Hulurkan Sumbangan

Sunday, June 22, 2008

100 Hari Bulan Madu Sudah Tamat


Kerajaan-kerajaan negeri yang diketuai oleh parti pemerintah baru telah menyambut 100 hari kemenangan mereka beberapa hari lepas dan maknanya ialah 100 hari tempoh bulan madu sudah tamat dan tiada lagi istilah 'nanti dulu' ataupun 'kami masih baru' kerana tempoh bulan madu sudah tamat dan masanya telah tiba untuk bekerja keras dan melaksanakan apa yang dijanjikan oleh manifesto parti masing-masing.

100 hari telah berlalu, apa sumbangan mereka kepada pengundi-pengundi mereka yang secara sengaja mengundi dan secara tidak sengaja mengundi mereka. Mereka perlu ingat pengundi mereka bukanya datang daripada pengundi yang sengaja mengundi mereka iaitu ahli parti mereka dan juga pengundi yang tidak sengaja mengundi mereka iaitu bukan ahli parti mereka.

Mereka perlu mengambil hati kedua-kedua kelompok ini kerana sekiranya mereka hanya mengambil hati satu kelompok sahaja iaitu orang yang sengaja mengundi mereka besar kemungkinan mereka akan menerima nasib seperti PAS di Terengganu yang sampai ke hari ini mereka masih gagal memikat hati rakyat Terengganu selepas kalah pada Pilihan Raya Umum 11 pada tahun 2004 semuanya gara-gara kerana PAS mementingkan satu pihak iaitu pihak yang mengundi mereka secara sengaja dan tidak mempedulikan pihak yang mengundi mereka secara tidak sengaja dan pihak ini disisihkan oleh pemerintahan PAS sewaktu itu. Hasilnya sampai sekarang PAS masih tidak mampu menawan semula hati rakyat Terengganu.

Penulis berharap di dalam menghadapi 100 hari yang bakal mendatang kerajaan-kerajaan negeri baru yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah negeri. Tunaikanlah janji-janji manifesto anda dan jangan nanti lagu 'janji manismu' nyanyian Aishah terus diputarkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

100 hari tempoh bulan madu untuk kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional juga telah selesai, adalah tidak adil jika penulis meletakkan tempoh 100 hari bulan madu yang sudah tamat ini kepada Pakatan Rakyat sahaja kerana Kerajaan Negeri yang berada di bawah BN juga perlu berkhidmat dengan lebih efisien lagi, tunaikan janji yang telah dicatatkan di bawah manifesto BN yang berbunyi "Selamat, Aman dan Makmur" itu, ingatlah rakyat sentiasa menghakimi anda. Kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN hendaklah berusaha meringankan beban rakyat selepas kenaikkan harga petrol dan dieset yang sememangnya membebankan itu.

Akhir kalam, semoga semua kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan akan bertugas dengan lebih tegas, efisien, adil dan saksama dan pastikan setiap keputusan hendaklah berpaksikan rakyat.

No comments: