Hulurkan Sumbangan

Saturday, June 28, 2008

Rakyat Besut Bantah Forum Kontrak Sosial Majlis Peguam





Besut Lonih.com ada menerima satu email daripada seorang rakyat Besut yang bernama Mohd Kamaruddin yang menyatakan bantahan terhadap Forum yang akan membincangkan "Kontrak Sosial" yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam tidak lama lagi.

Di dalam email yang dihantar kepada Besut Lonih.com itu, juga melontarkan pertanyaan kenapa Majlis Peguam sibuk sangat nak membincangkan isu yang melibatkan kontrak sosial ini. Kenapa perlu kita membincangkan lagi isu yang berkaitan dengan kontrak sosial ini. Sedangkan ia sudah termaktub di dalam perlembagaan dan tidak perlulah kita mempersoalkanya lagi.

Penulis email itu juga mempersoalkan kenapa Majlis Peguam tidak menumpukan tugasnya sebagai peguam daripada mencampuri urusan-urusan Politik. Sedangkan masih banyak isu-isu yang timbul di kalangan peguam yang masih belum diselesaikan tetapi sibuk pula nak selesai isu nasional, di samping itu, penulis email tersebut memberi amaran kepada Majlis Peguam agar tidak bermain ai dengan mengadakan Forum yang membincangkan 'kontrak sosial' atau yang lebih tepat lagi hak istimewa Melayu.

Pengirim email itu berkata dia dan rakyat Besut yang lain akan membantah sekeras-kerasnya penganjuran forum yang membincangkan 'kontrak sosial' tersebut, Beliau juga meminta agar Majlis Peguam perlulah berfikir di dalam membuat sesuatu.

Friday, June 27, 2008

Tun Dr. Mahathir Oppinion About Current Issue




VOTE OF (NO) CONFIDENCE

As expected Barisan Nasional Members of Parliament supported the motion on the removal of subsidy for petroleum. Obviously the whip had been used. Only one Sabah MP expressed his unhappiness at the short notice given for tabling this motion. Yet every MP knows that the price of petrol is a big burden for the people.

On Monday June 23rd, the public expected to hear about a motion of no confidence against Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi by the Sabah Progressive Party. I had predicted that it would not happen as the Speaker would disallow it.

But it was the SAPP that decided not to table it. Its MPs were recalled to Sabah amidst talks of threats being made against them.

The "vote of confidence" by BN MPs over the oil subsidy is, as the opposition pointed out, not necessary at all. The deed is already done and debate would be superfluous.

The Prime Minister was happily smiling over this theatrical show but I think once again the Government has failed to appreciate the displeasure of the public. The vote of confidence means nothing to people who are now facing increase in prices of everything as a result of the withdrawal of subsidy. It will only alienate more people against the Government. If a referendum is held today the Government would lose.

*****

BLO(G)CKED

Having muzzled their own supporters, BN is now trying to prevent the Press from being present in Parliament to hear debates and meet MPs. Why BN should bother doing this is a mystery. Already the press is being directed by a "Supremo" on what to report and how to report it.

Maybe it is because among the pressmen there were bloggers. The Supremo is still unable to direct the bloggers on what they should say and how they should say it.

Incidentally my blog www.chedet.com had been locked. I am told that the robot responsible for keeping spam out mistakenly decided that my blog was spam.

I am not blaming the robot of course. It is a preview of the future when we will be controlled by robots.

But the Abdullah Badawi Government must be delighted over the locking out of my blog.

Now I have to find other ways of overcoming robots.

*****

ABDULLAH'S UMNO

Instructions have gone out for aspiring candidates in the UMNO elections not to attend feasts, tahlil or weddings and not to use their staff for campaigning for the UMNO election.

Subsequently they were told that they can attend these functions but they cannot give speeches etc. Its flip-flop as usual.

But what is very strange is that the President of UMNO who has indicated that he would be contesting the President's post in December has been carrying out a vigorous campaign for support for his Government and leadership. He has met all divisional heads and presently he is bringing branch leaders to Kuala Lumpur, paying for their travels and hotel, talking to them and it is believed giving them pocket money and "kain pelikat".

There are 18,000 branches in UMNO. He has not seen all of them yet. Does the ban on campaigning apply to him as well? I think not.

A peculiar aspect of his campaign is that the meetings are held behind closed doors.

How come the President is allowed to campaign so strongly while others cannot? Surely the new ban would work in favour of Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. But then Dato Seri Abdullah is no ordinary member. He is UMNO and UMNO is his, a personal possession.

*****

NGV

Untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak, ada yang bercadang untuk guna gas.

Harga murah sekarang kerana Petronas dipaksa oleh Kerajaan untuk menjual dengan harga yang rendah menanggung rugi.

Sebab itu hanya Petronas sahaja yang jual gas, itu pun disebilangan kecil daripada stesen Petronas.

Syarikat minyak swasta yang lain tidak jual gas sama sekali.

Harga gas Petronas sudah dinaikkan tetapi bekalan tidak mencukupi.

Kerajaan harus jelas dasar dan harga gas supaya pemilik kereta tidak membazir wang untuk pasang alat untuk guna gas.

*****

LANGKAWI

I was in Langkawi recently. The island is getting a lot of funds for its development.

I don't know whether it would enhance the attractiveness of Langkawi to have high-speed expressways. The Kuah to airport road has been widened and straightened. In the process 20 year-old teak tress have been chopped down. Some effort was made to replant. Not very successful I think.

Now the 10K road north from Kuah to Ayer Hangat is being widened into a four-lane expressway.

Time to drive from end to end will be reduced from 10-minutes to four-minutes.

I drove along the road. There were hardly any cars (perhaps it is the oil price hike). The teak trees lining the road are about 25 years old. They are flowering and stately. They must be chopped down so we can reach Ayer Hangat in four-minutes.

As the adviser to the Langkawi Island Development Authority (LADA) I may not advise.

Why is it that I feel we have gone back to the great days of the Colonial era?

Thursday, June 26, 2008

Pengalaman Menaiki Basikal!





Ekoran kenaikkan harga minyak baru-baru ini ada cadangan supaya rakyat Malaysia menggunakan basikal pergi ke tempat kerja atau tempat-tempat yang tidak memerlukan menggunakan kereta. Penulis juga telah mencuba untuk menaiki basikal walaupum sudah lama penulis meninggalkan karier sebagai seorang pengayuh basikal. Penulis mencuba menaiki basikal ini bukanlah kerana hendak menjimatkan minyak tetapi untuk menambahkan stamina badan dan secara tidak langsung ia merupakan senaman yang sangat sesuai dengan penulis yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk beriadah ini. Malah ada kajian saintifik yang telah dibuat pembakaran kalori di dalam tubuh lebih cepat semasa mengayuh basikal daripada berjalan kaki.

Namun, tidak semestinya penulis menaiki basikal ini adalah untuk menyokong tindakan kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak yang boleh disifatkan melampau itu. Sama sekali sekali penulis tidak bersetuju dengan kenaikkan itu kerana ia akan memberi kesan yang negatif malah bakal mengundang peningkatan kes jenayah kerana ramai orang yang akan mengalami "sindrom kekurangan wang ringgit". Di masa mereka 'tertekan' kerana kesuntukkan wang ringgit mereka akan memilih jalan yang singkat untuk mengubati 'sindrom' yang mereka hadapi dan ia tidak akan kenal adakah ubat yang digunakan itu haram atau halal, yang penting mereka dapat 'ubat' itu agar dapat meneruskan perjuangan hidupnya. Jadi kenaikkan harga minyak sudah tentu mereka tidak ada jalan lain selain menggunakan 'ubat' haram.

Berbalik kepada pengalaman penulis menaiki basikal dalam beberapa hari yang lalu dan penulis telah menjadikanya sebagai salah satu amalan harian penulis, sebagai contoh penulis telah mengayuh basikal untuk pergi berbual di kedai kopi bersama-sama rakan penulis dan apa yang penulis dapat rasakan perubahan pada badan penulis mendapati ada kelainan kerana sekarang ini badan penulis terasa cergasnya dan kesihatan penulis pun bertambah baik.

Bagi sesiapa yang belum mencuba menaiki basikal, bolehlah mencubanya tetapi ingat anda naik basikal bukan kerana harga minyak naik tetapi untuk menjadikan badan anda sihat, segar dan cergas dan boleh menjadi aktiviti bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Jagalah kesihatan anda dengan baik kerana ianya adalah amanah Allah tuhan seru sekian alam untuk anda semua.

Mufti Perlis: Saya Bukan Ulama Kakak Tua !



PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Menurut Dr Asri, kehadiran beliau dalam forum majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mendapat sambutan hangat semalam, tidak ada kena mengena dengan fahaman politik ataupun penyertaan beliau dalam PKR.

“Itu tanggungjawab saya. Kalau orang Umno panggilpun saya pergi. Sebagai Mufti saya tidak boleh berpolitik dan berpihak pada mana-mana parti politik. A Mufti should be non-partisan. Saya perlu bebas menyatakan kebenaran dan fakta tentang Islam tanpa mengira fahaman politik atau di mana majlispun saya berada,” katanya.

