Hulurkan Sumbangan

Thursday, June 26, 2008

Pengalaman Menaiki Basikal!





Ekoran kenaikkan harga minyak baru-baru ini ada cadangan supaya rakyat Malaysia menggunakan basikal pergi ke tempat kerja atau tempat-tempat yang tidak memerlukan menggunakan kereta. Penulis juga telah mencuba untuk menaiki basikal walaupum sudah lama penulis meninggalkan karier sebagai seorang pengayuh basikal. Penulis mencuba menaiki basikal ini bukanlah kerana hendak menjimatkan minyak tetapi untuk menambahkan stamina badan dan secara tidak langsung ia merupakan senaman yang sangat sesuai dengan penulis yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk beriadah ini. Malah ada kajian saintifik yang telah dibuat pembakaran kalori di dalam tubuh lebih cepat semasa mengayuh basikal daripada berjalan kaki.

Namun, tidak semestinya penulis menaiki basikal ini adalah untuk menyokong tindakan kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak yang boleh disifatkan melampau itu. Sama sekali sekali penulis tidak bersetuju dengan kenaikkan itu kerana ia akan memberi kesan yang negatif malah bakal mengundang peningkatan kes jenayah kerana ramai orang yang akan mengalami "sindrom kekurangan wang ringgit". Di masa mereka 'tertekan' kerana kesuntukkan wang ringgit mereka akan memilih jalan yang singkat untuk mengubati 'sindrom' yang mereka hadapi dan ia tidak akan kenal adakah ubat yang digunakan itu haram atau halal, yang penting mereka dapat 'ubat' itu agar dapat meneruskan perjuangan hidupnya. Jadi kenaikkan harga minyak sudah tentu mereka tidak ada jalan lain selain menggunakan 'ubat' haram.

Berbalik kepada pengalaman penulis menaiki basikal dalam beberapa hari yang lalu dan penulis telah menjadikanya sebagai salah satu amalan harian penulis, sebagai contoh penulis telah mengayuh basikal untuk pergi berbual di kedai kopi bersama-sama rakan penulis dan apa yang penulis dapat rasakan perubahan pada badan penulis mendapati ada kelainan kerana sekarang ini badan penulis terasa cergasnya dan kesihatan penulis pun bertambah baik.

Bagi sesiapa yang belum mencuba menaiki basikal, bolehlah mencubanya tetapi ingat anda naik basikal bukan kerana harga minyak naik tetapi untuk menjadikan badan anda sihat, segar dan cergas dan boleh menjadi aktiviti bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Jagalah kesihatan anda dengan baik kerana ianya adalah amanah Allah tuhan seru sekian alam untuk anda semua.

1 comment:

KuNora said...

Nak kena beli besikal la pulok ya? kayo la tokey besikal lo nih, pakat ramai ramai beli besikal. Tu kalu dekat2 atau utk beriadah boleh la. Tapi praktikalnya bila nak ke mana2 contoh nak ke tempat keja pun kena ada kenderaan bermotor gak. Larat ke nak kayuh besikal. Mahunya kuar umah subuh2 hari, sampai kat tempat keja berpeluh 1 badan. Kena lak carik perfume spray 1 badan kasi kaber bau peluh. Tu belum masuk time ujan lak tu. Silap hari bulan, tak sampai kat tempat keja, tapi sampai kat hospital sebab besikal masuk longkang, ilang kawalan masa ngayuh.