Kurang daripada 24 jam dari sekarang, pusat pembuangan undi di Permatang Pauh akan dibuka dan rakyat Malaysia di Permatang Pauh akan menentukan pemimpin kawasan mereka dengan jari menjadi juri (meminjam slogan Akademi Fantasia) dan mereka akan berjuang habis-habisan di pusat-pusat pembuangan undi di sekitar Permatang Pauh.
Esoklah yang menjadi tarikh keramat bagi menentukan siapa benar-benar Juara di Permatang Pauh yang sebelum ini dipihak Barisan Nasional dengan penuh yakin mereka akan berjaya merampas gelaran 'Juara Permatang Pauh' daripada Pembangkang dengan mendakwa ahli-ahli PAS di Permatang Pauh akan memberi sokongan kepadanya.
Manakala disebelah pihak yang bernama Parti Keadilan Rakyat atau ringkasnya PKR dengan rombonganya yang diketuai oleh seorang yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri dengan dakwaan konspiranya dan rakyat berpihak kepadanya memandangkan suasana ekonomi Malaysia yang tidak menentu tambahan pula beliau mendakwa ada kepakaran ekonomi yang lebih baik berbanding seorang Perdana Menteri bernama Abdullah Haji Ahmad.
Dalam kesibukkan perperangan ideologi politik antara PKR dengan BN yang diibaratkan umpama 'perang salib' (meminjam perkataan Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah membuatkan mereka lupa kepada satu lagi pesaing mereka iaitu AKIM. Mungkin mereka memandang remeh pesaing mereka yang dianggap kerdil ini. Kadang-kadang mereka lupa dengan cerita 'Arnab pernah ditewaskan oleh kura-kura di dalam lumba lari'.
Mereka juga mungkin sudah lupa bahawa senjata paling bahaya di dalam abad ini ialah senjata yang berupaya membunuh di dalam senyap. Ya, memang penulis AKIM seolah-olah tidak wujud di Permatang Pauh walaupun ahli partinya merupakan salah seorang calon di Permatang Pauh. Ingat politik sejuta kemungkinan dan mana tahu 'Juara Permatang Pauh' menjadi milik AKIM kerana itu mungkin kehendak Allah tuhan seru sekian alam.
Mungkin mereka lupa bahawa sebelum ini, Barisan Nasional telah dikejutkan dengan tsunami dasyat yang berjaya menumbangkan beberapa kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Semuanya berlaku dalam senyap, seolah virus senyap merebak dengan begitu pantas sekali. Apabila kita sebutkan tentang virus sudah tentu ia bakalan (meminjam perkataan indonesia) merebak dan virus tidak mengenali mangsa.
Oleh itu kepada BN dan PKR janganlah terlalu angkuh semasa berperang, bak kata orang 'orang tamak selalu rugi' jadi jangan memandang terlalu remeh terhadap AKIM. Sebelum pembaca tafsiran sendiri penulis bukanlah ahli AKIM dan bukan juga penyokong AKIM tetapi penulis merasa bertanggungjawab untuk mempertingati mereka yang lalai.
No comments:
Post a Comment