Dr Asri juga menyangkal dakwaan yang beliau menentang kerajaan pusat.

“Apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti.

“Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik,” katanya.

Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

“Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?

“Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam.

“Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu,” jelasnya.

“Kita perlu bersifat objektif kerana kita bukan malaikat yang boleh membuat pemilihan mutlak di atas kebenaran. Ada kalanya boleh jadi betul satu perkara tetapi salah di masa yang lain. Kebenaran boleh menjelma dalam berbagai wajah,” katanya.

Katanya, sudah sampai masanya kita mengajar rakyat berfikir secara objektif.

“Rakyat perlu bercakap dengan terbuka dan bebas dari cengkaman fikiran yang mengongkong. Rakyat perlu bebas berfikir tanpa dipaksa dan dikongkong dan membuat penilaian berdasarkan facts and figures. Itu baru dinamakan kebebasan,” jelasnya.

Kata Dr Asri lagi, ulama atau Mufti bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka juga seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.

Namun begitu, walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

“Mereka juga boleh menjadi kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang,” jelas Mufti itu lagi.

Kata beliau lagi, peranan Mufti adalah menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya.

“Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

“Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Dan saya bukan ulama ‘kakak tua,’ katanya.

Bagi Dr Asri, menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

“Kita memerlukan ilmuwan yang mempunyai semangat seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a.. Di zaman Ibn Taimiyyah ketika rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan menulis dan menyebarkan fitnah memburukkan Ibn Taimiyyah.

“Tujuan untuk menutup kelemahan dan menjaga kepentingan sendiri. Dan selepas zaman Ibn Taimiyyah, gelagat ulama jenis ini tetap sama. Ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran,” katanya.

Tegasnya lagi, jika ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir.

“Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja,” kata Dr Asri.

Di petik dari:

http://drmaza.com

sumber asal

m-star online

Monday, June 23, 2008

Debaran Isnin 23 Jun 2008 Tamat, Debaran 14 Hari Bermula





Debaran Isnin 23 Jun 2008 penulis kira sudah tamat kerana setakat ini belum ada lagi usul tidak percaya yang dikemukakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun sidang Parlimen masih berbaki beberapa jam, namun penulis kira tiada usul tidak percaya akan diusulkan hari ini.

Namun tidak semestinya isu usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan menemui titik penamatan pada hari ini kerana usul tidak percaya itu mungkin akan diusulkan juga pada 14 hari yang akan datang. Selepas debaran Isnin 23 Jun 2008 sudah pastinya kita menanti debaran 14 hari yang bakal mendatang daripada sekarang.

Namun tidak semestinya akan ada usul tidak percaya pada 14 hari akan datang tetapi penulis tidak menafikan kebarangkalian itu ada dan tidak semestinya usul tidak percaya tidak diusulkan dalam 14 hari yang bakal mendatang.

Namun penulis berharap agar semua akan menanti dengan penuh sabar 14 hari yang bakal mendatang itu, kalau untung batu tenggelam, untung sabut timbul, semoga 14 hari yang bakal mendatang tidak akan memberikan 'kejutan' kepada kita semua.

100 Hari Pakatan Rakyat - Apa yang diraikan?





KETIKA diminta komen tentang sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, Dr Asri berkata beliau sendiri bukan merupakan penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Walaupun beliau diminta menjadi panelis untuk Wacana Perdana ‘100 Hari Pakatan Rakyat’ pada esok malam di Lundang, Kota Bharu bersama Saifuddin Nasution dan Dr And Aziz Bari, Dr Asri berkata, “apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti.”

“Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik,” katanya.

Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

“Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?. Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam. Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu,” jelasnya.

Menurut Dr Asri, beliau cuma memberi pandangan yang berbeza dan objektif.

“Kita perlu bersifat objektif kerana kita bukan malaikat yang boleh membuat pemilihan mutlak di atas kebenaran. Ada kalanya boleh jadi betul satu perkara tetapi salah di masa yang lain. Kebenaran boleh menjelma dalam berbagai wajah,” katanya.

Katanya, sudah sampai masanya kita mengajar rakyat berfikir secara objektif.

“Rakyat perlu bercakap dengan terbuka dan bebas dari cengkaman fikiran yang mengongkong. Rakyat perlu bebas berfikir tanpa dipaksa dan dikongkong berdasarkan facts and figures. Itu baru dinamakan kebebasan,” jelasnya.

Tentang sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, Dr Asri berkata, “Apakah yang diraikan sepanjang 100 hari itu?”

“Apakah meraikan kerana kerusi politik telah bertukar orang? Atau meraikan kerana hak rakyat telah dikembalikan? Atau keadilan dan kemakmuran rakyat telah disebarkan? Jika ianya sekadar upacara yang hendak diraikan, tidak ada makna,” ulas beliau.

Begitu juga dengan konsert yang dicadangkan. Bagi Dr Asri, memadailah duit yang hendak dibazirkan untuk konsert itu diagihkan kepada orang miskin kerana cara itu lebih bermanafaat.

“Walau apapun, kerajaan kena telus dan bertindak untuk kepentingan rakyat,” kata Dr Asri.

dipetik dari:

http://drmaza.com

sumber asal:

mstar online

Sunday, June 22, 2008

100 Hari Bulan Madu Sudah Tamat


Kerajaan-kerajaan negeri yang diketuai oleh parti pemerintah baru telah menyambut 100 hari kemenangan mereka beberapa hari lepas dan maknanya ialah 100 hari tempoh bulan madu sudah tamat dan tiada lagi istilah 'nanti dulu' ataupun 'kami masih baru' kerana tempoh bulan madu sudah tamat dan masanya telah tiba untuk bekerja keras dan melaksanakan apa yang dijanjikan oleh manifesto parti masing-masing.

100 hari telah berlalu, apa sumbangan mereka kepada pengundi-pengundi mereka yang secara sengaja mengundi dan secara tidak sengaja mengundi mereka. Mereka perlu ingat pengundi mereka bukanya datang daripada pengundi yang sengaja mengundi mereka iaitu ahli parti mereka dan juga pengundi yang tidak sengaja mengundi mereka iaitu bukan ahli parti mereka.

Mereka perlu mengambil hati kedua-kedua kelompok ini kerana sekiranya mereka hanya mengambil hati satu kelompok sahaja iaitu orang yang sengaja mengundi mereka besar kemungkinan mereka akan menerima nasib seperti PAS di Terengganu yang sampai ke hari ini mereka masih gagal memikat hati rakyat Terengganu selepas kalah pada Pilihan Raya Umum 11 pada tahun 2004 semuanya gara-gara kerana PAS mementingkan satu pihak iaitu pihak yang mengundi mereka secara sengaja dan tidak mempedulikan pihak yang mengundi mereka secara tidak sengaja dan pihak ini disisihkan oleh pemerintahan PAS sewaktu itu. Hasilnya sampai sekarang PAS masih tidak mampu menawan semula hati rakyat Terengganu.

Penulis berharap di dalam menghadapi 100 hari yang bakal mendatang kerajaan-kerajaan negeri baru yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah negeri. Tunaikanlah janji-janji manifesto anda dan jangan nanti lagu 'janji manismu' nyanyian Aishah terus diputarkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

100 hari tempoh bulan madu untuk kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional juga telah selesai, adalah tidak adil jika penulis meletakkan tempoh 100 hari bulan madu yang sudah tamat ini kepada Pakatan Rakyat sahaja kerana Kerajaan Negeri yang berada di bawah BN juga perlu berkhidmat dengan lebih efisien lagi, tunaikan janji yang telah dicatatkan di bawah manifesto BN yang berbunyi "Selamat, Aman dan Makmur" itu, ingatlah rakyat sentiasa menghakimi anda. Kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN hendaklah berusaha meringankan beban rakyat selepas kenaikkan harga petrol dan dieset yang sememangnya membebankan itu.

Akhir kalam, semoga semua kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan akan bertugas dengan lebih tegas, efisien, adil dan saksama dan pastikan setiap keputusan hendaklah berpaksikan rakyat.

Saturday, June 21, 2008

Rakyat Besut Cadang Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir berkongsi pentas di Besut


Besut Lonih mendapat satu email daripada seorang pengunjung yang menggunakan nama Mohd Adib, di dalam email tersebut beliau mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan mantan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk berkongsi pentas di daerah Besut, Terengganu.

Katanya lagi kepada Besut Lonih melalui email tersebut, "saya dan rakyat Besut yang lain sudah lama menanti agar Ayahnda Tun Dr. Mahathir Mohammad dan juga patik memohon YBM Tan Sri Tengku untuk datang dan membuat majlis dalam satu pentas kerana ia akan memudahkan kami dan menjimatkan masa, kami juga ternanti-nanti bilakah Ayahnda Tun dan Tan Sri Tengku dapat datang ke daerah kami agar dapat patik mendengar amanat Tan Sri Tengku dan kami juga dapat mendengar amanat Ayahnda Tun Dr. Mahathir di dalam satu-satu masa jadi boleh diibaratkan serampang dua mata".

"Kami rakyat Besut mengalu-alukan kedatangan Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad dan juga Patik mengalulukan kedatang Tan Sri Tengku ke daerah kami dan kami juga mahukan perubahan jadi kami berharap agar kedua-dua tokoh yang kami sebut sudi datang ke daerah kami" tambahnya lagi.

Pengirim email tersebut mengakhiri emailnya dengan cadangan supaya Besut Lonih menjadi penganjur kepada program yang akan mempertemukan kedua orang negarawan ini. Besut Lonih sememangnya bercadang untuk menganjurkan program seumpama ini tetapi oleh kerana sumber kewangan Besut Lonih yang begitu terhad buat masa ini menyukarkan Besut Lonih untuk mengadakan program seumpama itu. Namun Besut Lonih sedia menjadi penganjur sekiranya ada pihak yang sudi menaja program tersebut.

Rakyat Terengganu Akan Menuntut 35% Royalti Minyak


Beberapa hari lalu timbul isu apabila Presiden SAPP akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ada juga yang mengatakan SAPP akan meninggalkan Barisan Nasional sebuah parti yang menaungi SAPP.

Apa yang menarik SAPP telah membuat tuntuntan supaya Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% kepada Sabah. Besut Lonih cuba mengambil maklum balas rakyat Terengganu dan Besut berhubung tuntutan SAPP untuk meminta untuk Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% pada Sabah. Mengikut maklumat yang Besut Lonih terima, khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku 'mastermind' Pakatan Rakyat pernah menawarkan Royalti minyak 20% kepada Sabah jadi ianya menampakkan ada persamaan tuntutan SAPP dengan tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan Ahli Parlimen BN Sabah berhijrah itu ada dan kemungkinan BN yang ada pada hari ini bertukar menjadi pembangkang juga ada.

Oleh sebab itu, memandangkan Terengganu juga merupakan negeri pengeluar minyak, Besut Lonih cuba mengambil pendapat orang-ramai mengenai Royalti 20% yang dintuntut oleh SAPP dan ditawar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Mohd Fakhrul Razi seorang penjawat awam ditemubual oleh Besut Lonih mengatakan "Kalau Sabah dapat 20% Royalti, sepatutnya Terengganu boleh dapat 35% royalti" tambahnya lagi "Terengganu sudah berapa tahun tak dapat royalti jadi wajar Terengganu mendapat 35% royalti"

Manakala, Tengku Mohd Syura seorang peniaga daripada Terengganu pula semasa ditemubual berkata "Terengganu memang wajar dapat lebih royalti, saya juga ingin menegaskan di sini saya sebagai rakyat Terengganu saya akan pastikan sekiranya Sabah mendapat 20% Royalti minyak kami juga mendapat paling kurang 30% Royalti minyak dan saya juga akan meminta kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan agar mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara" agar kami mendapat hak kami.

Disamping itu, seorang Pesara Kerajaan Rosdi Ali menegaskan bahawa "Sekiranya tawaran royalti 20% Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima oleh BN Sabah dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan beliau akan berjuang bermatian-matian agar Terengganu akan mendapat 35% royalti minyak dan sekiranya Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memberikan hak kami, kami akan pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang untuk berceramah di Terengganu, kalau ada telur tembelang kami pasti lemparkan ke arahnya barangkali dan mungkin juga mengistiharkan keluar daripada Malaysia.

Itulah diantara temubual yang sempat dirakamkan oleh Besut Lonih untuk menjadi rujukan pengunjung Besut Lonih.com ini.

Thursday, June 19, 2008

Pengerusi JKKK PPRT Kg. Pengkalan Nyireh amal Diskriminasi?


BesutLonih mendapat maklumat daripada pembaca yang hanya mahu dikenali dengan nama Mamat yang mendakwa Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung di Program Penempatan Rakyat Termiskin Kampung Pengkalan Nyireh mengamalkan Diskriminasi.

Apa yang menarik Mamat mendakwa dia juga adalah penyokong setia Barisan Nasional tetapi selalu dipingirkan oleh Pengerusi JKKK PPRT kampung itu. Menurutnya lagi, Pengerusi JKKK tersebut tidak menyukai beliau dan juga keluarga beliau sejak dari dulu lagi.

Oleh sebab yang demikian, beliau gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh Pengerusi JKKK tersebut dan sekiranya ada bantuan daripada Kerajaan Negeri beliau sentiasa disisihkan. Menurutnya lagi, terbaru beliau ingin memohon bantuan Motosikal Roda Tiga untuk menjalankan perniagaan tetapi permohonan beliau tidak dihiraukan oleh Pengerusi JKKK tersebut.

Oleh yang demikian, Mamat berharap Kerajaan Negeri segera mengambil tindakan ke atas Pengerusi JKKK tersebut kerana ia telah menyebabkan JKKK yang sepatutnya menjadi Duta kepada Kerajaan menjadi 'kudis buta' kepada Kerajaan.

Dalam masa yang sama, Mamat menegaskan beliau menyalahkan Kerajaan tetapi menyalahkan Pengerusi JKKK tersebut yang menyalahgunakan kuasa dan memberi imej yang tidak elok kepada Kerajaan Negeri.

Mamat juga turut menegaskan, dulu semasa Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar saya tidak bimbang kerana jika saya disisihkan daripada bantuan saya akan terus berjumpa dengan Datuk Seri Idris Jusoh dan saya akan dapat bantuan, tetapi sekarang saya mana mampu nak berjumpa dengan Datuk Ahmad Said.

Beliau berharap kerajaan perlu bertindak segera "sebelum luka bertukar menjadi nanah" dan berharap agar JKKK tidak akan lagi menyalahgunakan kuasa.

Apabila Ulamak Disifatkan Sebagai Anjing


Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.

Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mee’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’.

Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.

Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.

Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.

Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.

Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’.

Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.

Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.

Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.

Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi s.a.w mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.

Menanti Debaran Isnin 23 Jun 2008 !


Beberapa hari lalu Mantan Naib Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan nama "Ku Li" telah mengatakan bahawa ada parti komponen Barisan Nasional (BN) dari sabah akan meninggalkan BN, namun amaran itu tidak dipedulikan oleh Presiden UMNO yang juga Presiden BN malah ada pembodek-pembodek Datuk Seri Abdullah menyelar Ku Li.

Namun amaran Ku Li akhirnya terbukti sahih apabila Presiden SAPP akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada hari isnin ini 23 Jun 2008. Tindakan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee benar-benar membuat Datuk Seri Abdullah atau Pak Lah ini 'gelisah' bagai kera kena belacan. Hari ini TV3 menerusi Buletin 1.30 melaporkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membicangkan isu SAPP tersebut dan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka mengusulkan SAPP dipecat daripada Barisan Nasional.

HUKUMAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Mengikut Teori Ketingkahlakuan (Behaviorism), sememangnya ada dua cara untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tingkah laku. Pertama sekali ialah ganjaran iaitu 'Reward' dan yang Kedua ialah Hukuman atau 'Punishment, tindakan untuk memecat SAPP boleh dikatakan tindakan "Punishment" mengikut Teori Ketingkahlakuan. Pada pandangan penulis pendekatan "Punishment" sudah tidak sesuai pada zaman ini. Penulis ingin memberi contoh berdasarkan realiti pelajar sekolah hari ini, Jika seseorang guru di sesebuah sekolah menggunakan pendekatan "Punishment" pada hari ini, maka pelajar ini akan cuba mempengaruhi ibu-bapa mereka untuk turut membuat pendekatan "punishment" terhadap guru tersebut ini terbukti apabila semakin ramai ibu-bapa yang ingin menyaman guru sedangkan ianya tidak berlaku pada suatu masa dahulu. Pendekatan "punishment" ini juga sudah menjadikan pelajar itu gemar melakukan kesalahan. Jadi tindakan hukuman kepada SAPP adalah tidak sesuai dengan zaman sekarang.

Pendekatan "Reward" hendaklah diberi perhatian oleh Presiden BN merangkap Perdana Menteri kerana cara ini tentu akan memberikan peluang kedua kepada BN. Pertama sekali BN Perlu bertanya dahulu punca SAPP bertindak untuk mengusulkan undi tidak percaya dan kalau boleh selesaikan sebab-sebab mereka mahu mengusulkan undi tidak percaya dan kedua sebagai ganjaran atau "Reward" berikan apa sahaja keperluan yang mereka sepatutnya dapat.

Tindakan menghukum bukan dapat menyelesaikan masalah malahan bakal menambahkan menambahkan lagi masalah bersesuaian dengan realiti "orang yang berasal di negeri yang sama akan menyokong tindakan orang yang berasal daripada negeri yang sama juga" jadi tidak mustahil sekiranya 'Orang Sabah' dipecat sudah tentu ada kemungkinan "Orang Sabah" juga akan memecat dirinya sendiri daripada BN.

Sebagai Pemimpin di dalam membuat keputusan perlulah berfikir sebelum bertindak bukanya bertindak sebelum berfikir. Teringat penulis kepada satu Falsafah "Semalam adalah sejarah, hari ini adalah hadiah dan masa depan masih misteri". Samalah dengan situasi sekarang ini semalam sememangnya sudah berlaku, tindakan SAPP untuk mengusulkan undi tidak percaya adalah hadiah dan adakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang akan tersungkur ianya masih menjadi misteri.

Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly

Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly

Looks like those who want to answer my charges are short of ideas.

All they can say is that I am a racist and I was worse than the present Prime Minister.

Now Dato Seri S. Samy Vellu has joined Karpal Singh and Param Cumaraswamy in calling me racist.

These three characters want the Government to free the Hindraf leaders from detention under the Internal Security Act.

They must know that Hindraf represents Tamil racists who still look to their old masters, the British, to protect them. They don’t believe in Malaysian institutions.

And they speak not just of Indians but of Tamils as a separate race. They and their apologists are racist to the core.

Seeing the death and destruction inflicted on Sri Lanka by the Tamil Tigers, they threaten to bring this kind of violent racial politics to Malaysia.

In sympathising with Hindraf, Samy exposes his deep racist sentiments.

He insisted that he was the only leader of the Indians.

He refused to allow other Indian political parties to join the Barisan Nasional. His arrogance was unbearable. The defeat of the Malaysian Indian Congress (MIC) is entirely because of him.

I will follow this with extracts of what Samy Vellu said when I was Prime Minister. You can then judge what kind of Indian the Indians have as their leader.

Wednesday, June 18, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Ian Chin’s Great Revelation

Dr Mahathir Mohamad: Ian Chin’s Great Revelation

1. I have not commented earlier on Justice Dato Ian Chin's (Chin J) exposé about my misdeeds because I needed time to recall events which happened more than a decade ago and to find documents which may give credibility to my explanations.

2. I am grateful that some judges and ex-judges have refuted what Chin J said about my threatening judges. The Singapore Straits Times (not my favourite paper) seems more willing than Malaysian papers to report how Chin J's colleagues were stunned by his statements.

3. One Court of Appeal judge told the Straits Times, “I asked my brother judge who was on the bench with me this morning whether he remembered the incident, and he asked me the same”. Neither of them did. Nor did retired senior judges Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, Tan Sri Lamin Yunus and Datuk Shaik Daud Ismail, who were quoted in the New Straits Times.

4. About the “thinly veiled threat” to remove judges, the Straits Times reported “Several judges have since disputed his version of the event”.

5. Those contacted by the Straits Times “did not remember him (the ex-PM) issuing a threat to sack judges who did not take his view”.

6. A serving judge who was present at the conference said: “There was nothing like that at all. It would have been so shocking that I would have remembered it”.

7. It seems that except for Chin J, no one else heard the threat. I attended only one judges conference and I remember I talked on two subjects:

1) The mandatory death sentence on drug traffickers
2) Litigation

I explained the need to deter drug trafficking through the most severe punishment. There were more than 200,000 addicts in Malaysia. They were practically the living dead and indeed many died prematurely. They were involved in drug related crimes, including murder, rape and even matricide. Malaysia needed to reduce drug addiction but judges were reluctant to pronounce the death penalty. That was why it was made mandatory.

8. On litigation, I talked about the situation in America where huge sums were awarded by judges, including for alleged malpraxis and negligence on the part of doctors.

9. As a result doctors would order costly laboratory and other tests to avoid accusation by claimant’s lawyers that they neglected to give the best service to the patients. To cover all these tests, medical charges are very high in America and the poor cannot pay.

10. Insurance premiums for doctors are also very high and the patients may be bankrupted by high medical fees. I did not want this to happen in Malaysia.

11. At no time did I issue any threat against the judges.

12. As for the boot camp, our military forces may have it. But what we did have were courses on “Tata Negara” or “National Creed” at work camps.

13. At such courses the speakers try to explain Malaysia’s political system with particular reference to the BN concept, ethics and moral values and democracy in Malaysia.

14. Participants included civil servants, corporate leaders, politicians and university staff. I suppose judges also attended.

15. For three to five days the participants stayed at the camps and followed certain programs. This included getting up very early in the morning (for prayers for Muslims), physical exercises and many hours of lectures. One of the chores was to wash your own dirty plates after a simple meal. When I gave talks at these work camps I too wash my dirty dishes. It was part of leadership by example.

16. Thousands of people from all walks of life attended these work camps. There were hardly any complaints.

17. I was told by a judge who was in the same batch as Chin J that he absconded before the course was over. Perhaps he did not like getting up early and washing his own dirty plates.

18. The course clearly did not have a positive effect on him.

19. I am disgusted with Dato Zaid Ibrahim, Dato Ambiga Sreenivasan and Karpal Singh who immediately assumed that Chin J was telling the truth. Zaid even went so far as to say this is normal, as if I threatened judges all the time.

