Hulurkan Sumbangan

Thursday, June 19, 2008

Pengerusi JKKK PPRT Kg. Pengkalan Nyireh amal Diskriminasi?


BesutLonih mendapat maklumat daripada pembaca yang hanya mahu dikenali dengan nama Mamat yang mendakwa Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung di Program Penempatan Rakyat Termiskin Kampung Pengkalan Nyireh mengamalkan Diskriminasi.

Apa yang menarik Mamat mendakwa dia juga adalah penyokong setia Barisan Nasional tetapi selalu dipingirkan oleh Pengerusi JKKK PPRT kampung itu. Menurutnya lagi, Pengerusi JKKK tersebut tidak menyukai beliau dan juga keluarga beliau sejak dari dulu lagi.

Oleh sebab yang demikian, beliau gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh Pengerusi JKKK tersebut dan sekiranya ada bantuan daripada Kerajaan Negeri beliau sentiasa disisihkan. Menurutnya lagi, terbaru beliau ingin memohon bantuan Motosikal Roda Tiga untuk menjalankan perniagaan tetapi permohonan beliau tidak dihiraukan oleh Pengerusi JKKK tersebut.

Oleh yang demikian, Mamat berharap Kerajaan Negeri segera mengambil tindakan ke atas Pengerusi JKKK tersebut kerana ia telah menyebabkan JKKK yang sepatutnya menjadi Duta kepada Kerajaan menjadi 'kudis buta' kepada Kerajaan.

Dalam masa yang sama, Mamat menegaskan beliau menyalahkan Kerajaan tetapi menyalahkan Pengerusi JKKK tersebut yang menyalahgunakan kuasa dan memberi imej yang tidak elok kepada Kerajaan Negeri.

Mamat juga turut menegaskan, dulu semasa Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar saya tidak bimbang kerana jika saya disisihkan daripada bantuan saya akan terus berjumpa dengan Datuk Seri Idris Jusoh dan saya akan dapat bantuan, tetapi sekarang saya mana mampu nak berjumpa dengan Datuk Ahmad Said.

Beliau berharap kerajaan perlu bertindak segera "sebelum luka bertukar menjadi nanah" dan berharap agar JKKK tidak akan lagi menyalahgunakan kuasa.

No comments: