Hulurkan Sumbangan

Sunday, May 17, 2009

Rakyat Terengganu Tolak Ahmad Said !!!

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia


Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said merupakan menteri besar yang dibenci rakyat. Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar tidak ada apa yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh beliau yang ada hanyalah pembelian kereta mewah untuk kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Pada masa ini rakyat Terengganu masih menolak kepimpinan Ahmad Said kerana kata mereka "kami tak mahu Orang Pangan (Pangan membawa maksud orang hulu) jadi MB Kami".

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO membuat kenyataan bahawa Datuk Ahmad Said Kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Pada pandangan penulis Ahmad Said tidak sesuai dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu kerana beliau sudah ditolak oleh rakyat Terengganu.

Penulis ingin menasihati Tan Sri Muhyidin Yassin akar mengkaji semula kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu kerana dibimbangi sekiranya Ahmad Said dikekalkan menerajui negeri Terengganu berkemungkinan besar ia akan membawa "petaka" yang amat dasyat kepada Barisan Nasional Terengganu.

Tan Sri Muhyidin Yasin hendaklah peka dengan kehendak rakyat Terengganu, beliau adalah "orang luar" dan tidak layak untuk mencorakkan pentadbiran politik di negeri Terengganu kerana beliau tidak mengetahui keadaan semasa dan kehendak rakyat Terengganu. Adalah lebih baik jika Ahmad Said digugurkan dari menjadi Menteri Besar Terengganu.

Imej yang ditonjolkan oleh Ahmad Said sebelum menjadi Menteri Besar sebelum ini juga seolah-olah memberi peluang cerah kepada Pembangkang untuk "menjajah" Terengganu kembali dan dikhuatiri tragedi 1999 akan berulang lagi.

Berfikirlah dengan menggunakan akal fikiran yang waras demi menjaga kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional di Terengganu. Sekiranya kepimpinan Ahmad Said diteruskan besar kemungkinan BN akan tewas di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Insan said...

Kami Rakyat Terengganu yang tulen dan sejati (tiada cakap loghat Kelante) dengan ini sesungguh hati menolak Orang BARAK (yang jahat), saya ulangi menolak BARAK (yang jahat)