Hulurkan Sumbangan

Friday, May 22, 2009

TEKA TEKI KEDUDUKAN MB TERENGGANU AKAN TERJAWAB

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia







Pagi tadi kebetulan penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis pun pergi ke kedai surat khabar untuk membeli surat khabar. Hari ini Sinar Harian Edisi Terengganu menjadikan "Teka-teki Kedudukan MB Terengganu Akan Terjawab" sebagai tajuk utama akhbar itu. Tajuknya membuatkan penulis tertarik untuk membelinya.

Kedudukan MB Terengganu akan ditentukan tak berapa lama lagi itulah antara kandungan artikel tersebut. Ahmad Said dan Idris Jusoh turut hadir bersama dalam satu majlis menyelesaikan perpecahan UMNO Terengganu.

Penulis berharap pihak pucuk pimpinan UMNO dapat membuat keputusan yang sewajarnya bagi menyatukan semula UMNO Terengganu yang kini sudah berpecah demi kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional di Terengganu.

Pada pandangan penulis adalah lebih elok Ahmad Said dilucutkan dari jawatan Menteri Besar dan digantikan dengan individu lain yang lebih layak kerana punca perpecahan ini adalah Ahmad Said seperti mana dalam sebiji mangga ada bahagian buruknya, jadi kita hendaklah buang bahagian buruknya dan dapatlah kita makan buah mangga tersebut.
Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, May 21, 2009

Ahmad Said Punca Konsert Search Ditunda?






Celcom (M) Berhad telah membuat pengumuman bahawa Konsert Search Di Awan Biru yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei 2009 ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu akan ditunda kepada 29 Mei 2009 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, tempat masih kekal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah lagi.

Para pelanggan Celcom telah diberitahu oleh Celcom pelalui Khidmat Mesej Pesanan Ringkas (SMS), namun bukan pelanggan Celcom ada yang masih tidak mengetahuinya memandangkan buat masa ini Celcom hanya memberi pemberitahuan kepada pelanggan-pelangganya sahaja.

Persoalanya kenapa Konsert Search Di Awan Biru ini ditunda? Ada cakap-cakap dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa ianya berpunca daripada Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said.

Menurut sumber itu lagi, Konsert itu sengaja ditunda oleh Ahmad Said memandangakan Amy Search ketua kumpulan tersebut merupakan Ahli PAS dan tindakan itu adalah salah satu cara untuk Ahmad Said "Mensabotaj" kumpulan tersebut. Namun setakat ini belum dapat disahkan lagi kebenaran cakap-cakap ini. Kita tunggu dan lihat sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, May 19, 2009

Ahmad Said Perlu Terima Kenyataan !

kubur_maqamImage by bingregory via Flickr


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said perlu menerima kenyataan bahawa kepimpinan beliau telah ditolak oleh rakyat Terengganu. Sepatutnya beliau dengan rendah diri dan penuh hormat meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu kerana beliau memang sudah tidak diperlukan oleh rakyat Terengganu.

MB Terengganu itu perlulah berfikir secara rasional untuk apa lagi beliau terus menjadi MB Terengganu sedangkan rakyat Terengganu sudah menolak kepimpinan beliau untuk terus menjadi MB Terengganu, tambahan pula beliau pernah berjanji beliau akan redha sekiranya ditakdirkan beliau tidak lama menjadi MB, tetapi sekarang lain pula jadinya. Adakah cakap beliau hari itu sekadar bertanam tebu di pinggir bibir.

Ahmad Said tidak perlu menunggu dengan lebih lama lagi, segeralah meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu dan jadilah ADUN biasa sepertimana dulu, jangan tunggu dijatuhkan baru nak letak jawatan kerana pada masa itu Ahmad Said sendiri yang akan menanggung 'malu besar'.

Ahmad Said usahlah buat konspirasi lagi untuk mengekalkan kuasa sebagai MB Terengganu kerana sememangnya anda sudah tidak dihormati sebagai MB Terengganu oleh rakyat Terengganu. Jangan nanti sampai ada yang sanggup membaling telur tembelang kepada anda. Fikirlah masak-masak.

Terimalah kenyataan anda naik dengan cepat, anda turun pun dengan cepat, percayalah pada Qada' dan Qadar Allah s.w.t, usahlah membuat sebarang ugutan untuk mengekalkan kuasa kerana anda buat apa pun rakyat Terengganu tetap menolak kepimpinan beliau. Fikirlah sedalam-dalamnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, May 17, 2009

Rakyat Terengganu Tolak Ahmad Said !!!

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia


Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said merupakan menteri besar yang dibenci rakyat. Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar tidak ada apa yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh beliau yang ada hanyalah pembelian kereta mewah untuk kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Pada masa ini rakyat Terengganu masih menolak kepimpinan Ahmad Said kerana kata mereka "kami tak mahu Orang Pangan (Pangan membawa maksud orang hulu) jadi MB Kami".

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO membuat kenyataan bahawa Datuk Ahmad Said Kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Pada pandangan penulis Ahmad Said tidak sesuai dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu kerana beliau sudah ditolak oleh rakyat Terengganu.

Penulis ingin menasihati Tan Sri Muhyidin Yassin akar mengkaji semula kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu kerana dibimbangi sekiranya Ahmad Said dikekalkan menerajui negeri Terengganu berkemungkinan besar ia akan membawa "petaka" yang amat dasyat kepada Barisan Nasional Terengganu.

Tan Sri Muhyidin Yasin hendaklah peka dengan kehendak rakyat Terengganu, beliau adalah "orang luar" dan tidak layak untuk mencorakkan pentadbiran politik di negeri Terengganu kerana beliau tidak mengetahui keadaan semasa dan kehendak rakyat Terengganu. Adalah lebih baik jika Ahmad Said digugurkan dari menjadi Menteri Besar Terengganu.

Imej yang ditonjolkan oleh Ahmad Said sebelum menjadi Menteri Besar sebelum ini juga seolah-olah memberi peluang cerah kepada Pembangkang untuk "menjajah" Terengganu kembali dan dikhuatiri tragedi 1999 akan berulang lagi.

Berfikirlah dengan menggunakan akal fikiran yang waras demi menjaga kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional di Terengganu. Sekiranya kepimpinan Ahmad Said diteruskan besar kemungkinan BN akan tewas di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulama Atau Professional Jadi Pemimpin?

PAS panas memperdebatkan isu kepimpinan parti itu sama ada patut dipegang oleh golongan ‘ulama’ atau professional? Saya tidak berhasrat untuk memberikan pandangan kerana itu urusan ‘rumahtangga jiran’ yang tiada keperluan untuk campur tangan. Namun apabila ramai orang bertanya saya dalam bentuk soalan yang lebih luas; apakah menurut Islam hanya ulama sahaja yang boleh menjadi ketua negara? Jika itulah soalannya, saya rasa terpanggil untuk turut memberikan pandangan.

Saya masih ingat dalam satu temubual Akhbar Harakah dengan saya beberapa bulan lepas, saya telah menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Hampir semua yang saya jawab disiarkan, cuma beberapa jawaban saya tidak dikeluarkan. Antara jawapan saya yang tidak diterbitkan itu, saya menyebut: “Pemikiran politik Islam yang difahami oleh sesetengah para pejuang negara Islam itu sendiri perlukan perubahan atau tajdid. Kita tidak boleh terikat dengan konsep Darul Islam yang tulis oleh al-Imam al-Mawardi r.h dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah lagi.

Barangkali banyak isi kandungan buku tersebut sesuai untuk zaman Kerajaan Abbasiyyah yang ketika itu. Dengan menghormati kesarjanaan dan ketokohan al-Imam Al-Mawardi r.h, namun beliau dalam banyak hal menggambarkan sistem kerajaan pada zamannya, sedangkan konsep pentadbiran dan politik dalam Islam jauh lebih fleksibel dan luas dari apa yang digambarkan oleh al-Mawardi ketika itu…

Politik Islami tidak boleh lagi sekadar mengulangi apa yang disebut oleh al-Imam al-Mawardi r.h, nanti kita akan tersepit. Jika sesetengah tokoh agamawan yang memperjuangkan negara Islam tidak lebih terbuka, mereka akan menghadapi masalah, atau bercakaran sesama sendiri apabila tiba ke peringkat perlaksanaan Islam itu dalam alam realiti. Akhirnya, kelompok pembaharuan akan muncul di tengah-tengah mereka dan pergeseran akan berlaku. Maka tafsiran politik Islami itu sendiri perlu diluaskan”.

Ya, al-Imam al-Mawardi r.h dalam tulisannya menyebut syarat seorang khalifah mestilah memiliki ilmu yang memampukannya berijtihad dalam menyelesaikan keadaan dan hukum. Al-Mawardi juga menyebut bahawa khalifah mestilah berketurunan Quraish. Jika dilihat dari segi dalil, walaupun lojiknya ada, tetapi tiada nas yang mensyaratkan seseorang khalifah mesti mencapai ilmu ke peringkat ijtihad hukum.

Tetapi, ada hadis sahih yang menyebut: “Para imam itu daripada Quraish” (Riwayat Ahmad). Sehingga kata al-Mawardi: “Hendaklah imam (khalifah) itu berketurunan Quraish disebabkan ada nas yang menyebutnya dan telah berlaku ijmak (consensus)”. Ertinya, jika syarat-syarat al-Mawardi itu hendak dipegang, maka syarat Quraishlah yang mempunyai dalil hadis. Syarat-syarat lain hanyalah atas lojik yang kuat dalam urusan politik seperti sempurna pancaindera, kesihatan, pemikiran dan seumpamanya.

Menariknya, di Malaysia belum ada yang bertanya: apakah Perdana Menteri disyaratkan seorang yang berketurunan Quraish? Untuk pengetahuan, Ibn Khaldun dan beberapa sarjana lain mempunyai tafsiran yang berbeza dalam isu pensyaratan Quraish sebagai khalifah. Bukan di sini untuk saya bincangkan. Apa yang hendak saya sentuh, perlu keluasan pemikiran dalam menganalisa atau berpegang dengan teks-teks klasik yang sebahagiannya mempunyai keadaan yang berbeza.

Isu pemimpin negara mestilah ulama menjadi lebih rancak dibincang dalam dunia pemikiran apabila tercetusnya Revolusi Iran dan Khomeini memperkatakan tentang konsep Wilayah al-Faqih yang meletakkan faqih atau ulama sebagai pemimpin. Konsep itu mempunyai akar umbi kefahaman Syiah yang tersendiri, walaupun ia juga didebatkan di kalangan mereka. Gerakan-gerakan Islam yang wujud, sebahagiannya terpengaruh dengan perkembangan-perkembangan ini.

Di samping, pengalaman menunjukkan ramai pemerintah negara yang ‘bukan ulama’ dalam kalangan umat Islam telah gagal untuk berpegang dengan Islam, hingga ramai yang menyangka hendaklah ulama yang menjadi pemerintah. Padahal, penyelewengan yang berlaku dalam banyak keadaan bukan disebabkan latar pendidikan, tapi disebabkan oleh prinsip kehidupan yang dihayati oleh seseorang individu pemerintah itu sendiri. Dalam ertikata lain, jika pemerintah itu bukan ulama sekalipun, tetapi jika dia ingin menjadikan negara berpegang dengan prinsip-prinsip Islam, nescaya dia mampu melakukannya.

Ini kerana, dia boleh mendapatkan khidmat ulama dan nasihat mereka. Betapa ramai pemerintah yang bukan saintis tetapi berjaya menyuburkan perkembangan sains dan teknologi dalam negaranya. Sebaliknya, jika pemerintah itu lulusan pengajian Islam sekalipun, tetapi tiada hasrat meletakkan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam, maka maksud siasah islamiyyah tetap tidak akan tercapai.