20. I will be writing a little more on Ian Chin J so that the public will become more acquainted with him. Suffice for me to say for the present that Chin J has a police report against him for hiding his past when hearing a certain case.

21. The public can then pass judgement on me. But of course if I have to be charged by Karpal Singh, the ardent supporter of Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, that is fine. The world will then know what kind of Government we have.

Kenaikan Harga Minyak Beri Tekanan Kepada Rakyat Besut


Kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini memang memperi impak negatif kepada ekonomi rakyat Besut, terutamanya peniaga. Besut Lonih telah membuat beberapa tinjauan ke beberapa pengusaha kedai makan dan kedai runcit sekitar daerah Besut untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kesan kenaikkan harga minyak terhadap rakyat Besut.

Pertama sekali Besut Lonih membuat tinjauan di Kedai Makan Premis MDB Kota Putra di Pasar Awam Kota Putra, di mana disini letaknya lapan kedai makan yang diusahakan oleh usahawan bumiputera. Besut Lonih mendapati bilangan pengunjung atau pelanggan di kedai-kedai makan tersebut amatlah mendukacitakan. Besut Lonih telah mendapat sedikit maklum balas daripada pengusaha-pengusaha kedai makan tersebut mengenai kekurangan pelanggan yang datang ke kedai mereka. Rata-rata mereka sepakat mengatakan bahawa "Ini adalah kesan kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan" dan tidak kuran juga ada yang menyatakan "Kenaikkan harga minyak menyebabkan semakin banyak kedai makan ditubuhkan bak cendawan tumbuh selepas hujan" Kesanya ialah berlakunya "Pengeluaran melebihi permintaan" dan mereka tepaksa menanggung kerugian.

Besut Lonih juga dimaklumkan bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan sistem gaji dua kali sebulan juga membuatkan pelanggan-pelanggan mereka yang rata-ratanya kakitangan kerajaan mengambil langkah berjimat dan ini secara tidak langsung memberi kesan dan tekanan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan di daerah ini. Mereka berharap agar Kerajaan lebih prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Mereka juga meramalkan bahawa semakin ramai pengusaha kedai makan yang sedia ada di Besut sekarang akan berkemungkinan akan bankrap dan tidak mampu menampung lagi kos pengeluaran tambahan pula "Pengeluaran melebihi permintaan" yang amat membebankan mereka sedangkan mereka terpaksa mengeluarkan kos tambahan selepas kenaikkan harga minyak baru-baru ini.

Besut Lonih juga telah membuat tinjauan terhadap peniaga-peniaga kedai runcit Sekitar Kampung Air Tawar dan Kampung Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu dan mendapat maklum balas dari peniaga tersebut. Rata-rata mereka mengatakan "Kenaikkan harga minyak telah menambahkan bilangan penghutang di kedai mereka" suasana ini amat membimbangkan kerana mereka terpaksa mengeluarkan kos-kos tambahan sementara menunggu pelangganya membayar hutang dan malahan risikonya amatlah tinggi memandangkan bilangan "Penghutang Tidak Bayar" semakin menjadi-jadi sedangkan kos operasi mereka semakin meningkat.

Mereka semua berharap agar Kerajaan Perlu berbuat sesuatu agar nasib peniaga-peniaga bumiputera ini akan terus terbela dan mereka juga memberi amaran sekiranya Kerajaan pada hari ini gagal berbuat sesuatu untuk membela nasib mereka, pada Pilihan Raya akan datang mereka tidak teragak-agak untuk ukar kerajaan.

Tuesday, June 17, 2008

Sebuah Kelahiran

Besut Lo Nih merupakan Blog yang memaparkan kisah-kisah daripada Besut, Terengganu dan juga pandangan rakyat Besut tentang isu tertentu. Blog ini dilancarkan bagi memenuhi keperluan dunia tanpa sempadan dan dalam masa yang sama mempromosikan daerah Besut kepada Dunia. Isu-Isu Semasa turut akan dipaparkan di dalam blog ini. Pelawat terutamanya daripada Besut, Terengganu dijemput untuk menjadi panelis blog ini dan sama-sama menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan tidak kira daripada pembangkang ataupun daripada Kerajaan.

Isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat terutamanya rakyat Besut, akan diketengahkan oleh blog ini.

Akhir kalam, semoga blog ini menjadi rujukan dan wadah perjuangan bagi rakyat Besut khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Sumbangan Derma daripada pihak pelawat juga amatlah di alu-alukan bantulah kami yang membantu anda.