Hulurkan Sumbangan

Tuesday, August 26, 2008

Isu Tidak Melunturkan Ketaksuban Terhadap Seseorang







Laporan Bernama:

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh

26/08/2008 11:05pm

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459 1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 47,258
Peratus/Percentage 81 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

—BERNAMA


Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak kehilangan kerusi yang sebelum ini menjadi milik mereka di Permatang Pauh mungkin itulah kata-kata yang dapat diungkapkan menerusi keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang diumumkan secara rasminya lebih kurang pukul 10 Malam tadi apabila Anwar Ibrahim menjuarai pertandingan tiga penjuru tersebut.

Apa yang penulis dapat simpulkan di sini berdasarkan kemenangan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh adalah 'Isu tidak melunturkan ketaksuban malah menambahkan lagi ketaksuban' Kalau tak silap penulis ada satu teori yang mengatakan "Semakin banyak isu, semakin kuat ketaksuban terhadapnya" kita boleh mengambil contoh mudah 'isu panas' yang timbul di kalangan artis secara tidak langsung ia akan memberi publisiti terhadap artis tersebut atau dengan kata lain 'publisiti murahan' memberi promosi tidak langsung pada mereka.

Jadi percaturan Barisan Nasional dengan menghujani Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu akhirnya membawa kepada kegagalan Barisan Nasional bukan sahaja memenangi kerusi tersebut tetapi juga gagal memecah majoriti yang dimenangi oleh isteri Anwar sebelum ini atau dengan kata lain percaturan BN sudah gagal.

Teori yang penulis ketengahkan sebelum ini yang mengatakan "Barisan Nasional tetap kalah sekiranya Abdullah Haji Ahmad menerajui UMNO" terus menjadi sahih dan 'Valid' dan boleh diterima pakai lagi buat masa ini dan ini menandakan khidmat Abdullah Haji Ahmad sebagai Presiden UMNO perlu dipendekkan lagi dan kalau boleh sebelum 2010 kerana sekiranya ada lagi Pilihan Raya Kecil sebelum itu Abdullah Haji Ahmad hanya mampu meramas tahi dan tersenyum dengan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Barisan Nasional dek kerana dia seorang.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat ahli UMNO perlu mencari cara untuk menyingkirkan Abdullah Haji Ahmad agar tahi yang dirmasnya tidak terus menghantui dan baunya menyengat hidung UMNO/BN. Tidak apa cara sekalipun kesimpulan muktamadnya Abdullah Haji Ahmad perlu disingkirkan dengan seberapa segera.

No comments: