita dapat lihat Kemaman lebih maju berbanding Kuala Terengganu. Jadi mungkin legasi Ahmad Said cuba meneruskan tradisi Legasi Wan Mokhtar dahulu.

Pemimpin seperti ini tidak wajar kita jadikan sebagai pemimpin kerana inilah yang dipanggil 'Pemimpin Pemusnah'. Berkenaan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said itu boleh dijalankan, namun kejayaanya amat mustahil kerana orang yang bertanggungjawab 'cah keting' MB Terengganu dahulu sudah menjadi Speaker DUN Terengganu ini bermakna jika ada usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said ia akan ditolak mentah-mentah oleh Speaker DUN Tersebut.

Pada pandangan penulis, walaupun sukar untuk mengusulkan undi tidak percaya pada Ahmad Said adalah lebih baik kita mencubanya walaupun sukar lagipun Usaha Tangga Kejayaan, demi hak kita daerah-daerah yang di anak tirikan Ahmad Said kita mesti bertindak, dan wakil-wakil rakyat kita hendaklah memainkan peranan dengan mengusulkan perkara tersebut di DUN Terengganu.

Akhir Kalam mari bersama-sama kita berdoa untuk Ahmad Said, "Ya Allah Ya Tuhan Kami Turunkanlah Ahmad Said daripada Jawatan Menteri Besar Terengganu, Kami tidak mahu orang yang tidak adil menjadi MB Kami, Kami mahukan Keadilan untuk Kami, Kami juga tidak mahu samseng menjadi pemimpin kami".
Reblog this post [with Zemanta]

Friday, January 1, 2010

MSO Telah Melukai Hati Kami - Rakyat Besut


SEGMEN Suara Rakyat BesutLonih.com akan menyiarkan satu email daripada rakyat Besut berhubung tidak puas hati berkenaan apa yang disiarkan di dalam blog Merah Tinta MSO dan meminta BesutLonih.com menyiarkan emailnya untuk ditujukan kepada MSO.

Pengendali
Segmen Suara Rakyat
BesutLonih.com

Tuan Pengendali,

Saya memohon jasa baik tuan pengendali agar memberikan saya ruang dengan menyiarkan email saya ini. Saya Abdullah Sani merupakan rakyat Besut yang juga merupakan rakyat Terengganu dan saya percaya rakyat Besut yang lain pun mempunyai perasaan seperti saya.

Saya ada membaca satu artikel yang ditulis oleh MSO di blognya Merah Tinta MSO, artikel tersebut bertajuk "Selamat Tahun Baru Ahmad Said". Artikel yang membuat hati kami selaku rakyat Besut menjadi terluka ialah sepertimana di bawah:

Tambahnya lagi kenapa Idris Jusoh tidak disukai kerana melambakkan pembangunan di Besut dan menambunkan projek kepada kroni. “Kalau Mat Said belajar dari kesilapan Deris ini saya fikir susah juga untuk Pas ambil Terengganu,” tekannya.

Di mana, kenyataan melambakkan pembangunan di Besut telah membuatkan kami tersinggung dan terluka, Tidakah Saudara MSO terlupa yang sepanjang pemerintahan Wan Mokhtar Ahmad, Hadi Awang daerah ini di anak tirikan oleh Kerajaan Terengganu dari segi pembangunan, tapi apabila tuhan mengabulkan doa orang yang dizalimi seperti kami, akhirnya wakil daripada Kami sendiri menjadi ADUN, jadi inilah masanya kami mahukan pembangunan itu sampai ke tempat kami.


Saudara MSO juga tidak boleh 'menutup mata', bahawa sejak Ahmad Said mengambil alih tugas MB daerah ini telah dianaktirikan oleh beliau, malah mengikut pengetahuan saya daerah lain selain Kemaman juga menerima nasib yang serupa dengan kami, adakah ia seorang MB yang adil?

Kami menuntut Saudara MSO membuat permohonan maaf di dalam blog saudara kerana artikel tuan telah melukai perasaan kami sebagai rakyat Besut, saudara MSO pun tahu yang kita bercakap dalam 'loghat' yang sama walaupun negeri yang berbeza.
Reblog this post [with Zemanta]