Hulurkan Sumbangan

Sunday, August 10, 2008

Mulakan Boikot Freddie Fernandez dan Karyawan







Kali ini penulis ingin berbicara soal isu-isu hiburan tanah air kerana sudah banyak kali penulis berbicara tentang isu-isu politik jadi apa salahnya kita tukar angin sekali-sekala, maklum sahajalah kalau selalu sangat berbicara tentang politik nanti terjeluak pula dengan isu politik yang tidak habis-habis itu.

Sepertimana mungkin sudah ramai tahu dengan isu Perang Presiden Karyawan Vs Mahkota. Mungkin juga ramai yang menonton rancangan Melodi pada hari ini yang menyiarkan komen-komen Freddie Fernandez terhadap Mahkota.

Daripada pemerhatian penulis komen-komen yang diberikan oleh Freddie tersebut sangat keterlaluan dan tidak ada lansung ciri-ciri menghormati orang yang lebih tua daripada beliau. Apa hak beliau untuk mengarahkan Kepimpinan Tertinggi Mahkota meletak jawatan sedangkan beliau tidak ada kaitan dengan Mahkota sebuah pertubuhan yang memelihara kebajikan seniman tersebut, malah penulis mendapati kritikan Fredie tersebut adalah satu penghinaan terhadap bangsa Melayu. Memandangkan Presiden Mahkota adalah Melayu.

Oleh yang demikian penulis berpendapat orang yang tidak menghormati orang yang lebih tua dan lebih-lebih lagi Bangsa Melayu hendaklah menerima hukuman yang sewajarnya. Penulis ingin memberi kata dua kepada Freddie minta maaf dengan kepimpinan tertinggi Mahkota atau kami akan pulaukan beliau dan semua artis-artis yang bernaung di bawah Karyawan.

Beliau sepatutnya lebih rasional di dalam mengendalikan isu Karyawan Vs Mahkota ini, namun penulis melihat tindakan beliau lebih kepada emosional. Jadi sekiranya tiada permohonan maaf dibuat oleh Freddie Fernandez dalam seminggu ini marilah bersama-sama kita memboikot semua artis-artis yang bernaung di bawah Karyawan, sekiranya ada konsert yang dihadiri Freddie kita tidak akan hadirinya sebagai tanda sokongan kita kepada Mahkota.

Dalam masa yang sama juga penulis ingin mempersoalkan tindakan TV3 melalui rancangan berbentuk Majalah Hiburan iaitu Melodi yang seolah-olah mengapi-apikan perperangan Karyawan vs Mahkota ini. Sepatutnya mereka menjadi pendamai bukanya mencurahkan minyak tanah ke dalam api.

Penulis berharap kepada peminat industri muzik tanah air dapat mengikut seruan penulis agar memboikot semua artis-artis di bawah karyawan dan juga Freddie sendiri selagi Freddie tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, jika Freddie tak mahu memohon maaf beliau boleh melangkah kaki keluar daripada negara ini, datang tidak berjemput, pulang pandai-pandailah sendiri.


No comments: