Blog Besut Lonih.com mendapat satu email daripada membaca yang mencadangkan agar kepimpinan Cacat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu dihentikan segera paling lewat semasa Pemilihan Agung UMNO Disember nanti.
Pembaca ini juga yang hanya mahu dikenali dengan nama Ibrahim, menuntut agar ahli-ahli UMNO memilih 'orang baru' bagi menggantikan kepimpinan UMNO sedia ada yang terselah kecacatanya, kecacatan itu makin terselah selepas kegagalan BN memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang dilangsungkan pada 26 Ogos 2008 yang lalu.
Pembaca itu membuat kesimpulan bahawa, penolakkan rakyat terhadap BN semasa Pilihan Raya Kecil tersebut adalah berpunca daripada ketuanya yang tidak betul beliau juga memberi contoh "Semasa kita menunggu Lampu Isyarat Merah bertukar menjadi hijau dan kita berada di belakang orang sewaktu itu, dan tiba-tiba orang yang berada di hadapan anda mengambil keputusan untuk melanggar lampu merah dan anda mungkin akan tergerak untuk melakukan perkara yang sama dan anda pun lakukan perkara yang sama akhirnya anda dilanggar kereta dan orang yang berada di depan anda selamat"
Beliau turut berkata "Sudah tiba masanya, ahli-ahli UMNO membuat keputusan untuk menukar kepimpinan tertingginya dengan seberapa segera agar UMNO tidak terus parah dan terus dipendam luka kecewa. Beliau juga berharap ketaksuban ahli-ahli UMNO terhadap Abdullah Ahmad Badawi perlu diberhentikan dengan seberapa segera.
No comments:
Post a Comment