Kemudian, apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kita siapakah ulama menurut kefahaman orangramai?. Apakah seseorang itu dianggap ulama hanya kerana dia berkelulusan pengajian Islam? Atau kerana dia memakai jubah dan serban? Atau kerana dia dipanggil ‘ustaz’?. Perkataan ulama berasal dari ‘ilmu’. Bermaksud seseorang yang menguasai ilmu. Jika ia dikaitkan dengan pengajian Islam membawa maksud seseorang yang menguasai ilmu dalam bidang pengajian Islam.

Bidang pengajian Islam itu pula luas; ada bab ibadah, muamalah, siasah, tazkiyah al-nafs dan lain-lain. Apakah jika seseorang yang hanya menguasai satu bidang sahaja sedangkan tidak kemahiran dalam siyasah atau politik, layak digelar ulama yang boleh memerintah? Al-Imam al-Mawardi sendiri meletakkan salah satu dari tujuh syarat khalifah mempunyai pemikiran yang memampukannya menguruskan politik dan kemaslahatan rakyat jelata. Jika dia bergelar ulama, tetapi ‘kontang’ dalam soal ini, dia tidak layak.

Saya berpendapat perbahasan; samada ulama atau professional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu. Apa yang penting kita hendaklah jelas; apakah yang kita kehendaki daripada pemerintahan dan politik? Yang menjadi tanggungjawab politik islami adalah keadilan dan kesejahteraan yang berdasarkan petunjuk wahyu.

Dalam melaksanakan maksud ini, hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.

Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).

Namun Khalid bin al-Walid r.a. sekalipun Nabi s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi s.a.w dibandingkan Khalid.

Al-Imam Ibn Taimiyyah dalam Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah menyebut: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Maka tanggungjawab umat Islam sekarang bukan membincangkan ‘ulama’ atau ‘professional’ yang layak memerintah, tetapi melihat tanggungjawab jawatan tersebut dalam kerangka politik hari ini dan siapakah yang paling sesuai atau paling berkesan dalam mencapai matlamat sebuah negara yang adil dan dirahmati Allah. Isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan rakyat.


Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, May 14, 2009

Penahanan Dr. Ramzi Satu Konspirasi?

Baru-baru ini Polis telah menahan Dr. Ramzi untuk membantu siasatan berhubung Kes Ugutan kepada 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu baru-baru ini.


Pihak Polis memperkatakan mereka mempunyai 'cukup bukti' untuk menahan dan mensabitkan Dr. Ramzi berhubung kes ugutan kepada 10 orang ADUN Terengganu tersebut. Penulis kurang faham sedikit berhubung penjelasan pihak polis yang mendakwa mereka mempunyai "bukti yang cukup" keterangan pihak Polis amat meragukan seolah-olah ada "tangan-tangan ghaib" yang mempengaruhi siasatan polis.

Bercakap mengenai Polis, penulis teringat satu insiden yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan dua tahun lepas iaitu tahun 2007 yang lalu. Satu Kes pergaduhan yang melibatkan kematian, di mana pesalah hanya dikenakan hukuman ringan kerana pesalah ada "orang dalam" di dalam IPD Kota Bharu.

Datuk Rosol Wahid, menjelaskan di dalam blognya bahawa beliau "yakin" Dr. Ramzi tidak terlibat dengan kes ugutan yang berlaku terhadapnya sambil mendakwa bahawa "Penangkapan Dr. Ramzi adalah satu konspirasi pihak tertentu untuk menyelamatkan kedudukan orang tertentu".

Penulis berpendapat pandangan Datuk Rosol mungkin ada asasnya sekiranya kita "mengambil pusing" apa yang berlaku di Kota Bharu tadi, konspirasi orang Besar sudah tentu mereka yang berkuasa dan ada "orang dalam" akan selamat sebaliknya yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan.

Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, May 12, 2009

POLIS TAHAN DR. RAMZI.....






Pihak Polis telah menahan Dr. Ramzi untuk membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap 10 orang ADUN TERENGGANU baru-baru ini. Dr. Ramzi dikaitkan dengan kes ugutan tersebut selepas POLIS melakukan siasatan.

Sebelum ini Polis telah memberi tempoh tiga hari kepada Dr. Ramzi untuk menyerah diri, namun Dr. Ramzi tidak menyerah diri sepertimana yang diminta oleh pihak Polis sebelum ini.

Setelah tempoh tiga hari yang diberikan polis tamat, akhir sekali Polis telah menahan Dr. Ramzi untuk membantu siasatan kes tersebut.

Friday, May 8, 2009

Idris Jusoh Terus Bekerja Keras.....






Mantan Menteri Besar Terengganu yang kini memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pusat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh (ADUN JERTEH). Walaupun beliau bukan lagi Menteri Besar Terengganu, namun ia tidak menjadikan ianya sebagai tiket untuk tidak bekerja keras.

Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh merupakan seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat "Workaholic" itu, Beliau yang turut dikenali dengan nama "Haji deris" di kalangan rakyat Tempatan nampaknya tidak patah semangat walaupun "konspirasi" untuk menjatuhkan beliau berjaya.

Hampir setiap hari jadual DS Idris Jusoh dipenuhi dengan jadual lawatan ke rumah-rumah rakyat yang dikategorikan sebagai Miskin Tegar dan Berpendapatan rendah di rumah-rumah yang berada di bawah naungan Dewan Undangan Negeri Jerteh tersebut.

Sifat Pemimpin Berjiwa Rakyat ternyata terselah di dalam hati sanubari "Datuk Seri Idris Jusoh", beliau juga lebih mesra dipanggil "Haji Deris" oleh rakyat yang berada di Dewan Undangan Negeri Jerteh itu.

Pemimpin-pemimpin lain hendaklah mencontohi "sifat kepimpinan" ditonjolkan oleh DS Idris jusoh tersebut, tambahan pula sekarang ini ada "Key Perfomances indicator (KPI)" boleh membantu dalam meningkatkan prestasi para ADUN.
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, May 6, 2009

Krisis Kepimpinan Terengganu Masih Belum Reda?






Benarkah Krisis Kepimpinan yang melanda negeri Terengganu baru-baru ini masih belum reda? Penulis terpanggil mengulas isu ini yang berlarutan hingga kini. Isu ini berbangkit kembali setelah ADUN AJIL iaitu Datuk Rosol Wahid membuat pendedahan di blognya {http://drosol.blogspot.com/}. Artikel yang bertajuk "Ikrar dan akibat" itu mendedahkan segala-galanya mengenai "krisis Kepimpinan Terengganu"

Datuk Rosol mendedahkan "Kepimpinan Kerajaan Negeri Sekarang" sedang mencari "Talian Hayat" untuk meneruskan kepimpinanya, di samping mengugut ADUN yang tidak sehaluan dengan "Fail BPR (Kini SPRM)", Alhamdullilah Datuk Rosol salah seorang ADUN yang bakal "dikenakan" dengan menggunakkan tersebut berikrar tidak akan takut dengan tindakan tersebut, Sikap "Berani Kerana Benar" ternyata terselah di hati Datuk Rosol.

Berkemungkinan besar, konspirasi terancang ini bakal memusnahkan "Bahtera Perjuangan" UMNO Terengganu khasnya dan BN Terengganu amnya. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri iaitu DS Hishamuddin Tun Hussein perlulah berbuat sesuatu agar perkara ini tidak menjadi semakin hangat menggoyahkan jentera BN Terengganu.

Kesinambungan Pemerintahan Barisan Nasional hendaklah diteruskan, rawatan segera perlu diberikan untuk membolehkan keududukan Barisan Nasional di Terengganu semakin kukuh dan utuh, tindakan drastik perlu dibuat bagi menyelamatkan keadaan "jika keadaan memerlukan kepada perubahan pucuk pimpinan negeri lakukan secepat mungkin sebelum darah bertukar menjadi nanah.

DS Hishamuddin perlu mengambil langkah radikal untuk mengembalikan semula keadaan sekarang kepada keadaan yang biasa. Kebijaksanaan DS Hishamuddin amatlah diperlukan di dalam keadaan sekarang ini demi kesinambungan pemerintahan BN Terengganu.




Reblog this post [with Zemanta]