Hulurkan Sumbangan

Sunday, August 3, 2008

Sebiji Pisang di Jepun, Setandan Pisang di Malaysia







"Sebiji Pisang di Jepun, Setandan Pisang di Malaysia" menjadi tajuk artikel penulis pada hari ini. Penulis memilih tajuk ini untuk memberi sedikit perthatian rakyat Malaysia terhadap pisang yang tidak kurang nilai komersialnya. Pisang juga boleh dijadikan buah yang dieksport sebagai menjana kewangan dan memberi impak ekonomi kepada negara kita.

'Pisang' di Malaysia kurang mendapat sambutan kerana kita boleh mendapatkan bekalan pisang daripada seluruh negara. Dah lah begitu, masyarakat Malaysia turut memandang rendah terhadap buah- yang berwarna kuning keemasan ini. Semakin ramai masyarakat Malaysia sudah melupai pisang dan jarang sangat memakanya dan lebih teruk lagi ada yang menganggap orang yang makan pisang ini berfikiran 'kolot' dan tidak sesuai dengan arus permodenan negara. Itulah hakikatnya 'setandan pisang di Malaysia'

Kita beralih pula kepada 'sebiji pisang di Jepun', sebenarnya sebiji pisang di Jepun harganya agak mahal, dan golongan bawahan tidak mampu untuk membeli walau sebiji sekalipun. Bagi mereka jika mereka dapat membeli sebiji pisang pun dah kira mewah pemakanan mereka. Namun bagi golongan atasan di Jepun memakan 'pisang' sudah menjadi kebiasaan sehinggakan pisang mendapat jolokkan 'makanan orang atasan'.

Penulis percaya ramai juga masyarakat di Malaysia 'melabelkan' pisang sebagai makanan orang atasan tetapi bukanlah sepertimana makanan orang atasan di Jepun ia lebih sebenarnya bermaksud makanan yang menjadi kegemaran binatang yang bergayut di atas pokok, oleh sebab itulah timbul 'jolokkan' 'makanan orang atasan' di Malaysia.

Sebenarnya Pisang boleh dikormesialkan menjadi bahan untuk eksport terutamanya di negara Jepun memandangkan, bekalan Pisang di Jepun kurang sedangkan kebanyakkan rakyat Jepun meminati memakan Pisang sepertimana rakyat Malaysia meminati memakan buah Epal ni negara kita yang tercinta ini.

Ubahlah sikap, cubalah buat perubahan.
Zemanta Pixie

No comments: