Hulurkan Sumbangan

Saturday, June 21, 2008

Rakyat Besut Cadang Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir berkongsi pentas di Besut


Besut Lonih mendapat satu email daripada seorang pengunjung yang menggunakan nama Mohd Adib, di dalam email tersebut beliau mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan mantan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk berkongsi pentas di daerah Besut, Terengganu.

Katanya lagi kepada Besut Lonih melalui email tersebut, "saya dan rakyat Besut yang lain sudah lama menanti agar Ayahnda Tun Dr. Mahathir Mohammad dan juga patik memohon YBM Tan Sri Tengku untuk datang dan membuat majlis dalam satu pentas kerana ia akan memudahkan kami dan menjimatkan masa, kami juga ternanti-nanti bilakah Ayahnda Tun dan Tan Sri Tengku dapat datang ke daerah kami agar dapat patik mendengar amanat Tan Sri Tengku dan kami juga dapat mendengar amanat Ayahnda Tun Dr. Mahathir di dalam satu-satu masa jadi boleh diibaratkan serampang dua mata".

"Kami rakyat Besut mengalu-alukan kedatangan Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad dan juga Patik mengalulukan kedatang Tan Sri Tengku ke daerah kami dan kami juga mahukan perubahan jadi kami berharap agar kedua-dua tokoh yang kami sebut sudi datang ke daerah kami" tambahnya lagi.

Pengirim email tersebut mengakhiri emailnya dengan cadangan supaya Besut Lonih menjadi penganjur kepada program yang akan mempertemukan kedua orang negarawan ini. Besut Lonih sememangnya bercadang untuk menganjurkan program seumpama ini tetapi oleh kerana sumber kewangan Besut Lonih yang begitu terhad buat masa ini menyukarkan Besut Lonih untuk mengadakan program seumpama itu. Namun Besut Lonih sedia menjadi penganjur sekiranya ada pihak yang sudi menaja program tersebut.

1 comment:

KuNora said...

Ambo sokong sangat-sangat cadangan utk 'membawa' Tun DrM ke Besut 'berdiri' di Pentas Besut. Sebagai ahli KMU, ambo berharap dengan ini rakyat jelata di sebelah Besut terutamanya akan dapat mengenai senaroi sebenar ttg apa yang berlalu dalam negara sekarang.